Friday, November 29, 2013

Soulmates

Assalamualaikum.



Hai. Malam ni aku berhajat nak tulis pasal kawans rapat aku. See, ada 's' plural k. So maknanya kawan yang aku nak cerita ni lebih dari seorang. Yelah, sekejap lagi aku dah nak kena tinggalkan sekolah. I can't believe that I'm growing up. Aku nak selama-lamanya budak kecil. I wish...

So, bersempena aku nak tinggalkan sekolah ni, aku nak cerita lah pasal kawan-kawan aku memandangkan aku tak pernah cerita sebelum ni kan. Nanti lepas ni tak tahu hala tuju masing-masing. Entah contact ke tak kan, jumpa lagi ke tak kan. Baik aku cerita sekarang. Nanti bila dah besar (sekarang tak besar lagi) boleh rewind balik from this entry kan. So why not? Jom layan.

Aku kat sekolah rapat dengan budak kelas depan je. (girls la). Before this, since aku tadika sampai sekarang aku asyik dapat duduk kelas pertama je. Nak kata pandai takde lah sangat. Memang tak pernah pindah kelas walaupan kelas kedua. Mahupun sekolah agama atau pun kebangsaan atau pun menengah sekarang ni. So kawan-kawan yang aku jumpa dari kecil memang kawan-kawan hadap buku. Sebab tu aku kekok bila berbual-bual dengan orang yang tak sehaluan dengan aku. Hahaha. Aku tak mesra alam kalau kau betul kenal aku. Kalau best friends aku tak datang sekolah, aku lagi prefer jalan sorang-sorang kehulur-kehilir. Entah, aku selesa macam tu. Sad life.

Kawan dunia akhirat saya.

Nur Bahirah. Ini kawan paling paling paling paling rapat aku. Since tadika (time zaman gigi rongak lagi). Masa tadika kawan, pastu masuk sekolah rendah darjah 1 aku melupakan dia. Sebab dia kelas kedua kot. Aku tak ingat sangat. Pastu kawan kawan macam tu sebab masa sekolah rendah aku ada aina (hai aina! if you still remeber me). Aina memang top masa sekolah rendah dulu. Nombo satu dalam kelas je mesti dia pegang. Pastu masuk sekolah menengah aku jumpa balik dengan Bahirah ni.

Bahirah ni ada kembar real tak tipu. Perangai dua-dua memang beza. Bahirah ni jenis garang sikit. Dia main lepas je apa dia cakap. Dia ketua pengawas sekolah tahu tak. Sebab tu mahu garang. Dia ni selalu betulkan kesalahan aku. Selalu bagi aku semangat, push up aku, pastu aku selalu nak lawan markah dia tapi tak dapat. Dia memang rajin rajin rajin gila berusaha. Dia akan pastikan apa yang dia nak dapat. Macam add maths. Dia rajin buat latihan sebab tu lulus. Tak macam aku. Hampa bila sebut pasal add maths.

Nur Aisyah. Yang ni lah kembarnya. Ni akak tadi adik. Beza berapa minit tah, 2 minit kot. Hahaha. Kawan sendiri pun tak ingat. Aisyah ni pula seorang yang sangat-sangat sweet. Dia suka benda-benda cute, yang cool dan ohsem. Dia ni adventures. Bila sehari kat rumah tak buat apa-apa dia akan gelabah cakap boring. Dia mesti ada benda yang dia nak buat nak try. Aisyah ni pun tak kurang hebatnya bila bercakap. Cakap lepas juga macam kembar ye. Hahaha. At least dorang ni jujur dengan aku.

Kembar ni dua-dua aktif kat sekolah. Kekadang aku pelik, stay kat sekolah sampai petang dengan dorang tapi dorang tak penat-penat. Aku je yang macam sotong bila dah penat. Mungkin sebab dorang ni terlebih gula asyik makan gula-gula je... Tu yang hyperactive. Tapi memang seronok dapat kenal korang weh. Almost 11 years with you guys. I love you. 

Siti Azilah. Yang ni aku kenal dia dekat sekolah agama. Sekolah kebangsaan tak sama. Aku mula perasan dia dari darjah 5. Siot guna ayat 'perasan' kau fikir dia semut? hahaha. Darjah 5 aku sama kelas dengan dia. Sebab dia ni pendatang baru yang asyik nak fight markah agama aku je sebab tu aku perasan. Dia dulu dengan aku mesti top 5 dalam kelas. Tapi aku selalu menang la. :P Sebab aku ni kuat hafal. Senang hafal fact. You know what, mak dia dulu pun selalu nak fight mak aku kat sekolah. Mak dia pernah cerita kat aku. Tapi mak aku asyik menang je. Hehehe.

Azilah ni seorang yang awesome. Dia jenis cool yang tak kesah apa orang cakap. Dia ada dia punya cara sendiri. She genius too. Pandai lukis. Minat gila dengan anime, dunia jepun. Sama juga macam kembar. Aku suka korea je, jepun tak sangat. Kalau tak ada dia masa form 1, mesti aku ni dah teruk. Dia lah yang ajar aku macam-macam. Tak kedekut. Otak dia jenis macam aku, tak cerewet. Tapi aku jenis yang membosankan. Hahahaha.

Banyak lagi kawan aku nak cerita. Tapi rasa macam entry ni dah panjang, nanti korang malas nak baca. Nanti aku buat part 2. Promise! Actually, aku nak cerita lebar lagi pasal tiga kawan baik aku kat atas tu. Tapi itu biarlah aku seorang je yang tahu. Aku just nak kongsi ni je. Tak salah kan...

Terimalah hadiah dari saya sebab sudi baca entry ni. Meet poney ride time karnival sekolah. First time naik. Buat orang yang tak tahu, poney ride ni lebih kecil sedikit dari kuda. Naik ni pun aku dah rasa macam oh my god tinggi gila. Tengok mata poney tu, macam menangis kan. Yelah whole day dia angkat orang naik. Nasib aku ringan. :p

p/s : Minta maaf kalau aku buat silap kat korang (kembar dan azi) Love you guys. Thank you for everything.

Monday, November 25, 2013

Lack of self-confidence.

Assalamualaikum.

Meh sini baca cerita interview aku. :p

Sabtu lepas aku ada cakap aku ada interview kan. Kat guardian. Kalau uolls follow twitter aku (https://twitter.com/hanisahyahaya), korang tahu.

Sabtu. 23 November 2013. 3pm.

Aku berjalan masuk ke Guardian dengan rasa ragu-ragu. Because it was my first time. I'm curious.
My mom and my sister teman. Then, aku terus pergi ke counter. Ada abang cashier "Saya datang nak interview pukul 3 ni." "Kejap eh" *dia pergi tanya akak manager.

Akak tu (aku lupa tanya nama dia) suruh masuk. Perbualan kami pun bermula.

Akak : "Dapat plkn tak?" 

Aku : demm. aku dapat plkn, nak cakap apa nih? "Emmm, saya tak check lagi la kak....." Takpe, tipu sikit je.

Akak : "Kalau adik dapat plkn susah sikit. Sebab plkn selalunya start bulan Januari kan. Kalau intake dia lambat dalam bulan 6 ke apa ke takpela. Sebab kalau kerja sini nak berhenti kena bagi notis sebulan. Kalau bla macam tu je gaji takda." 

Aku : "Emmmm...nanti saya check, saya call akak balik." 

Akak : "Hem baguslah macam tu. *pastu dia cakap la pasal guardian. time schedule macam mana. macam mana kerja kat situ. and so on* "

Aku : "Ok ok. Papehal nanti akak call tak pun saya call ke kay? Terima kasih kak." 

Akak : "Sama-sama" *shake hand (salam) bukan goyang-goyang tangan k*

About 10 minit la interview tu. Tak lama sangat. Okay la, best. Best sebab aku dapat melawan kekurangan confidence dalam diri aku ni. Good job Nisa.

Bila korang datang interview, just pegang pada prinsip yang aku pegang ni. Ingat eh "Relax, dia tak makan orang" Cakap perkataan tu banyak-banyak kali. Cakap sendiri-sendiri la. Jangan sampai orang lain dengar. Baca selawat banyak-banyak.

***************************************************

Lebih kurang macam tu la my first interview. Tak ada lah susah sangat. Just need a mouth. Apa-apa pun aku bersyukur sangat dapat rasa interview tu macam mana. Kalau tak dapat kerja pun tak apa la. Boleh ambil lesen dulu, joli puas-puas dulu, lepak kat rumah depan tv tengok channel astro free kan. Hehehehe. 

p/s : Mula-mula rasa kekok, last-last buat je orang interview tu macam kawan kau. Tapi jangan macam ni...

Kena halau balik karang............ 

Tuesday, November 19, 2013

I ada jumpa blogshop. Baik punya!

Assalamualaikum.

Hai. Good morning uolls.

Aku baru je bermandi peluh mengemop tingkat atas. Sidai kain sikit. Basuh selimut dengan cadar bilik aku. Now ambil masa sikit untuk rehat. Sambil minum Nescafe Mocha which is my all time favorite. Lepas ni nak study for paper esok pula. Agama Islam. Then Add Maths. Doakan aku okey? Add maths tu takat lulus pun okey. Agama aku target A+. InsyaAllah.

By the way, hari tu aku belek-belek facebook. Then aku jumpa satu blog shop yang best. Sekarang dorang tengah buat off RM8 sampai 20 November 2013. So crab it now. Banyak dorang jual. Semua baju-baju Korea which is so cute!

Banyak dorang jual tau. Kalau tak percaya pergi tengok. http://www.sf-stylez.com/

Ini contoh-contoh baju yang aku suka. Simple. Kantoi layan lagu Tegar. Hehehehe. Melayan adik Muaz nak dengar sangat........ "aku yang dulu bukanlah yang sekarang. dulu ditendang sekarang ku disayang" 



See yaa. XOXO. Teruskan membaca blog saya kay? Bye. 

Monday, November 18, 2013

SPM Lagi!!!!!!

Assalamualaikum.

Hai. Harini aku baru selesai jawab paper Mathematics. Lagi 5 paper je lagi. Huhuhu ~ dancing ~

The day before, aku tak study pun Mathematics ni. Malam sebelum exam pula ada final AF. Memang ah, memang mood aku nak study tak ada langsung. Kebetulan suara bintang-bintang AF tu boleh pula sedap semuanya. Faizul pula yang menang. Hehehehehe. (dia sempoi) Aku tak tahu la kenapa makin malas. Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat malas.

Bila bangun pagi, tiba-tiba rasa gelabah. Asyik fikir je "apa aku nak jawab nanti". "ahh, ruginya tak study" Aku asyik berbisik kepada diri sendiri "relaks la, kau dah faham semua term and formula, so don't worry. Allah cukup bagi kau nisa".

Dan Alhamdullilah! Everything going smoothly. Paper 1 aku dah siap dalam masa 1 jam. Tapi ada lagi 5 to 7 soalan yang aku skip sebab tak tahu. Yang aku tak tahu aku tibai je........ Nasib.

Dah lepas keluar dari dewan peperiksaan (aku tak keluar awal so boleh bawa balik kertas soalan) , weoulls check semua jawapan. Dari 40 soalan, aku salah 7. Orang kata jangan check jawapan dah lepas biar lepas. Takut kecewa. Tapi tak dapat menahan diri. Oh tidakkkkk..

Tapi aku berpuas hati sebab before this, aku just dapat 20 lebih macam tu je. Ada sikitlah ketidakpuasan pasal tajuk varience yang aku suka aku salah! Hahahaha. Tapi satu je. Dah lepas aku tahu aku score cukup cukup makan je dalam paper 1 ni, aku buat betul-betul untuk paper 2. Semua lancar. Tapi untuk mathematical reasoning je aku kantoi. 4 markah. Nasib this year keluar distance-time graph! Yang lain best. Tak susah sangat. Alhamdullilah.

Aku tahu semua ni berkat usaha aku sendiri. Aku dah banyak ajar kawan. Kiranya aku ni 'bahan rujukan' kawan-kawan kat sekolah. Aku berpegang pada prinsip ni, "jangan pernah lokek ilmu. Sebab Allah boleh tarik ilmu kita bila-bila masa je." Seronok juga ajar orang. Aku dapat polish balik apa yang aku ada. Asah bagi tajam. Bila kita ajar orang, secara atomatik kita buat revision sekali tau. Ingat pesanan ikhlas dari saya eh.

Apa-apa pun, jangan putus berdoa. 

By the way! Hari Sabtu lepas aku ada tanya kerja dekat Guardian. And esoknya, dorang call suruh datang interview this Sabtu. Ya Allah, lepas terima call tu bermain-main pelbagai soalan dalam kepala. First time kan, sebelum ni mana ada aku kerja. Cuak. Tapi blog ini dapat menolong ku! Thank you!



Kertas agama bakal tiba,
Jom kita usaha sama-sama.

Hebat dok? :p

Friday, November 15, 2013

SPM oh SPM.

Assalamualaikum.

Tanggal 6 NOv 2013 mencatat sejarah dalam hidupku. Hari dimana aku menduduki peperiksaan SPM. Dimulai dengan paper BM (6 Nov) dan berakhir dengan paper ICT (4 Dec). Lama kan?

Pengalaman Hari Pertama. 
Aku datang lewat sikit dalam pukul 7.30 macam tu. Aku datang lewat konon-kononnya nak hilangkan cuak. Tapi, cuak juga dalam minit-minit terakhir sebelum masuk dewan. Laju jantung aku mengepam darah. Terasa sejuk di jari tangan ku. Segala notes masa tu memang tak masuk. Tapi aku try chill juga sebab aku fikir, "this is it. apa aku buat, itu hasilnya". I believe that I can.

*bersambung.........

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...