Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Tuesday, March 27, 2018

Short Escape: Johor Bharu

Assalamualaikum.

Berbekalkan Wifi Mcd MITC, aku gagahkan jugak lah update blog ni so my future self dapat baca balik dapat ingat balik kenangan di Johor. 


Currently I'm in my semester 6 here in UiTM Jasin. Final year ! So excited yet so scared. This gonna be last sem and last moment bersama hosmet hosmet dan kengkawan. So sementara week 1 tak busy sangat, aku pergi ikut hosmet aku sorang ni nama dia Hamiza. She lives in JB. Besides, aku pun tak pernah ke JB so inilah peluang sementara berduit di awal awal sem.



Okay inilah geng hosmet kita ke JB, kiri tu lah Hamiza and kanan tu Amna. 

Okay this journey took around 2 hours. Macam aku balik ke Klang lah. Takdelah lama sangat. Kiteorang bertolak dari Jasin lepas habis kelas. Around zuhur then terus ke rumah Hamiza nak letak barang, rehat, solat sebelum start adventure di Johor. Hohohoho im excited XD

Lepas je rehat, kiteorang terus pergi ke Murtabak Majib Special Cheese no1. Acah acah kudapan petang la ni. Yas cheese dia memang boleh tarik wey. But im not a really fans of cheese so cam beshe beshe jep. Tapi buat siapa yang suka cheese yeah, you can go man. This is for you. 

Besides, harga dia pun affordable and banyak menu. Ada kambing, ayam, daging banyak lagi lah. 


Hah ni address : No. 38 Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru, Johor. 


Then after dah makan, kiteorang decide nak ke Forest City, Iskandar Malaysia! 


Masa otw ke Forest City ni, akan ada guard sambut korang kat tengah highway tau. Jangan terkejut, dorang akan tabik kat kau bila kau lalu. Memang kat Johor ni akan ada banyak guard, kalau dorang tabik ha hapa salah kita tabik balik. ;D


Forest City ni seriously tempat yang sangat sangat sangat sangat cantik. Memang ngam la kiteorang datang petang dengan cahaya matahari yang cantik, view yang cantik, memang cun. Pergi ke sini tak dikenakan apa apa bayaran lah, tapi parking bayar lew. 




Masa kiteorang sampai ni banyak lagi tempat yang tengah dibina sebab Forest City ni besar sebenar nye. Nanti if dah siap semua projek dorang ni mesti lagi cantik! 


Breathtaking view! Kat sini kau tak boleh pun nak berangan cecah air jalan tepi pantai sebab guard akan wisel kau bila kau nak ke tepi sana. cis 






Then after maghrib gitu kiteorang gerak ke bandar Johor nak ke Bazar Karat. Fyi, Forest City terletak kat Gelang Patah dia macam jauh sikit dari bandar. Bazar Karat ni pula start 10 malam ke atas kau susah nak cari parking. Kiteorang sampai dalam 9 lebih pun mensasau gak nak dapat parking. Bazar ni besar, panjang and memang pack dengan manusia manusia. 



Alah macam pasar malam je. Baju, seluar, makanan, minuman, ha semua lah ada kat sini. 


Kat sini jugak, ada lorong lorong yang ada mural cantik cantik. Ada juga banyak cafe cafe hipster korang boleh lepak having chat. Basically dia sama macam Jongker Walk.  

Opsss sis terlupa before kiteorang ke bazar, kiteorang singgah ke Laman Mahkota Istana Bukit Serene. Depan istana Johor beb. Nanti korang boleh la nampak ada guard istana senang diri depan pagar istana. Kesian penat dorang berdiri lama kat situ. Lagi untung kalau korang nampak kerabat raja keluar dari pagar istana. 



Tapi sis tangkap gambar ini je. Tempat dia macam ada lampu lampu untuk orang datang chill chill. Ada waterfall buatan manusia gitu. hok gitu jeh 

Then kiteorang balik sebab penat sangat dah. Tengok apps health dah 9k steps that day berjalan. Fuh! Dalam pukul 11 sampai rumah mija then rehat untuk hari esok lak. 



Hari kedua kita sambung nanti kay. Thank you for reading this ;D 


Wednesday, August 26, 2015

MELAKA Trip gegurls!!!

Assalamualaikum.

Dikesempatan ini, sempat lah curi masa sikit sikit lepas balik kerja. Tonight, i wanna to talk about our Melaka trip on 22 and 23th August '15. We planned this trip one month before we go. Mestilah kena plan awal-awal takut tak sempat. And cari member member yang free that day. And alhamdullilah. Everything run smoothly.

Kami pergi berlima. Dorang ni kawan matrik aku dulu. So we plan to meet before masing masing degree. Oh yaa! Iolls dapat sambung degree dekat Uitm Jasin, Melaka. Doakan iolls tau korang. About that I'll tell later. Back to topic, dalam berlima ni best friend I ikut sekali. =)

22nd August '15 (day 1)

We planned pukul 8 dah gerak ke ktm, but Allah tak mengizinkan so delay about one hour and half. First i fetch Bahirah dekat rumah dia and then pergi ke Klang untuk pick up Zati after that baru stop Ktm Klang. Around 9.52 am naik train and tukar train untuk ke Bandar Tasik Selatan punya station sebab Syirah (our driver), tunggu kat sana dengan Hajar (she from putra). After dalam train about 1 jam lebih, kami dapat berjumpa! Dengar macam complicated je our start journey ni. Hahahahaha. Act, not at all! Sebab duduk dalam train je.

Dalam 11.32 kitaorg bertolak. Syira jadi supir si driver and Hajar jadi co-pilot. Act, hajar besar so dia kena duduk depan. Hehehehehehehe. sorry Hajar, kita gurau gurau tapi kita brosis. Senyum sikit. ;p

Hajar ni, i kenal dia tak lama. Sebab i masuk je matrik seminggu dia blah dah keluar ke UM. She like a 'talk machine' which is cakap takda NOKTAH! Ceria, and tak membosankan. Those people yang tak tahan dengan dia punya cakap memang dah lama bla. Tapi seronok apa ada one of friends yang macam gini. Barulah fun! Honestly Hajar. :D

Ini dia Hajar, she from Terengganu tapi bila bercakap dah takda slang tereng pun. Good luck Hajar in your life. (dah kenapa gambar pembukaan letak gambar kau)

Dalam 2 jam setengah sampai ke hotel. Rasa macam lama kan? Mesti korang ekeleh Kl-Melaka 1 jam setengah dah sampai kalau highway smooth. Tapi kiterng ikut Waze yang selalu bagi jalan panjang nak elak jam untuk sampai ke hotel. Nasib jumpa Hotel. Btw, terima kasih Waze!

Pukul 2 sampai! Tadaaaaaaaaaaaa. After all the argument, kitaorg decide pilih Junior Suite.

Kitaorg kan berlima so cantumkan katil. Dapat katil King of the King untuk segala type katil. Hahahahaha.....................................

Dalam bilik rehat sekejap luruskan badan, solat jamakkan terus, touch up then perut pun bunyi krik krok kriuk....

So Hajar tanya kawan dia tempat apa best untuk ktrng makan, "Asam pedas CLAYPOT!"

Kedai ni terletak kat Jalan Laksamana. Dekat dengan perumahan. Dan ini kedai no 2, kedai no 1 ada berhadapan seberang jalan daripada kedai ni. Kedai no 2 ni buka waktu siang sahaja manakala kedai no 1 buka waktu malam. (kenapa baku sangat) so dont worry kalau pergi melaka tak dapat rasa asam pedas. ok?

Ini set nasi pari. RM9.00 sahaja which is worth it setimpal dengan rasa dan banyak. Plus telur masin + sayur + belacan. High recommended for u guys yang nak rasa or suka asam pedas! *thumbsup  Aku pun tak suka sangat asam pedas sebab pari hanyir tapi ini tak! Tapi ini suka sebab langsung tak hanyir! serious. nampak tak muka serious (-_-)  Alah menyibuk je otak otak inter-frame.

Lepas makan kenyang kenyang kita exercise berjalan di Klebang. Tak pergi pantai, ktrng g padang pasir je. Haaaa dari kiri Hajar, aku, Syir, Zati and Bahirah. Boleh buat hashtag #5FriendsinMelacca. #CuticutiMalaysia #MalaysiaApaKurangnya #kaudahkenapanakbacahashtagtakbersengkang #akunaktulispuntakbiasa Lol

*insert caption* 

Ini perjalanan sebelum ke padang pasir. Panjang wa cakap lu. Siapa yang tak suka benda benda naik bukit workout so on. Kita tak geng, hahahahahaha. Sebab aku suka benda extreme. 

Kita bagi can dorang masuk muka dalam blog aku. HAHAHAHAHAHA

Kita tengok keindahan Allah pun dapat pahala. Ni apa point? Siapa yg indah dalam gambar ni? lalalalalalala do you need me? do you think i'm pretty?.......... sambung lirik ni.

Dalam 6 setengah kiterng nak bergerak balik ke Bandar. And on the time we back to our car, nampak la ramai anak anak muda baru terhegeh hegeh nak ke Klebang. Memang lah nak tengok keindahan Allah, nak tengok sunset time maghrib. Tapi solat jangan lupa. Reminder for myself tho. Mak selalu pesan "maghrib balik weh banyak setan kat luar"  #TarbiahSentapSikit

Lepas ke Klebang kami isi minyak then jalan kat pasar malam sebab kasut Polo Hajar dah terbuka macam buaya ternganga. Pasar takde gambar sorry ;'( 

Apa ni Ferris wheel? Apa ni ada air? ktrng naik cruise! Seriously sangat sangat berbaloi naik cruise malam malam instead of in the day. Harga on Friday-Sunday = RM15.90. Hari lain RM10.60 (if tak silap). About 45 minutes dalam bot. Aku duduk sit depan sekali, then ada bot berlawan arah berselisih menghasilkan waves which is terpercik percik kat muka i. Bau ikan haruan dah. Adalah air tu macam feeling feeling spray mist kat muka aku. Geli tapi balik mandi takpa. 

Balik ke hotel around 11 lebih. Mandi gilir gilir , solat jamak lagi sekali. Around 1 am tidur. Sampai hujan pun aku tak perasan. Dia punya penat kalah orang drive. 

day 2 kita sambung lain entry. 

Assalamualaikum. 

for latest update about me, you can go here. 




Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...