Thursday, June 5, 2014

Hidup Di PLKN.

Hai. Assalamualaikum.

Dah lama tak update. Almaklumlah, orang ni baru balik dari plkn. Setelah hampir 2 bulan duduk jauh di Negeri Sembilan, jauh dari internet, jauh dari parents telah banyak yang aku pelajari. Ceh ayat tak payah nak baku sangat lah. 

Okaylah, sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan kat uolls semua. Tapi don't know where to start. Hmmmmm, macam ni lah, 

-----------------------------------------------

DAY 1 (6 April 2014) 

Pukul 9 pagi aku dah berada di Stadium Shah Alam. Tempat berkumpul budak-budak plkn. Pergi lapor diri, setelah itu, dapat bas mana yang aku kena duduk. K, waktu nak berlepas tu tahan air mata je lambai parent dari jauh. Dah rasa saat berjauhan. Tapi tak nangis. Waa gentle, nangis dalam hati. Tak tunjuk. Hahahahahaha. 

Dah duduk dalam bas hampir 2 jam, tibalah aku ke Kem PLKN Pds Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. That moment memang rasa teruja. Tapi bila turun je bas, dah kena saiko dengan jurulatih yang pegang jawatan sebagai 'cikgu displin' a.k.a 'rimau kem pds resort'. Memperkenalkan.......

Cik Azlan, tapi budak-budak panggil Cik Lan. Dia ni lah yang part denda-denda dia pegang. Semua kira macam takutlah dengan dia. Tapi actually dia baik cuma dia menjalankan tugas dia je. FYI, trademark dia lompat lalat 5 juta tu sebenarnya denda untuk kiterng. Dia macam lompat bintang. Habis nyah kawan aku semput dibuatnya. Haahahaha.

Time kena saiko tu, aku dapat kertas colour pink. Kat sini kiterng dari Shah Alam mula dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Aplha, Bravo, Charlie dan Delta. Kertas colour pink untuk Alpha, biru untuk Bravo, kuning untuk Charlie, dan hijau untuk Delta. Which is aku dalam group Alpha!!! Group paling gempak, paling ramai seramai 77 orang included lelaki, tepuk sorak group paling meletop dan group paling lambat tiap kali berbaris. Hahahahaahhaa. Sampai semua jurulatih dah fed up dengan Alpha. Tapi weoulls dah kumpul 5 emas k. (Group paling banyak emas). Well done Alpha, atau nama lainnya, ARMADA! :D

Okay, lepas dah kena saiko, aku kena melapor di kem pula, bagi number account bank untuk duit elaun which is RM150 je sebulan. JE! Sikit. Then, kena buat medical checkup. Alhamdullilah sihat. Check berat tinggi and disini aku nak mention bahawa BMI aku dah normal! Yeah, dulu aku mengalami kekurangan berat badan. Kena tolak angin pun melayang. Which iolls iz sad. But now, dah normal wokayyyyy. :p

Lepas dah settle apa kejadah tu, kena check beg pula. Korang nak tahu, gunting aku sebesar tapak tangan mata tumpul pun dia nak rampas. K fine la nak rampas boleh beli lagi. Dah lepas check beg, aku ditempatkan ke dorm pula, aku dapat dorm yang diberi nama PORT DICKSON. Dalam port dickson tu, terbahagi kepada 3 dorm yang boleh muat 12 orang limit. Which is, PD1, PD2, and PD3. Aku dapat dorm PD2! On the way ke dorm, aku dapat kenal Najihah Izaty, Saidatul Saiun dan Sepna Atiqa Sari. 3 orang ni dari Selangor dekat je rumah. Dorang pun dapat dorm PD. yeahhhhhh

Dah letak beg dalam dorm kena turun ke logistik untuk ambil pakaian yang di beri oleh pihak JLKN. Dapat lah shopping baju loreng, baju korporat, baju sukan. Excited nyah dapat baju baru semua ni bagai. Hahahaahhahaha. Yang penting free.

Hmmmmmmm aku rasa macam tu je perjalanan hari pertama aku kat kem. Bestlah dapat kenal kawan baru. Dapat merasa duduk dorm, dapat merasa mandi ramai-ramai, dapat merasa kena denda, dapat merasa kena jemur tiap hari. 

Okay, ini BUDDYZ. 9 orang. Aku, ina, sai, zura, mira, ili, jiha, sepna, dan rini. 24 jam berkepit, pergi kelas, makan, mandi, tidur, lepak, main. Semua otak 3 suku. Masuk air, tak pernah aku ada kawan macam korang weh. 

Next time iolls update pasal Buddyz pula. Wait okay! Bye! Assalamualaikum. 



Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...