Saturday, March 30, 2013

Habis penat kau!

Assalamualaikum!

Selepas seharian pergi berjoli habiskan duit mak bapak kelmarin. Tibalah esoknya aku berhempas pulas gerakkan tulang empat kerat aku ni untuk mengemas bilik aku. Ceh! Kemas bilik sendiri pun nak update ke?? Of Course! Sebab orang yang pemalas macam aku ni benda ni boleh jadi around 1 year only twice. Teruk tak teruk anak dara sorang ni kan? (Nak update ni pun malas sebenarnya) TAPI! Aku ni kalau dah mengemas memang aku akan pastikan semuanya kemas habis bersih. Tak ada lagi sarang labah-labah, sawang, sarang tebuan or so what ever kejadah yang ada dalam bilik aku tu. Hihihihiiii......

Sebenarnya memang malas gila gila nak kemas bilik. Yelah, nanti dah bersihkan, ada lagi sawang-sawang, habuk-habuk tu. Serupo takyah kemas ye dok? Tapi tiap hari aku dengar bebelan ni...

"Engkau ni asyik bangun lewat jeeeee....kau baring atas katil tu tak nampak ke bilah kipas tu dah hitam legam????" 

"Boleh tahan ke duduk dalam habuk camtu????"

"Bila nak kemas bilik? Sekali kemas atas (bilik aku kat tingkat 2)" 

Itulah bebelan ikhlas seorang emak kepada anaknya yang pemalas ni. Cedey cedey cedey T.T
Maka, tidak lagi mahu mendengar bebelan yang sebegini aku rajinkan lah diri aku ni untuk mengemas.

Lama juga lah aku mengemas, dalam 2 ke 3 jam cenggitu. Lap kipas, cabut langsir, tukar langsir, lap segala jenis perabot dalam bilik aku tu, tukar cadar katil, vacuum (adeh! takyah nak sebut semualah. bajet je). Firstly, aku lap kipas. Elok tangan ni bersih suci murni, bila lap satu bilah kipas tu je habis itam legam air dalam baldi (lap guna kain basah) dengan tangan aku sekali hitam habis. Teruk-teruk... Dah lepas bersih tu barulah kipas tu gerak selaju-lajunya. Sebelum ni habuk banyak sangat kat atas dia. So, dia jadi lembap nak gerak. Kekekekeke.

Cantikkan? Kemas habis. Bantal kaler cream tu adalah bantal busuk yang aku peluk tiap-tiap malam. Nak peluk kucing tapi semua kucing aku tak friendly dengan katil queen aku ni. Dorang lagi suka tido atas simen. Hahaha.. (ini gambar malam. malam-malam baru ada feeling nak snap gambar)

Ini adalah bekas alat-alat kewajipan aku. Ceh. Benda ni mesti ada. Tiap-tiap malam mesti sapu lotion. Dan tak lupa juga kepada Mr. Teddy bertopi merah Krismas yang saban hari teman aku dalam bilik ni. Hihihihi.

Ini desk study aku. Nampak tak ada schedule exam aku tampal tu? Hoi MIBF (Modul Item Berfokus) is around the corner!!! 8 April. Cuak cuak. Btw, ada skill tak aku snap gambar? Ahaks. 

****************

Btw, tadi aku ada cakap yang aku pergi berjoli kan? Aku ada beli satu produk kat DAISO Japan. Tahu kan kedai daiso tu? Alah, yang semua barang RM5 tu. Murah? Murah kan? Memanglah murah kalau kau beli satu barang je. Cuba kau beli 20 barang tak mau seratus habis. Haha. Memang rambang mata kat sana. Kat sana juga aku ada beli mask (mask hitam). Sebenarnya dah lama cari benda ni. Haritu pergi tak ada. Ni naseb baik pergi ada lagi.  

Ini dia. Actually ada sticker anime kat head dia tu. Ada anime girl dengan muka hitam. Carilah kat sana nanti. Function dia sebenarnya untuk menarik whiteheads/blackheads kat muka kita. Lepas dah guna memang rasa licin je kulit ni. Rasa ringan. Bila aku pakai, satu family aku terpengaruh. Hahaha. Dorang pun nak juga. Bapa aku pun pakai. Hehehehe. Tataplah muka hitam aku ni. Hehe. Mask ni lama-lama dia mengeras tau. So, aku suka buat reaction muka. Sebab rasa kulit jadi tegang. Comel kan? Ihiks.

p/s : Doakan aku dalam menjalani study and exam week. 
Bye. Assalamualaikum! :-)  
  

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...