Tuesday, December 18, 2012

Entri Khas For PMR Candidate 2012

Assalamualaikum.

Harini tetiba rajin nak update panjang sikit. Lepas dah usha blog akak akak cantik yang lain. Dorang ni banyak betul cerita. Hati kecil ni pun terasa nak update juga. Tengok tu, nak juga. Pantang nampak orang, dia pun nak kan Nisa? Hahaha.

Hai! Terutama sekali hai ini ditujukan untuk adik-adik PMR 2012. Mesti korang korang semua tengah cuak nak tengok keputusan karang kan? Hihi. Rilex. Ianya cuma satu slip. Jangan risau. Kalau kita rasa kita dah habis berusaha ulangkaji. InsyaAllah, semua akan berjalan lancar. Ingat Allah selalu.

Ececeh, aku ni cakap macam pakar motivasi pula. Macam keputusan PMR aku ni memanjang je A nye kan. Hahah! Tapi apa salahnya kan? Betul apa aku cakap. Aku dah ada pengalaman. Dan sekarang aku menyesal sebab tak belajar rajin serajin rajinnya macam budak cina dalam kelas aku tu. Kalau aku push sikit usaha aku, rajin aku, tawakal aku. Confirm dengan izin Allah mak bapak aku bangga dah sekarang. Tapi...nasi dah jadi bubur. Bukan setakat bubur je, dah hangus basi bagai. Hehe. Jangan tiru akak yang cenggini yaa adik adik sekalian. (Pernah ke aku addresskan panggilan aku 'akak'?) Lol.

Okey, sebenarnya aku update entri kali ni nak bagi sikit tips nak ambil keputusan nanti. Firstly, apa yang adik adik semua kena buat ialah minta mak bapak doakan. Sebab doa mak bapak ni mujarab. InsyaAllah. Minta maaf. Jangan ingat minta maaf time nak periksa je, time nak raya je. Sebenarnya kita patut minta maaf hari hari. Iyalah, kitakan manusia. Dan manusia itu memang cepat lupa. Banyak sangat buat dosa. Kekadang kita terguriskan hati orang pun kita tak perasan kan.

Then, minta doa banyak banyak kat Allah. Lepas solat jangan sombong nak minta doa. Luangkan lah sikit 3 minit ke 5 minit. Lagi satu, kalau nak ambil slip datang lewat sikit. Hehe. Biar kawan lain ambil dulu. Nanti malulah nampak kita nangis. Tak nangis pun lew. Ecececeh. Tapi kalau nak datang awal pun boleh. Tak kesah. Dah lepas ambil slip nanti biarpun keputusan kita teruk or what. Kita dah buat. Tak perlu nak nangis, kita terima. Itu apa kita dah buat. Ingat, apa yang terhasil itu ialah hasil kita dah berusaha. Kalau usaha kita kurang, keputusan pun kurang la, kalau kita usaha lebih, dapat pun keputusan melebih-lebihlah. Err ayat. Tak boleh belah ye dok? Wkwkwkwk.

Tak bermakna kita gagal sekali tu kita akan gagal selama-lamanya. Usaha lebih lagi. Doa lebih lagi. Aku update ni bukan semata-mata nak show off ilmu yang aku ada. Just nak share dengan korang pengalaman hidup aku ni. By the way, Selamat Maju Jaya Semua! Apa apa hal pun, Bismillah dulu. Hehee. Thank you! ;)

Saturday, December 15, 2012

Purikura.

Assalamualaikum.

Aku ada story nak share. Cerita ni dah dua hari berlalu. Pada tarikh 12.12.12 haritu. Tak adalah terlewat sangat kan? Masih segar bugar lagi. Memandangkan tarikh tu ramai orang buat plan, aku pun nak buat plan juga. Keluar ke JJ! Tapi plan lama dah ada, cuma duit, masa yang tak ada.

Macam biasa aku keluar, tengok wayang, tengok kedai baju, makan. Aku tengok cerita Wreck It Ralph. Comel gila. Hihihi. Dah lepas tengok wayang, aku pergi ke tempat token. Plan tak nak main game apa-apa kat sana. Tapi bila nampak box Purikura ni cepat-cepat suruh adik beli token. Tahu tak Purikura? Print Club!

Memang boxnya macam ni. Cubalah try. Mesti ketagih! -Google Image.

Sebelum masuk beli token dulu. Masukkan token, pilih tema yang korang semua suka. And tiba masanya untuk snap! Bila dah berhabis daya membuat memek muka comel dalam box tu, Korang boleh pergi ke tempat edit. Editlah sesuka hati korang semua. Tapi ada limit masa. Cepat-cepat!

Ini sesi mengedit. Memang sungguh comel! -Google Image

Bila dah selesai edit, korang kene tunggu a second sementara gambar diprint. Bila dah keluar, korang boleh tatap muka comel korang lama-lama. Hehehehe. Bagi yang gila camera, pasti korang merasakan situasi macam ni "Arghhhh! Tak puas! Nak lagi nak lagi!" Tak percaya? Pergi buat. Lol.

Ini gambar kami. Yeah! Yang belah kiri tu 13 ringgit dan hasilnya lebih cantik. Yang belah kanan 12 ringgit.


Jeles tak? Pergi ke mall korang yang ada box Purikura ni. Tapi jangan lupa sediakan duit banyak-banyak! Elok pergi dengan kawan. Baru seronok! Sekian saja, Bye. :)

Wednesday, November 28, 2012

Minggu Busy Aku.

Assalamualaikum.

Cuti aku dah start dari awal bulan sebelas haritu. Sekolah lain lambat, sekolah aku awalkan cuti. Hehe. Dan akibatnya, mengikut kajian 99% pelajar-pelajar SMK Taman Klang Utama dilanda penyakit kebosanan yang melampau duduk di rumah. Ada sesetengah yang besarkan saiz badan, yang pi kerja (yg ni tak bosan la kot), ada yang online fb, twitter 24 jam. Ada yang baik sikit tolong mak jaga baby kat rumah macam aku ni. Ahaks. (tunduk blushing).

Pada minggu lepas, bersamaan 10.11.12, telah berlangsungnya majlis pernikahan antara Marul dan Eicah. Yea, family dah makin besar, berkembang. kembang. kembang.... Syukur Alhamdullilah. Sekali lafaz je. Aku tabik kat abang sedara aku ni. Depan tok kadi rilex je, bila depan isteri gigil-gigil. Hahahahaha. Kagum bro.

Ini dia. Serba putih dua-dua.

Dah lepas nikah, esoknya majlis bersanding. Kiterng datang pukul 1 tapi terpaksa tunggu satu jam sebab geng kompang datang lambat. Pukul 2 baru sampai. Nasib baik tunggu dalam surau sejuk ada aircond. Even tak pasang aircond pun dah sejuklah. Hehehe. Tema dekat pihak perempuan warna biru.

Cantik kan? Abang Arul ru baru 22 tahun dan Kak Eicha baru 19 tahun. Tapi tinggi lambai. Mabye sebab heels dia kot. Nampak matang. 

Masa dekat Shah Alam ni aku tak dapat makan sangat sebab aku photographer. Makan pun ambil sikit-sikit pengantin punya. Buahlah, daginglah. Tak makan nasi. Walaupun lauk kat situ mengoda. Sedih.......... Selesai pihak perempuan minggu depannya tempat lelaki pula. Tema warna merah. Dan aku sekali lagi jadi photographer. Memang job aku pun. Hehehe. 

Ini semasa nak berarak. Tapi stop kejap sebab nak tunggu azan zuhur. Pengapit perempuan tu nama dia aku lupa. Lawa gila. Dia karaoke pun sedap. Comel. 


Selingan. Banyak lauk yang dihidangkan. Aku bila nampak orang makan macam sedap je, mulalah nak makan juga. Tak mahu kalah. Perut saiz S je. Semua nak sumbat. Sedap koktel macik aku buat ni. 

Thank you for reading this entry! :)


Black Forest Aku

Assalamualaikum. 

Duduk rumah memang bosan. Tiap cuti mesti aku buat kek. Aku ni jenis yang suka mencuba resepi. Usha-usha internet tengok resepi kek kalau nampak sodap terus aku capai kertas dan pen then catat. Pastu terus cakap kat mak "Ibu jom pergi econsave, kita nak buat kek beli bahan" Hehehehehe. 

Dan hatiku tergerak nak buat kek Black Forest. Semuanya dah ku usha. Dengan laman webnya, dengan youtubenya. Nampak macam senang. Nak test la. Tapi dorang punya lagi nampak cantik. Aku punya cenggini. 

Ini dia. Berlapis-lapis gituu. Nampak sedap kan? Memang sedap pun. Mohon terliur. xD 

Bahan-bahan: 
100gm tepung naik sendiri
25gm serbuk koko
20gm air
1/4 buttercup/marjerin
120gm gula kastor 
4 biji telur
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon esen vanila
coklat untuk hiris (beli coklat Cadbury yg kosong tu pun boleh)
whipped cream (beli yg dah siap punya pun boleh yang harga dia 13 rggt lebih tuu) 

Cara-cara:
1) Beat butter, esen vanila, gula, telur bersama. Sampai rasa okey (sebati) . 
2) Masukkan tepung naik sendiri, serbuk koko, baking powder dan air pelan-pelan dalam mixture tadi. Jangan masuk semua. 
3) Dah rasa sebati masukkan mixture tadi dalam loyang. Tapi sebelum tu loyang tu mestilah disapu marjerin supaya kek tak terlekat kat loyang. 
4) Masukkan dalam oven 180 degree. Selama 40 minit. Tapi tak kisah pun berapa minit. Dah rasa kek masak keluarkan la. Jangan sampai geseng. 
5) Masa tunggu kek masak, hiris coklat. 
6) Bila kek dah siap, potong la nak berapa lapisan. Then ambil selapis sapukan whipped cream di atasnya. Then ambil lagi selapis dan sapu whipped cream. Buat sampai lapis siap. 
7) Sapukan semua whipped cream for the whole kek. 
8) Taburkan hirisan coklat kat atas kek, keliling kek. 
9) Simpan dalam frigde for 4 hours or whole night. 

AND YOUR CAKE WAS DONE! 
SELAMAT MENCUBA! 

p/s : Kalau tak tahu hiris coklat, gi tengok youtube cara buat black forest. :)

Sunday, November 4, 2012

Entri Jameela

Assalamualaikum.




Hai semua. Entri kali ni aku nak promote pasal satu program tv yang sangat berfaedah dan berinformasi. Yes, aku ternampak promo dalam tv channel Astro Oasis, ternampak Maria Elena tu. Siapa tak kenal Blogger terkenal tu kan? She so funny. Kalau tak kenal pergi google cepat-cepat. Dah ternampaknya muka Maria dalam tv tu, terus aku rasa berkobar-kobar nak tengok program tv ni. Hehehehehe.

For me, program ini sangat berguna kepada muslimah-muslimah dia luar sana. Nama pun 'Entri Jameela' dan jameela itu maksudnya cantik. So, memang sesuai sangat dengan muslimah yang ada pada zaman sekarang ni. Dimana muslimah yang mementingkan kecantikan, ilmu, dan kerja. Wanita berjaya lah senang. Program ini dihoskan oleh Abu Talib bersama tetamu jemputan. Bersiaran pada hari Ahad, 7.30 malam. 

Kalau nak tahu lebih lanjut, tengoklah program ni. Mesti korang suka. 
Assalamualaikum. :) 

Friday, November 2, 2012

I'm What I Want To Be.

Assalamualaikum!

Hari ni 2 November. Hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolahan aku berada dalam tingkatan 4 (even tadi aku tak dtg sekolah). Khamis lepas aku telah selesai menamatkan peperiksaan final aku dengan paper terakhir iaitu seni. First time ambil paper seni untuk form 4 ni. Aku bercadang untuk ambil seni sebab aku suka. Tak tahulah result aku macam mana nanti. Dah setahun kot tangan ni tak berseni. Ada pun masa partime bosan-bosan kacau adik buat seni. Wkwkwkwk.

Let me tell you, cita-cita aku memang tak tetap. Sekejap nak jadi cikgu, sekejap nak jadi bisnesswomen, sekejap nak jadi doktor. Oh doktor, dah tak boleh da aku nak jadi doktor sebab I tak ambil bio. (Sedikit penyesalan aku rasa disitu) And sometimes, aku teringin nak jadi interior desingner. Interior desingner ni memerlukan kelulusan seni. My mom also interior desingner dulu. Tapi bila dah dapat anak pertama (abg aku) my mom stop. Sebab abg aku ni manja sangat. Hantar kat orang jaga asyik nangis je masa kecik dulu. Bikin masalah betul.

Cita-cita pertama, Nak Jadi Cikgu. Aku tak tahu apa aku fikir dulu. Sebab aku nak jadi cikgu masa dalam batch sekolah rendah. Hehehee. Mabye dulu selalu sangat main cikgu-cikgu kan...so memang masa tu kebudakkan sangat lah. Then tengok cikgu ajar masa sekolah rendah senang je. Terfikir juga, bila hari guru sekolah rendah dulu mesti bagi hadiah setiap tahun. So, kalau aku jadi cikgu mesti dapat banyak hadiah masa hari guru karang. (nak jadi cikgu semata-mata nak hadiah. Hahahahaha. Lol) Lagi pun jadi cikgu ni banyak pahalanya. Orang kata pekerjaan cikgu nilah yang paling mulia. Kan kan kan kan ?

Cita-cita kedua, Nak Jadi Bisnesswomen.Okey, secara jujurnya cita-cita ni aku dapat masa umur aku sekarang. What I mean is...masa aku tahun ni. Sebab tahun ni kan online shopping dah terkenal. Bila buka facebook berlambak page korang boleh dapat pasal online shopping ni kan. So, aku terfikir..kalau aku jadi bisnesswomen secara online kan best sebab online kan. Senang. Boleh duduk rumah selalu, check inbox, update stok, bukanlah full time duduk rumah kenalah juga keluar rumah kan. Tapi kuranglah. Tak macam pekerjaan yang lain. Tapi kerja ni tak akan berjalan dengan baik kalau tak ada usaha yang gigih.

Cita-cita yang ketiga, Nak Jadi Doktor. Korang semua tahu kan yang awal tahun dulu aku memang berada dalam kelas sains tulen. Subjek biology itu adalah satu kewajipan untuk mengambilnya bagi para pelajar yang berada dalam kelas tersebut. (bahasa aku tak boleh baku lagi ke?). Then aku pun memang minat kat bio disebabkan Dr.Blogger kita iaitu Fatin Liyana Asri. Memang aku nak ikut jejak dia. Lagipun belajar bio memang seronok. Terasa macam kita dapat dekat dengan Maha Pencipta. But...now saya dah berada dalam kelas sains ikhtisas. Tak ada bio tapi ada ict. Tapi mungkin aku boleh jadi Dr.Computer kan? Who knows?

Cita-cita yang keempat, Nak Jadi Interior Desingner. Pereka hiasan dalaman. Pada mulanya, aku tertanya-tanya, boleh ke aku jadi ni sebab aku tak ambil seni? And aku nak mencuba nasib untuk final exam ni dengan mengambil seni. Mana tahu aku berjaya kelak? Siapa tahu. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Amboi...... Just work hard to gain success.


p/s : "Tak kisah lah kita jadi apa pada masa hadapan. Yang penting jadi orang yang berguna dan jangan buat benda haram." I always remember what my mom said. 

Thursday, October 11, 2012

Talking About Baby.

Assalamualaikum!

Salam satu Malaysia kepada semua pembaca. (I know takda sape baca pun in fact. Tehee) Today aku nak habaq pasal kanak-kanak atau nama saintifiknya 'babysss' (perlu ke letak banyak s?).

Okey, memang tak dinafikan kehadiran baby dalam seseorang punya hidup itu amat ohsem. Apa aku cakap? Tak cenggini maksud aku, insan yang digelarkan baby itu merupakan kanak-kanak yang masih kecil, yang tak tahu apa-apa mengenai kehidupan. They just want to start their life by explore something new around their environment. Mereka juga tak dikurniakan dosa-dosa lagi, belum dicatatkan pahala/dosa. So, memang toksah dok heranlah kan bila kita pandang baby je kita tenang. Subhanallah.

In the mean time, semenjak aku jaga baby, (act my mom yang jaga) aku dah rasa yang hidup aku dipenuhi dengan keceriaan. Bila nak stayback kat sekolah for revision, aku akan berfikir dua kali. Kekadang berkali-kali sama ada nak balik ke nak stay? 'Kalau balik boleh main dengan baby.' hatiku bergetus. And lastly, 'Hmm, baliklah. Revision bila-bila boleh buat. (bajet selalu study)' See that? Aku tolak masa untuk ulangkaji semata-mata sebab baby. Yang bukan adik kandung aku sendiri. Weee, apa boleh buat kalau dah sayang kan? Am I right? I thought Yessss....

So, dalam kes ni. Aku tertanya-tanya kenapa orang buang bayi? Why? Tell me why?? Kesian kot kat baby-baby tu. Tengok dah masuk kes buang bayi pulak. Back to the topic. Heeee. Okey, jom tengok gambauuu.

 Ini namanya Muaz. Baby pertama yang ibu jaga. Ini masa dia 5/6 bulan. And now dia dah setahun 3 bulan.

And now, itu Muaz yang sebelah kiri. Sangat Comel. Dan bulan ni, seorang lagi baby datang. Hee. Namanya Faris. Minggu pertama memang dia merengek. Tapi sekarang, dua-dua bagi keceriaan dalam family aku.

Jom cakap pasal pengalaman pulak, sebelum datang dua orang ni, aku tak pernah jaga baby. Adik aku last pun jadi baby masa aku umur 5/6 tahun. Mana aku nak ingat apa-apa. Lagi pun aku budak kecil lagi pada ketika itu. Tak tahu menahu pasal baby. Cuma tahu ada adik, peluk-peluk dia, cium-cium dia masa baby (sekarang buat gaduh jelaa :P). Lepas dah dua orang datang ke rumah aku ni, baru aku sedar betapa payahnya mak bapak aku nak jaga kita orang lima beradik yang super nakal. Lagi-lagi dua brader aku yang setahun beza je umur dorang. Cuba bayangkan mak aku jaga? I can't. Dengar baby nangis pun aku dah merengek cakap 'eee...bising ah'. LOL.

Memang pada mulanya aku tak merasai kehadiran dorang ni. Mulanya aku agak rimas. But now, aku bersyukur. Hidup aku happy. Sampai nak balik rumah dari sekolah eksaited sangat nak jumpa dorang. Thank you Allah. :)

Tuesday, September 25, 2012

Oral B.I

Assalamualaikum!

Heee, well dah lama aku tak update entry baru kan. Bukan apa, sejak dua menjak kebelakangan ni line internet kat rumah aku bergerak macam siput....

And now, aku diberikan masa untuk menghasilkan sebuah entry for this moment. Yeahhh, dah bersedia nak dengar story aku kali ni? Hehe. Aku nak cerita kat hangpa semua pasal oral test Bahasa Inggeris aku yang kedua. Untuk semester kedua nilah. Okey, aku diberikan tugasan oleh Teacher Mazlina iaitu guru Bahasa Inggeris aku untuk menjadi 'director' dalam kumpulan. Lakokan drama berdasarkan Drama Gulp and Gasp by John Townsend yang dipetik dari buku A Collection of Poems, Short Stories and Drama Form 4 & Form 5.

Dan Alhamdullilah drama ni berjalan dengan lancar. Aku bersama ahli kumpulan aku iaitu Farhana, Awatif, Seha dan melakukan drama ni dengan bangganya dan jayanya! (megah tak ayat aku) Hahaha. Okey, aku ada video, tapi I don't know how. Tak boleh upload. So saddddd! :'(

Just a few photos.

 Ini Awatif, yang memegang watak sebagai Rose. Masa ni dia bawa bunga dan bunga tu telah direbut oleh Crouch iaitu aku sendiri lalu bunga itu jatuh, dan Rosa mula menangis. Ini babak menyetuh hati dengan background music lagu A Thousand Years versi melodi sahaja. Tak lupa juga thanks kepada Seha telah menjadi PA system.


Ini pula babak romatik dimana Rose bertemu dengan Percy iaitu Farhana. They fall in love. Tengok tu sambil pegang tangan. Huuuuuuuu.

Dan ulasan cikgu bagi memuaskan sebab group kiterng je yang buat kelainan. Siap dengan background music, backgroud poster. Huuu. Syabas! And this work are done! :)

Thank you for reading this entry!



Sunday, September 9, 2012

Menolak fahaman yang sesat.

Assalamualaikum

Harini kita adakan perbincangan berkaitan dengan tajuk Hmmm "Boyfriend".

Okey, semua tahu maksud boyfriend tu kan. Itu kalau kata omputeh. Bahasa saintifiknya ialah teman lelaki istemewa. (Bukan lagu Boyfriend Bieber tu kayyyyyy)

K, sekarang ni mana-mana yang aku toleh pada remaja sekarang ialah dorang mesti ada masalah iaitu teman lelaki. Yeahhh... Memanglah seronokkan kita dapat kenal manusia yang berlawan jantina dengan kita. Dapat tahu perangai dia macam mana, dapat tahu semua mengenai lelaki. Dan bila kita sayang dia, dan bila dia jadi milik kita terasa macam dunia indah belaka kan? Kan? Kan? Terasa macam baru kahwin. Amboi...........

Tapi, kita kena jaga pergaulan kita dengan dia. Jaga batas. Menurut fahaman remaja sekarang ni kan, bila lelaki itu jadi miliknya, dia sesuka hati nak buat apa. Yes! Itu yang salahnya! Kita sebagai perempuan sepatutnya tidak boleh terbuka hati menerima dia selagi belum bernikah. Tak boleh salahkan lelaki sangat. Sebab mereka dikurniakan nafsu yang kuat sejak azali. Kena faham itu. Dan kalau perempuan tidak membenarkan, takkan terjadinya maksiat. Cuba fikir betul-betul.

Dan apabila seorang perempuan tu dah beri dipegang sana sini, dan kemudian......mereka putus. Apa ni?! Aku sedih sebenarnya tengok benda macam ni terjadi. Perempuan sangat berharga. Sangat sangat sangat berharga! Dan bila ada perkara sebegini jadikan, aku terus berdoa. "Semoga Allah memberikan hidayah kepada dia. Amin" Aku nak umat islam berjaya. Ada satu ayat ni "Kalau mahukan islam berjaya, didik remajanya terlebih dahulu."

Dan bila mereka berpisah, mulalah si perempuan berbroken heart. Sedih sebenarnya. Yaa..aku pun faham, yelah bila ditinggalkan oleh seseorang yang kita sayang itu terasa yang dunia sangat gelap. "Macam mana aku nak hidup tanpa dia lepas ni?" But girls, awak kena ingat yang Allah selalu ada dengan kita. Kembali ke jalanNya wahai kaum Hawa. :')

p/s : Aku bukan lah nak cakap yang diri aku ni bagus sangatkan, aku pun manusia, banyak buat dosa. Aku bukan tujukan entry ni untuk seseorang. Aku tujukan entry ini untuk semua gegirl kat luar sana. Jom sama-sama kita berubah ke hadapan. Minta maaf jikalau entry ini membuatkan korang terasa. Aku hanya share ilmu yang aku dapat. Semoga kita diberikan hidayah. :)

Telah bersabda Rasullulah S.A.W maksudnya : "Saya pernah melihat neraka. Tiba-tiba kebanyakan penghuninya adalah kaum perempuan." 




Wednesday, August 29, 2012

Apa yang Tak Kena?

Malam ini gelap. Sunyi. Tak hujan. Aku disini sedang menunggu text messages dari dia.

Sedang menunggu, aku bosan. Dan aku tak tahu kenapa dengan aku. Diri ini semakin malas. Kekadang terasa malas nak layan malas yang membuak-buak ni. Aku tak tahu mana hilangnya diri aku yang dulu. Yang dulunya suka belajar, rajin buat homework, rajin stayback. But now.......

Sedih juga memikirkan diri ini semakin hanyut. Bila ditanya soalan chemistry, fizik, addmath aku tak tahu apa jawapannya. Belum lagi sejarah dengan yang lain-lain. Ya Allah, bantu hambaMu ini. Aku nakkan diri aku yang dulu. Tak mahu diri ini terus hanyut dengan benda yang entah apa-apa. Buang masa. Ya Allah, berikan aku kefahaman sepenuhnya bila aku berada dalam kelas.

Dan aku rasa keputusan exam aku semakin menurun. Bila tengok result kawan lain yang tinggi dari aku, mulalah terasa jealous yang terlampau tapi lepas tu tak berusaha langsung nak berjaya. Sebaliknya membiarkan diri terus hanyut. Aku nak kembali ke pangkal jalan. Tolong aku Ya Allah.


Berusaha mencari jalan kembali. 

Saturday, August 25, 2012

Hari Raya 2012

Assalamualaikum!

Di malam yang sunyi. Aku lagi sunyi. Disebabkan rasa rindu di dalam hati semakin menebal hari demi hari. Rindu dia, rindu kawan-kawan, rindu cikgu, rindu nak belajar. Rindu segalanya yang da di sekolah. By the way, rindu nak makan kat kantin sekolah lepas sebulan puasa tak makan kat sekolah. Hehehe.

Hari ini dah masuk raya keempat dah, bahkan dah nak masuk raya kelima. Tapi aku sibuk nak update entry pasal raya kan. Yelah, hati ini jeles bila tengok orang lain rajin update entry dekat blog. So, aku pun nak juga. Hihi. Anyway, raya pertama aku sungguh fun! Aku tak balik kampung memandangkan memang aku tinggal di kampung. So, sedara yang lain dari Meru, Banting semua ke sini. Memang meriah habis rumah nenek aku.

Ini gambar family aku. Pakai jubah putih itu abah dan jubah jalur-jalur itu ibu. Muka aku ikut muka mak. Hehehe

Ini family besar aku. Anyway banyak lagi yang tak balik kampung lagi ni. Kalau tak lagi banyak!

Raya pertama ni jugakan, pakcik aku buat satay ayam, daging. Peh rasa dia memang umphh! :D

Lepas itu beraya terus satu lorong rumah. Al maklumlah, budak nak kutip duit raya banyak. Eh?! Budak lagi ke? Hahahhaha. Lantak lah.

Btw, memang meriah habis. Hihi. Bye :-)

Tuesday, August 21, 2012

Nak!

Assalamualaikum!


Saya sedang mencari chiffon maxi skirt like this. 
Nak. :( 

Monday, August 20, 2012

Muffin Blueberry

Assalamualaikum.

Hari ini raya kedua. Dan aku bangun lambat. Hee, teruk. Btw, today aku nak share satu resepi. It's Muffin Blueberry! Benda ni juga boleh dikatakan cupcake. Anyway, muffin dengan cupcake pun tak jauh beza bentuk dia kan. So, suka hati korang lah nak panggil dia apa. LOL.

Itu muffin saya. 

Bahan-bahan :
Tepung serbuk penaik 300g
Gula Kastor 150g
Susu Tepung 2 sudu besar
Marjerin 120g
Madu 5 sudu besar
Telur 2 biji
Air 165g
Perasa Vanila 1/2 sudu
Blueberry Jam (boleh ganti dengan jam yg lain, ikut citarasa)

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180 C
2. Pukul gula, susu tepung, marjerin bersama madu hingga kembang.
3. Masukkan telur secara perlahan-lahan sehingga habis
4. Ayak tepung serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan tadi silih berganti dengan air sehingga habis tepung.
5. Masukkan semua adunan tadi ke dalam bekas dan isikan sedikit jam untuk menambah perasa.

Letak berapa minit dalam oven pun tak kesah asalkan masak. Nanti agak-agak dia dah masak, keluarkan cepat-cepat dari oven tu. Selamat mencuba! :D


 

Thursday, August 16, 2012

Hujah di pagi 27 Ramadhan.

Assalamualaikum!

Hari ini 27 Ramadhan. Lagi 3 hari je nak raya. *countdown*

Buat tahun ini, aku beraya dengan sederhana. Masalah kewangan. Hihi. Duit habis renovate rumah bagi lagi lawa. Tapi takpa. Yang meriah, yang kita nak kejar raya pertama je kan? Itulah the moment yang paling best. Bila minta maaf kat ibu abah. Sambil tu rasa macam nak nangis lepas peluk ibu abah. Rasa macam nak masuk bilik kunci tak mau raya! Sebab terkenangkan berapa banyak dosa yang aku lakukan terhadap ibu abah. *sob sob*

Raya first tu juga nanti ada tangkap gambar family. Best! Dengan family aku yang punya besar to the max. Awesome! Nanti boleh makan banyak-banyak nasi impit, dengan kuah kacang yang sedap, kuih lodeh juga tak lupa. Hmmmmmmm! Hihihi. Dan yang paling bestnya, dapat duit raya. Tak sedar yang diri ini semakin meningkat ke hari tua tapi sering mengidamkan untuk mendapat duit raya yang semakin increase dari tahun ke tahun. Hahahahaha. (ada aku kesah?!)

1 Syawal nanti semua nampak omey, cantik. Pakai baju raya. Masing-masing tak mahu kalah. Ingin sekali dipuji di pagi raya "Eh, cantiknya baju. Beli kat mana? Berapa ringgit?" Kenapa tak cakap "Kau pakai baju apa-apa pun cantik." Hehehehe. Terasa tersimpul malu nanti sambil berblushing. (^-^)

Raya tahun ini, aku punya baju warna kuning. Tak ada lah kuning sangat macam bendera selangor tu kan. Just super soft yellow colour. Just nice. Sebenarnya, masa shopping haritu, baju ni ada dua colour. Purple dan kuning. So, hati aku berbelah bahagi nak pilih yang mana satu. Ikut nafsu nak beli dua. Tapi harga dia RM120. Okay, beli satu je. Then dalam 10 minit juga lah aku dalam fitting room tu nak pilih mana satu. Last, text ehem "Hoi, kuning ke purple?" Then dia reply "Kuning, sama colour dengan saya." Okey..... LOL

Lagi satu, target first syawal aku nak kumpul duit sebanyak yang mampu. Hihihi. Nanti kumpul sampai habis syawal, then hujung tahun shopping habiskan stok dalam kedai. Amboi....bernafsu sungguh. Dah set daa dengan kengkawan. Nak beli seluar, baju, shawl, bawal, beg, accessories and bla...bla..bla.... See?


Di kesempatan ini, aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya. Maafkan aku kalau selama ini pernah buat korang korang semua terasa, sakit hati or what. Aku minta maaf.' Semoga kita raya tahun ini dengan hati yang tenang lagi gembira! Hahahaha. Okey bye. 

p/s : Gambar tu aku bersama dengan @AqilaZaara. Btw, Qila! Kau deactived FB kan? Hmm, aku dah tak ada twitter, so susah nak berborak dengan kau. So sad. Raya tahun ni kita sama-sama eh? Ex-SKBB. Hihihi. Miss you. :*  Jumpa lagi dalam entry raya. Coming soon! :) 

Saturday, August 4, 2012

Dear HY, Whats your favourite food?

Assalamualaikum.



Image creadit from Mr.Google.

Today lets talk about foods. Buka mata luas-luas kerana entry kali ini akan menyajikan anda dengan makanan-makanan feberet aku. Heee. Okay? Done! Bila ditanyakan kepada orang ramai 'apa yang korang buat bila ada waktu free?' Mesti dorang akan cakap 'makan, tidur..makan, then tidur lagi dan bila terasa lapar lagi, makan!' Yeah! Semua orang macam tu. Tipulah kalau tak pernah buat. Kan?

Okey, bila orang tanya kat aku cenggitu, terus terlintas semua makanan feberet aku. Macam dalam otak aku ni ada internet bila ditaip 'food' pap! Terus keluar. Tapi lagi laju kalau guna unifi. Makanan pertama yang menjadi kegemaranku adalah.... hmmm *thinking*. Okay, Tom Yam! Huuu. Bila tiap kali aku pergi ke Aroi Tomyam, mesti akan order tomyam dulu. Lagi-lagi tomyam thai. Huuhuhu. Delicious much!

Yang kedua, laksa! Hmmm! Love it very much! Seumur hidup aku kalau makan laksa mesti habis. Kalau tak habis tak sah. Kalau tak habis tu bukan aku la jawabnya. Siap tambah lagi kalau tak cukup satu mangkuk tu tau. Aku suka laksa yang ibu buat, Cik Lia buat (acik sebelah), Mak Itam buat. Woww. Serious sedap gila. Terliur bila diingatkan sekali lagi. U.U

Lagi aku suka makan chocolate! Cadbury the first! Memang menambat hati aku. Sekali masuk dalam mulut, terasa dia cair dalam mulut. Memang nikmat. Lagi best and special kalau orang yang bagi. Yelaa, walau apa pun yang kita makan, kalau orang yang bagi rasanya lagi sedap. Iye dok? Dah lah free, lagi-lagi kalau orang yang bagi tu kita sayang lebih. Cewahhh! Heeeee. Anonymous.

Hmm. Lagi apa eh? Kalau nak ikutkan hati banyak lagi makanan feberet aku. Kalau nak diceritakan memang tak habis. Yang aku share ni pun yang betul-betul feberet aku. Heeeeee. Okay guys, thats all I want to share with you. Bye, see you again! Have a blast day! :-)

Thursday, August 2, 2012

Birthday Party!

Assalamualaikum!

31 July merupakan tarikh keramat bagi bestie kembar aku ni. Tak lupa juga kepada Aida yang menumpang harijadi yang sama. Juga kepada Farah Syafiqah yang esoknya 1 August merupakan hari ulang tahun kelahirannya. Aku ucapkan selamat harijadi. Semoga panjang umur, semoga murah rezeki, semoga suksess dalam kehidupan, semoga diberkati, last but not least, semoga semoga semoga hubungan kita tak terputus! :)

Okey, masa 31 July ni, kiterng berbuka bersama-sama. Lokasinya di KFC Klang Utama. Just a small private party for gegirlsss. But, its awesome! Berbajetkan sorang 10 ringgit kami gembira bersama. Taking pictures, talking, laugh together dan buat kecoh satu kfc tu together-gether. Hahaha.

Aku makan snack plate. Sepatutnya nak makan nasi ayam. Tapi that day nasi ayam semua kfc takda buat sementara waktu sebab dorang keluarkan recipe baru haritu. Chicken Curry tak silap namanya. Something like "errrr loya tekak aku tengok iklan dia."

Bahirah Dan Azilah. Bahirah is the one of the birthday girls! 

Makan tanpa menghiraukan orang disekeliling. Tapi tak habis pun, macam tak ada feel nak makan kfc masa ni. So sad. T^T 

Ini dia gegirlsss yang datang menjayakan the party!

Ini cake yang superb delicious! Ada blueberry jem lagi sebagai topping. Btw, this cake was sponsored by Faiqah! Heeeeee. Thank you bagi perut kiterng kenyang. Tak cukup lagi tu, siap tapau bawa balik lagi. Haha

Yang empat dari kiri adalah the birthday girlsssss. Comel la korang! :)


These the memories! Love you all. 
Goodnight. Assalamualaikum! 

Kulit dah sembuh!

Assalamualaikum!

Today saya nak cerita pasal kulit saya. Yaa, mesti korang rasa annoying kan? Apalah budak ni nak cerita pasal kulit dia. Hahaha. Kalau nak tahu cerita teruskan membaca. Kalau tak mahu, boleh delete tab ni. Okay?

Dua minggu lepas, kulit aku menggelupas. Yang sedihnya, menggelupasnya teruk sangat. Terutama sekali dekat bahagian hidung. Dah lah hidung tu berada dekat tengah-tengah muka. Sejauh 5km dah boleh nampak kulit aku menggelupas ni. Can you imagine that? Of course not! Heeeee. Yang pasti kulit ni memang teruk. Sampai malu nak tunjuk muka.

Then a few days, tak tahan sangat dengan kulit menggelupas ni plus dengan kegatalannya yang ya amat. Aku telah membodek mak aku untuk pergi ke klinik. "Ibu, kulit kita ni menggelupas lah. Teruk sangat. Cuba ibu tengok ni." *hulur hidung*. Manja tak aku dengan mak aku? Heee. Lepas tu pujukkan ku berhasil. Ibu bawa aku ke klinik.

Setibanya di klinik, nasib lengang. Nama dipanggil, terus masuk bilik doktor. Doktor india tu lawa gila. Dia sentuh hidung aku. Tangan dia lembut gila. Memang gila gila gila lawa lah. Tanak percaya sudah! Haha. K, dia cakap "buat masa ni adik jangan pakai apa-apa produk. Kulit adik tengah sensitif ni. Saya akan bagi ubat pill dan cream sapu kat muka." Okay doktor comel! :D

Ini dia ubat makan. Tulisan orang ni macam nak kejar apa je. Sampai nama aku jadi 'HAHA'.

Ini pula ubat muka. Memang aku dah tak cuci muka guna pencuci muka dah. Lepas mandi or bilas guna air aku terus sapu krim ni. 

Dan Alhamdullilah, now dah baik. Just seminggu je. Tapi aku tetap makan ubat, sapu krim. Nak kulit lagi cun kan. Perempuan kan? Please understand me. Haha. 

See, dah okay. Nampak flawless. Ni pun tak edit sangat. Just main dengan camera flash je. 

Bye. Assalamualaikum! 


Saturday, July 21, 2012

Diri Ini Masih Belum Sempurna

Assalamualaikum!

Macam semua umat islam tahu, harini merupakan hari kita berpuasa. Yeah, sekarang pukul 8 pagi. Nasib perut aku tak mengaung lagi. (Lek ah, baru pukul 8 kot)



Bila difikirkan lagi, sekejap gila masa berlalu. Dan sekarang aku di tingkatan 4. Tahun yang mana aku terkejut dengan subjek yang susah-susah such as Kimia, Fizik, Add Maths. Itu belum ambil biologi lagi. Biol nanti otak aku. Berbanding dengan PMR dulu, alah kacang jeeee. (Kacang kacang tapi tetap tak dapat straight's A). Wkwkwk. Tapi aku suka baca buku bio bila ada masa lapang. Heheehe. Sebab kita boleh tahu kebesaran Allah mencipta makhluk itu macam mana. 


Jadi, memandangkan aku dah berniat untuk Ramadhan kali ini untuk mengumpul pahala banyak-banyak. Aku ingin meminta maaf kepada semua pihak. Sama ada kesilapan aku itu sengaja atau tidak disengajakan. Aku tahu, aku taklah bagus sangat. Well, tak ada yang sempurna di dunia ni. Sebab itu aku nak improve to be better. I'm sorry. Muah! (gedik habisssssss) 


Ujian Setara 2 dah lepas. Yang menanti sekarang ialah final exam. Tahun depan. SPM. (omak! SPM hoi....) Penentu masa depan. Ujian Pertengahan Tahun haritu pun aku ada 1[G] 1[E] 2[D]. Untuk subjek Kimia, Fizik, Matematik, Matematik Tambahan. Yang C+ tu In Sya Allah aku nak tingkatkan. Peratus juga perlu dinaikkan. Jadi, moral disini. Form 4 jangan nak 'honeymoon' sangatlah kan. Nanti jadi macam gini. Ohh tidak, terasa nak patah balik masuk darjah 1 belajar ABC dan dapat markah semua 100%. (T.T) 


  "Sesungguhnya, aku ini masih belum sempurna. Masih banyak perlu diperbaiki. Masih banyak ilmu perlu diterokai. Aku berharap agar dapat menggembirakan ibu bapaku. Memperoleh keputusan yang lebih baik. Aku sayang mereka."



Friday, July 13, 2012

Ramadan is coming.

Assalamualaikum.


Ramadan datang lagi. *counting* 

Syukur alhamdullilah diberi kesempatan lagi untuk bertaubat kepada Allah. 
Aku hanya insan biasa yang banyak melakukan dosa atau kesilapan. Hanya insan kerdil yang ingkar. 
Tetapi aku sangat bersyukur kepada mu Allah. Engkau memberikan kemewahan terhadap diriku. 
Terima kasih Allah. 

Sesunguhnya banyak kelebihan bulan ramadhan ni. Tiap satu malam itu berharga. 

"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

Sedikit information yang saya dapat. 
Selamat menyambut Ramadhan. 

Assalamualaikum! 


Sunday, July 8, 2012

Mid Year Exam

Assalamualaikum!

Pagi Ahad yang sejuk. Disebabkan malam tadi hujan. Hujan ni lah yang menyebabkan aku takut lari pergi ke bilik mak. Saya anak mak. Manja. Hihihi.

Bulan Mei lepas ke July, aku lupa. Exam Mid Year. Nak tengok result aku? Budak pandai kan. Pandai ke?


Haaaaaa. Tengok tu. Pandai lah sangat. Menurun tahu. Esok exam tapi sekarang tengah online. Macam mana nak berjaya kan? K. Bye. Assalamualaikum.

Saturday, July 7, 2012

Dia dah setahun.

Assalamualaikum!

Hai. Rindu saya tak? Heheheee. Harini nak update pasal baby. Who love baby? Saya suka. Mak saya kan jaga budak kan. Pastu budak tu comel. Macam apa je ayat aku. Okey, straight to the point. Baby mak saya jaga tu lelaki. Nama dia Arryan Muaz. Cina ohh. Mata sepet.


Itu dia. Dia masuk setahun pada 25/6 lepas.

Happy gila bila orang melayan dia. Sampai air liur tu asyik meleleh je. Manja sangat dia ni. Kalau orang tak dukung nanti nangis. Gedik habis. 


Yeah. Dia memang suka gigit kamus Bahasa Arab ni. Selak-selak buku. Haish. Dia buat aku penat setiap kali jaga dia. Btw, dia baru dapat kaki. So, memang kalau bergerak tu dah laju la kan. Terlepas pandang sikitje dia dah jauh. Hayoo.


Tengok tu habis semua benda dia nak jelajah. Haha. Muaz comel! 

Bye. Assalamualakum. 

Wednesday, June 27, 2012

Enjoy gila

Assalamualaikum!

Aku ada post kat twitter tadi pasal aku nak post about dikir barat malam ni. Kalau sapa yang perasan la. Sebenarnya dah dari Ahad aku nak post. Tapi.....aku perlukan masa untuk rehat. So dah tertangguh.

By the way, Sabtu lepas telah diadakan Hari Puteri. Bagi puteri islam. SMK Convent jadi tuan rumah. Banyak pertandingan yang dipertandingkan. Antaranya dikir barat, hias kek, memasak, penulisan kreatif, tokoh puteri dan banyak lagi. Aku dah join dikir puteri. Do you believe? Must! Hihi


Okay gambar Amy jadi intro. Masa ni kami baru je sampai. Then tunggu sambil berdiri. Menunggu Ustazah pergi daftar. Kami pakai kuning. Lari tema. Tapi persembahan kami yang paling enjoy, paling gempak wa cakap.


Ini Kie Hairuman yang sebelah kiri. Bersama Kamila J. sebelah kanan. Dorang ni fun gila. For your information, aku ni secret admire Kak Kamila. *malu* Sebab apa tahu? Sebab dia ni orang nya happy gila. Tak pernah nampak dia sedih lagi. Dah lah comel. Kie pun sama. :)


Ini pula Roziah. Yang over muncung tu Bahirah. Haha. Comel. xD


Pastu jalan punya jalan, terserempak Aqila. My bestie ever! Sebenarnya dah terjumpa dia masa aku makan kat kantin. Tapi masa tu aku tengah makan so tak dapat layan. Then, call dia cakap nak jumpa. Dia masuk pertandingan hias kek.


Ini kek Aqila. Dia join ni dengan kawan dia. Setiap sekolah hantar dua orang. Dia dengan Rachel. Eh, betul ke aku eja nama dia? Dia comel, kecil je orangnya, molek. Pandai melukis pula tu. Uhhhh....


Bahirah dan Aqila.


Rachel tutup muka. Ter ke sengaja? Haha. Susah nak dapat gambar dia. Ngeeeee.

Walaupun dapat no.4 dikir barat. 
Takpa. Asal kami enjoy. 
Assalamualaikum. 

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...