Monday, May 28, 2012

Thanks to all

Assalamualaikum.


Hari ni seperti mana yang semua orang tahu. Harini merupakan harijadi aku yang ke-16. Well, aku rasa banyak kenalan aku yang dorang punya harijadi pun jatuh pada hari ni. 28 Mei. Tarikh bermulanya sejarah dalam hidup aku. Dalam lebih kurang 4 orang sama birthday dengan aku. Okey! Happy Birthday to you all!

Btw, aku berterima kasih kepada Allah kerana telah memberikan aku hidup selama ni. Diberikan masa untuk bertaubat kepadaNya. Aku sedar. Banyak dosa atau kesilapan yang pernah aku buat. Aku sedar. Aku hanya manusia kerdil yang biasa. Siapalah aku.

Terima kasih juga kutujukan kepada ibu bapaku. Tadi Abah doakan aku. Dia doa. "Semoga akak jadi orang yang berguna, dimurahkan rezeki. Semoga sejahtera selalu." Okey aku terharu. Apabila mendengar doa abah untuk aku. Yaa, kita pun akan selalu mendoakan abah dan ibu semoga diberi kehidupan yang lebih  panjang bersama kita. I love you.

Kepada kawan-kawan di Facebook dan juga Twitter. Terima kasih kerana telah memeningkan kepala aku. Haha. Mana tak nye. Kelam-kabut aku bila online je. Tup tap tup tap notification masuk. Chatbox pun tak senyap. Sampai pening den you know. Btw, Thanks sesangat. *terharu.

Bukan itu saja.

|
V
See yaa. Kau boleh bayangkan? Itu belum wa jadi hot. Eiceh! (berlagak)


Ada lagi satu. Yang ni bagi aku dah sweet gila dah. Hahaha. Aku rindu kau Aqilaaaaaaaaaaaa! :< 

See! Sweet kan? :D 

Ada lagi sorang yang special bagi aku. Dia wish tahun ni 4 kali tak silap. Tahun lepas 5 kali. Heeee. Thank you, Ridhwan Haziq. :3. Aku tengah tunggu kembar wish kat aku ni. Dorang kat Terengganu. Eh wei kembar, aku dah rindu korang. Jeles pun ada juga ni sebab korang dapat pergi holidays. 

Okey! Lagi sekali aku cakap. 
Terima kasih kepada yang wish to me. 
Bye! Selamat malam :)

Sunday, May 27, 2012

Happy Birthday

Assalamualaikum!


Yeah! Gambar kad saja yang mampu. Aku nak bagi tahu yang aku sekarang dah masuk 16 tahun secara rasmi. Hihiw. Tapi yang tak berapa nak bestnya birthday aku ni mesti dalam minggu cuti semester yang kedua dalam setiap tahun. Teringin juga kalau harijadi aku ni masa hari sekolah. Nanti satu kelas nyanyikan Birthday's song. Huuu. 

Okey, rasa macam malam ni nak cerita pasal perjalan kehidupan aku la. Boleh kan? Haa! Tak boleh? Eh, ini belog saya eh. Haha. (just kidding). Okey sambung tadi, aku dilahirkan pada 28 Mei bersamaan 10 Muharram pada pukul 5.45 pagi or petang? Aku lupa. Seriously. T^T 

Dulu ibu cakap masa kecil mata hitam aku bulat gila. Dengan rambut kerinting nya. Comel! Dulu aku putih, akibat suka merayau-rayau sampai ketengah hari kini aku gelap. (Bunyi macam sedih) Eh Nisa! Takpela kalau gelap pun. Lagi elok kot. Kalau berdiri tengah-tengah panas pun kau punya kulit okey je. Ni lagi hang nak kawad sat gi. Kene tahan bawah matahari seberapa yang boleh. Huuu. 

Okey. Then aku dibesarkan bersama adik-beradik aku berlima. Aku mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Batu Belah. Masa lima tahun enam tahun ni, gigi aku rongak kat depan. Inilah akibatnya tak gosok gigi then makan gula-gula banyak-banyak. Takpa, time ni tak ada perasaan malu. Hihiw. Sangat seronok di Tadika. 

Selepas tu, aku sambung lagi di Sekolah Kebangsaan Batu Belah dan Sekolah Rendah Agama Batu Belah. Dua sesi iaitu di sebelah pagi dan di sebelah petang. Sangat penat tapi budak-budak ken ada energy banyak. Dari sekolah aku tahu macam mana nak tambah darab bahagi. Macam-macam la. Kawan pun makin bertambah. Lots of fun! Masa UPSR, aku telah berjaya mendapat 4A1B. Tak pernah-pernah dapat you know. Then PSRA for agama pula, aku dapat gred mumtaz iaitu 92.6%. 

Sambung pula di SMK Taman Klang Utama. Heeee. Masa form1 tu, aku kene duduk di SMKTKU ni dulu seminggu sementara menunggu pangilan masuk ke sekolah yang bagus-bagus sikit. Eiceh! Lastly dapat dua tawaran. Ke sekolah agama, satu di Hisyamuddin Kampung Jawa, satu lagi di Sabak bernam juga merupakan sekolah agama. 

Tanpa memikir masak-masak pasal perkara ni, aku  terus reject Hisyammudin. Konon nak sekolah jauh, berdikari. Tapi hampeh! Aku pergi ke Sabak Bernam, siap dah ready beli barang siap-siap. Seminggu je aku bertahan di sana. Hari-hari menangis rindu ibu, call ibu. Sedih. Lastly, aku bersekolah balik di SMKTKU. Dan keputusan PMR aku juga tidak menghampakan ibu bapaku. Mereka yang bersusah payah bawa aku balik ke sini. Aku telah mendapat 5A3B. 

And Now! (dengan background music gendang) Aku sekarang berada dalam tingakatan 4 Sains Iktisas (ICT) bersama kawan-kawan yang banyak menolongku selama ini. Banyak kenangan yang telah diukir selama 16 tahun ni. Thank You Allah. :') 



Hari Guru

Assalamualaikum!

Hari Jumaat lepas sekolah aku ada buat sambutan Hari Guru. Selepas 3 minggu berperang dengan kertas exam kini tiba masanya untuk merehatkan otak. Sambutan hari guru kali ni tak berapa nak fun bagi aku. Sedih. :(

Takpalah. Aku harap tahun depan lagi meriah sempena tahun last aku nanti. Form 5 sudah tahun depan. Aiyokk! :O

Bersemangat hias kelas bagai. 

Conteng-conteng whiteboard. 

View dari kelas aku kat atas. Masa ni cikgu semua sedang bersukan-neka. 

Then cikgu datang kat atas bawa kek untuk kami. 

Kek aiskrim. Yummy :3 

Yeahhhhhh! :D 

Cikgu Haslina. 


Okey, malas nak cerita pepanjang. Hihiw :D 

Monday, May 14, 2012

Hari Ibu

Assalamualaikum.

Pagi tadi jawab paper sivik dan sejarah. Ya Allah, sivik senang sangat even tak baca buku pun. Haha. Bajet, nanti kang markah low juga. Sejarah pula tadi paper 1 senang la tapi paper 2 agak terkilan sedikit sebab aku ni baru masuk form4 tahun ni. So, apaila menjawab soalan esei tu tak berapa nak mahir. Boleh pula tadi diberi cubaan yang betul-betul mencabar. Masa setengah jam sebelum habis tu, perut aku diserang sengugut. Omaigad! Rasanya hanya orang perempuan dan Allah saja yang tahu. Terus jadi blank masa tu then serende dengan paper tadi.

Eh, aku bukannya nak cerita pasal exam tadi. Tercerita pula dey. Okay straight to the point. Aku nak cerita pasal Hari Ibu. Tu haa, siap highlight lagi supaya tak lari tajuk jauh-jauh. Okay hari Ahad bersamaan hari ibu lepas aku dengan whole family aku sambut hari ni. Disebabkan nenek aku la yang paling tua, dia juga lah yang melahirkan semua makcik-makcik aku ni so kiterng sambut dia. Hihiw.


Fuyoo! 3 kek. Disumbangkan oleh macik-macik aku yang baik hati. Kek coffee yang ada bentuk love tu paling aku suka. Sedap gila. Yang kek coklat gambar second ni tak berapa nak ngam dengan tekak aku.


Ini nenek aku. Umur dia 78 tahun. Dikurniakan 15 orang anak (dua telah meninggal dunia). Semoga panjang-panjang lagi umur nenek aku ni. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Ikhlas dari cucu ni. :)


Ini jamuan kiterng. Sangat simple miple tapi mengeyangkan. Actually, aku yang makan sikit sangat. Maklumlah perut kecik.


Ini anak sedara aku. Yang tengah tu anak buah aku. Suka gambar candid-candid ni. 

K, itu je nak story. Study math. Bye :D 

Monday, May 7, 2012

Apa yang aku idamkan

Assalamualaikum!

Apa kene dengan tajuk atas? Haha. Actually, aku ni ada benda nak dihajatkannya. Bersempena dengan harijadi aku yang akan menjelang 28 haribulan nanti. Aku nak sangat kalau dapat hadiah cenggini.


Lawanyaaa *bersinar mata

Sunday, May 6, 2012

Lawatan

Assalamualaikum!

Pada 5 Mei 2012 bersamaan hari khamis haritu aku pergi ke PWTC ikut rombongan sekolah. 3 bas kiterng pergi. Aku naik bas yang ketiga, takda membe sangat dalam tu. India je banyak dalam tu. Majoriti -.-


See, jem pada awal pagi. 

First, kiterng pergi Pusat Sains Negara bukan Petrosains okey. Ni lain punya. 


Selepas turun dari bas. Semua excited! 


Bestie saya Forever! 

Ini keadaan di dalam nyaa. Cool.

Bila try benda ni. "Woah! aku ada cakra" 

Fuyoooo! Tengkorak dia je. K

Lepas tu, kiterng pergi taman rama-rama. :>

Lagi gambar bersama bestie saya dia taman rama-rama. 


Then kiterng pergi Kraf Tangan. 


Pastu pergi PWTC, sayang nya takda gambar. K, Bye.


Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...