Wednesday, June 27, 2012

Enjoy gila

Assalamualaikum!

Aku ada post kat twitter tadi pasal aku nak post about dikir barat malam ni. Kalau sapa yang perasan la. Sebenarnya dah dari Ahad aku nak post. Tapi.....aku perlukan masa untuk rehat. So dah tertangguh.

By the way, Sabtu lepas telah diadakan Hari Puteri. Bagi puteri islam. SMK Convent jadi tuan rumah. Banyak pertandingan yang dipertandingkan. Antaranya dikir barat, hias kek, memasak, penulisan kreatif, tokoh puteri dan banyak lagi. Aku dah join dikir puteri. Do you believe? Must! Hihi


Okay gambar Amy jadi intro. Masa ni kami baru je sampai. Then tunggu sambil berdiri. Menunggu Ustazah pergi daftar. Kami pakai kuning. Lari tema. Tapi persembahan kami yang paling enjoy, paling gempak wa cakap.


Ini Kie Hairuman yang sebelah kiri. Bersama Kamila J. sebelah kanan. Dorang ni fun gila. For your information, aku ni secret admire Kak Kamila. *malu* Sebab apa tahu? Sebab dia ni orang nya happy gila. Tak pernah nampak dia sedih lagi. Dah lah comel. Kie pun sama. :)


Ini pula Roziah. Yang over muncung tu Bahirah. Haha. Comel. xD


Pastu jalan punya jalan, terserempak Aqila. My bestie ever! Sebenarnya dah terjumpa dia masa aku makan kat kantin. Tapi masa tu aku tengah makan so tak dapat layan. Then, call dia cakap nak jumpa. Dia masuk pertandingan hias kek.


Ini kek Aqila. Dia join ni dengan kawan dia. Setiap sekolah hantar dua orang. Dia dengan Rachel. Eh, betul ke aku eja nama dia? Dia comel, kecil je orangnya, molek. Pandai melukis pula tu. Uhhhh....


Bahirah dan Aqila.


Rachel tutup muka. Ter ke sengaja? Haha. Susah nak dapat gambar dia. Ngeeeee.

Walaupun dapat no.4 dikir barat. 
Takpa. Asal kami enjoy. 
Assalamualaikum. 

Photo Edit

Assalamualaikum!

Harini hari Rabu. And semua orang tahu. Except pada sapa yang tak datang sekolah. Hmmm...mungkin. Okay! Hari ni aku nak share something. Ada orang tanya.

" Nisa edit gambar kat mana eh?"

Okay. Nak tahu tak? Kalau nak tahu keep reading. For whose yang tak mahu tahu. Boleh tekan butang X pada tab anda. 

Bagi aku. Bila nak edit gambar aku pergi ke 'pixl-o-matic' kau search je kat google. Nanti dia keluar. Perisian yang ni lebih kepada siapa yang minat vintage style. Yeah. Aku memang suka gila tahap maksimum kalau bab vintage ni. So, pergilah edit gambar awak di sana. Mesti puas hati! 

Yang kedua. Aku gunakan perisian 'Photoscape'. Yang ni pun best juga. Macam-macam ada. Ecehh! Macam promete Astro pula. Yang ni kene download lah. Aku tak reti download. Yang download kan pun abang. Hihihi 

Okay. Ada lagi satu. Yang ini aku baru jumpa. Tanya dekat kawan. So, aku tak jelajah sangat lagi. 'BeFunky.com'. Korang jelajah lah eh. 

Selamat mencuba. 
Assalamualaikum.  

Sunday, June 24, 2012

Alhamdullilah. Selesai. :)

Assalamualaikum!

21 Jun 2012. Telah terukir kenangan yang amat manis bagi aku dan rakan-rakanku. Satu pengalaman dalam hidupku telah tercipta. Kenangan yang tak akan aku lupakan seumur hidup aku. Sumpah! Dimana kami sebagai satu pasukan menjulang nama sekolah ke Pendamaran Jaya dalam acara Kawad Kaki Bukan Kerajaan (NGO).


Ini team kami. Go go go KU! Semua comel comel. Tak lupa juga kepada jurulatih kami bertiga tuu. Terima kasih sangat sangat sabar mengajar kiterng berkawad ni. Selama 3 bulan rasanya. Memang best!


Ini Hamdi. Jurulatih pertama.


Ini Hadi (sebelah kanan) Jurulatih kedua. Dan Farid (sebelah kiri) Jurulatih ketiga.


Ini Ummu Nathrah. Yang menjagi KK kami. Memenangi ketua platun kedua terbaik. Naib Johan tuu. Hihiw. Loveyouu :* (gambar ni bapak aku yang snap)


Ini senior aku yang memang terbaik! Sporting habis. Dorang ni lah yang paling banyak menceriakan pasukan kami ni! :DD

Sebenarnya banyak lagi gambar. Yang atas ni pun copy gambar Kak Arwina. Maklum lah. Akak je yang bawa camera besar. Jeless ni tau. T.T

Walaupun kami tak dapat meraih tempat pertama. Tapi kami dapat number dua dalam ketua platun terbaik. Dan dapat number 4 dalam keseluruhan. Hanya kurang satu markah dari meru. Kalau tak dah number tiga.


Tengok! Walaupun dapat number 4. Senyuman kami mengalahkan kumpulan johan tahu. Yeahh! Ini lah semangat KU! Semua happy. :)

Banyak lagi sebenarnya gambar gedik gedik kami. Cuma aku malas nak upload dah. Biar kenangan ini segar dalam ingatan.


Bye. Assalamualaikum!

Nak nangis bila ingat kembali kenangan ni. 

Wednesday, June 20, 2012

Yes! I Did It.

Assalamualaikum!

Hari Rabu. Yeah. Harini aku rasa happy sangat. Nak tahu kenapa? Sebabnya aku baru je selesai buat presentation for ict. Sebenarnya benda ni dah lama dah patutnya kene settle. Tapi kerana masa sangat tak padan so tertunda tugasan ni. 




Yea. Itu dia. Aku kene present pasal VIRUS. Ada 8 slides semuanya. Tapi nak sampaikan 8 slides tu Ya Allah berdebarnya macam orang tengah buat present dalam syarikat. Huhuuuuu. Alhamdullilah. Semuanya berjalan lancar. Mulut ni berkumat-kamit baca selawat banyak-banyak. Pastu Sir bagi full marks. Yeahh! 


Okey. Dah nak rehat. Esok ada pertandingan kawad NGO. Dekat Pendamaran Jaya. 


Ini team kawad aku! Fun betul dorang ni. Doakan kami berjaya! :D 

Sunday, June 17, 2012

I'm A Busy Girl Nowadays.

Assalamualaikum.

Permulaan hari Ahad. Hujan telah turun mencurah ke bumi. Membasahi bumi Klang. Kedengaran bunyi dentuman guruh yang berlaga akibat cas positif dan negatif telah menyebabkan aku bangun dari katil ketika sedap menikmati nikmatnya baring di atas katil queen aku. Untuk makluman, aku ni orang yang akan gerun apabila mendengar bunyi guruh. Lagi-lagi kalau malam. Memang aku turun pergi bawah cari mak. Sedihnya.

Well, aku rasa bukan aku seorang je yang berperangai sebegini kan? Mabye banyak lagi kat luar sana. Okay, Nowadays, I'm A Busy Girl. Tajuk kat atas terbalik. Nak tahu kenapa? Hmm macam mana nak start eh? Aku tak tahu nak cakap aku busy ke tak. Kekadang memang busy gila. Tapi dalam kesibukkan tu aku sempat juga menghafal lagu Justin Bieber- Beauty And A Beat. Haa. Camno tu? First time dengar dalam radio terus search di Youtube. Replay banyak kali. Terus dah hafal. Huuuu.

Okay. Sekarang saya busy dengan latihan kawad di sekolah. Khamis depan (21/6) merupakan hari pertandingan. Wow. Lagi berapa hari ni? Countdown lah aku. About 3 days more. Sampaikan aku terpaksa skip tuition bersama Cikgu Mail selama 2 bulan. Bulan 7 nanti masuk balik. Tuition Kalam Permata untuk subjek Add Maths juga terpaksa aku tinggalkan untuk satu hari. Lek ah. Baru satu hari beb. Hihihihi. Lagi satu, aku harap masa hari pertandingan nanti kiterng dapat buat yang terbaik membawa nama sekolah. :-)

Bukan dengan kawad je, now cikgu dah start buat Oral Test on BI. Aku tak siap lagi. Haih. Tapi sempat update kan? Hmm. Ni baru balik dari pasar. Shopping banyak benda. Kasut, beg, tudung. Haih. Habis duit aku. Kumpul bukan main susah. Nak habiskan senang je. Huuu.

Welcome home new shoes. Tak ori pun.

Ini kasut worrior hitam. Mau digunakan masa kawad nanti.

Ini beg! Memang dah lama aku idamkan. Dapat pun. Hasil duit sendiri. :-)

Bye. I gotta go. Banyak homework kene buat. See you.

Sunday, June 10, 2012

Puas sudah.

Assalamualaikum.

Tajuk entry ni ada apa eh? Nak tahu. Teruskan membaca. Amalan muliakan membaca tu. Heee. Semalam sabtu saya pergi tengok wayang dengan Fara , Awatif. Kami pergi JJ Bukit Tinggi sahaja. Dan bapa Fara yang tolong hantarkan dan ambil kiterng. Pepagi siap awal.

Siap awal pergi rumah Awatif tolong dia masak sebelum pergi. Aku dah la tak pandai masak. Haha. Bila balik rumah terus semangat aku nak masak.

Dah siap memasak sidai baju bagai baru kiterng pergi. Sampai sana terus order ticket. Cerita Madagascar. Aku memang teringin gila nak tengok cerita tu. Alahai macam bebudak je kan. Yes, I'm 6 years old. *muka budak* Btw, ticket haritu Awatif yang belanja sempena birthday aku yang dah lepas. 14 ringgit kot. Thank you budak comel. :)

Jenjalan cuci mata. Memang betul betul mencuci la. Setiap kedai nak diushanya. Tak sangka Fara kuat shopping. Ada satu kedai ni 'EDDES' memang lawa lawa baju dia. Murah pula tu. Now, misi kumpul duit untuk bershopping hujung tahun. Harap aku istikomah kumpul duit ni. Lagi satu kedai 'Mod' tak silap aku. Ada jual kasut idaman aku. Aku akan beli kau kasut. Just wait.

Bawa 20 je, tapi nak beli macam macam. Haih. Nampak rantai 10 ringgit, cantik gila. Sikap boros membelenggu diri. Memang boros. Btw, esok dah sekolah. Selamat bersekolah. :)


Sunday, June 3, 2012

Ohsem Day.

Assalamualaikum!

Mulakan pagi dengan semangat yang kurang. Memandangkan hari cuti umum, mood nak bangun pagi mulakan hidup memang susah nak dapat. Bangun lalu lepak berbaring selama setangah jam di atas katil sambil termenung. Lalu terlintas di fikiran "apa aku nak buat harini?". Selepas itu, bangun dari katil menuju ke bawah, menjenguk ke dapur mencari sarapan. Secawan Nescafe sebagai menu.

Dan tetiba, abah ajak pergi mandi. Abah memang suka dengan tempat bermandi-manda. Kalau diajak keluar berjalan memang kurang sikit. Cadangan first mahu ke Sungai Ulu Yam. Tetapi tempat itu terlalu familiar. Dah sering pergi. Cadangan kedua ke Trolak Sungkai, Kolam air panas. Tapi ibu tak setuju sebab tempat tu dah pernah pergi. Okey, tukar tempat. Akhir sekali, Taman Tema Air, Desa Water Park. Uhuuu! Aku yang excited. Kami bertolak pada pukul 11.33 dan selamat sampai pada 12.15. Nasib tak jam.

Taman Tema Air ini memang terpencil sikit. Tapi bila sampai. Waaa. Ramai orang! 

Kene beratur la bagai dah la panas. Nasib baik mood teruja. Hihi

Yeah! Aku dewasa. Btw, Tiket Dewasa RM24, Tiket Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) RM17. Kira okey la. Tak mahal sangat. Padan dengan tempatnya.


See. Fuyoo. Masa sampai ni dorang tengah siap sedia nak main ombak buatan manusia. Haha. Best gila. Then naik macam rollercoster tu. Aku tergolek masuk dalam kolam masa nak turun tu sebab aku yang ringan naik belakang dan abah yang berat duduk depan dalam double pelampung tu. Fuh. Malu sampai tudung nak tercabut dah.

Then masa nak naik Thunderboat yang boleh naik ramai-ramai tu ada satu peristiwa buat aku bengang. Orang gila punya bersusah payah beratur panjang-pangjang, ada pula dia mamat ni sesedap dia potong barisan! Panas waa. Dah la cuaca memang panas. So moral nya, korang kene bersabar dalam barisan tu. Janganlah ikut sedap hati je. Fikir orang.

Yeah, dah nak balik da. Memang fun habis. Hihi.

Bye! Have a happy day. :)

A Gift

Assalamualaikum!

Sebenarnya memang dah lama nak update pasal gift ni. Tapi masa amat mencemburui saya. Plus saya tak ada mood bila got free time. Haih! Macam-macam lah aku ni. Okey, macam yang semua tahu. Birthday aku jatuh pada 28 Mei lepas kan? So, memang afdal lah kalau dapat hadiah kan. Haha.

Nur Bahirah Badarudin. Kawan aku yang memang setia sehingga sekarang. Dari Tadika Kemas kenal. Sekarang hampir 11 tahun hubungan ini terjalin. Hihi. Dia seorang yang sangat sweet. Dia juga seorang peminat Korea or K-pop yang tegar! Haha

Ini tudung bawal merah dengan chopstick tak silap. Tak sure lah sebab tak buka tengok lagi. Memang tanak buka. Sayang. Hiii. 

Asam! Hmmm, sedap! Disebabkan dia baru pulang melancong dari Terengganu, dia belikan aku asam ni. Yang sedihnya, aku tak dapat makan bebanyak sebab dah habis. Adik-beradik kebas. Waaaa T.T

Ini dia tudung merah. Sungguh ohsem! Warna faberet. :)

Ini dia tudung tu. Tetiba je selit gambar ni kan? 

Pastu! Petang tu juga dia ajak aku pergi tengok wayang. Cerita "Aku Ada, Kau Ada". Dia belanja aku tengok cerita tu. Okay lagi sekali terima kasih! Heeee

Yang tudung hitam tu Bahirah! Yang sibuk pegang popcorn ni adik aku. Btw, popcorn dia belanja tahu. :>

Memula masuk wayang tu, kita orang gila punya excited! Sebab kita orang bertiga je ada dalam panggung. Huuu, yang si adik ni gelak-gelak. Lagi lah kita orang tergelak. Aiyooo. Pastu ada indon couple masuk. Kacau je. Bye!


p/s Bahirah, terima kasih atas segalanya. I love you. 

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...