Friday, November 29, 2013

Soulmates

Assalamualaikum.



Hai. Malam ni aku berhajat nak tulis pasal kawans rapat aku. See, ada 's' plural k. So maknanya kawan yang aku nak cerita ni lebih dari seorang. Yelah, sekejap lagi aku dah nak kena tinggalkan sekolah. I can't believe that I'm growing up. Aku nak selama-lamanya budak kecil. I wish...

So, bersempena aku nak tinggalkan sekolah ni, aku nak cerita lah pasal kawan-kawan aku memandangkan aku tak pernah cerita sebelum ni kan. Nanti lepas ni tak tahu hala tuju masing-masing. Entah contact ke tak kan, jumpa lagi ke tak kan. Baik aku cerita sekarang. Nanti bila dah besar (sekarang tak besar lagi) boleh rewind balik from this entry kan. So why not? Jom layan.

Aku kat sekolah rapat dengan budak kelas depan je. (girls la). Before this, since aku tadika sampai sekarang aku asyik dapat duduk kelas pertama je. Nak kata pandai takde lah sangat. Memang tak pernah pindah kelas walaupan kelas kedua. Mahupun sekolah agama atau pun kebangsaan atau pun menengah sekarang ni. So kawan-kawan yang aku jumpa dari kecil memang kawan-kawan hadap buku. Sebab tu aku kekok bila berbual-bual dengan orang yang tak sehaluan dengan aku. Hahaha. Aku tak mesra alam kalau kau betul kenal aku. Kalau best friends aku tak datang sekolah, aku lagi prefer jalan sorang-sorang kehulur-kehilir. Entah, aku selesa macam tu. Sad life.

Kawan dunia akhirat saya.

Nur Bahirah. Ini kawan paling paling paling paling rapat aku. Since tadika (time zaman gigi rongak lagi). Masa tadika kawan, pastu masuk sekolah rendah darjah 1 aku melupakan dia. Sebab dia kelas kedua kot. Aku tak ingat sangat. Pastu kawan kawan macam tu sebab masa sekolah rendah aku ada aina (hai aina! if you still remeber me). Aina memang top masa sekolah rendah dulu. Nombo satu dalam kelas je mesti dia pegang. Pastu masuk sekolah menengah aku jumpa balik dengan Bahirah ni.

Bahirah ni ada kembar real tak tipu. Perangai dua-dua memang beza. Bahirah ni jenis garang sikit. Dia main lepas je apa dia cakap. Dia ketua pengawas sekolah tahu tak. Sebab tu mahu garang. Dia ni selalu betulkan kesalahan aku. Selalu bagi aku semangat, push up aku, pastu aku selalu nak lawan markah dia tapi tak dapat. Dia memang rajin rajin rajin gila berusaha. Dia akan pastikan apa yang dia nak dapat. Macam add maths. Dia rajin buat latihan sebab tu lulus. Tak macam aku. Hampa bila sebut pasal add maths.

Nur Aisyah. Yang ni lah kembarnya. Ni akak tadi adik. Beza berapa minit tah, 2 minit kot. Hahaha. Kawan sendiri pun tak ingat. Aisyah ni pula seorang yang sangat-sangat sweet. Dia suka benda-benda cute, yang cool dan ohsem. Dia ni adventures. Bila sehari kat rumah tak buat apa-apa dia akan gelabah cakap boring. Dia mesti ada benda yang dia nak buat nak try. Aisyah ni pun tak kurang hebatnya bila bercakap. Cakap lepas juga macam kembar ye. Hahaha. At least dorang ni jujur dengan aku.

Kembar ni dua-dua aktif kat sekolah. Kekadang aku pelik, stay kat sekolah sampai petang dengan dorang tapi dorang tak penat-penat. Aku je yang macam sotong bila dah penat. Mungkin sebab dorang ni terlebih gula asyik makan gula-gula je... Tu yang hyperactive. Tapi memang seronok dapat kenal korang weh. Almost 11 years with you guys. I love you. 

Siti Azilah. Yang ni aku kenal dia dekat sekolah agama. Sekolah kebangsaan tak sama. Aku mula perasan dia dari darjah 5. Siot guna ayat 'perasan' kau fikir dia semut? hahaha. Darjah 5 aku sama kelas dengan dia. Sebab dia ni pendatang baru yang asyik nak fight markah agama aku je sebab tu aku perasan. Dia dulu dengan aku mesti top 5 dalam kelas. Tapi aku selalu menang la. :P Sebab aku ni kuat hafal. Senang hafal fact. You know what, mak dia dulu pun selalu nak fight mak aku kat sekolah. Mak dia pernah cerita kat aku. Tapi mak aku asyik menang je. Hehehe.

Azilah ni seorang yang awesome. Dia jenis cool yang tak kesah apa orang cakap. Dia ada dia punya cara sendiri. She genius too. Pandai lukis. Minat gila dengan anime, dunia jepun. Sama juga macam kembar. Aku suka korea je, jepun tak sangat. Kalau tak ada dia masa form 1, mesti aku ni dah teruk. Dia lah yang ajar aku macam-macam. Tak kedekut. Otak dia jenis macam aku, tak cerewet. Tapi aku jenis yang membosankan. Hahahaha.

Banyak lagi kawan aku nak cerita. Tapi rasa macam entry ni dah panjang, nanti korang malas nak baca. Nanti aku buat part 2. Promise! Actually, aku nak cerita lebar lagi pasal tiga kawan baik aku kat atas tu. Tapi itu biarlah aku seorang je yang tahu. Aku just nak kongsi ni je. Tak salah kan...

Terimalah hadiah dari saya sebab sudi baca entry ni. Meet poney ride time karnival sekolah. First time naik. Buat orang yang tak tahu, poney ride ni lebih kecil sedikit dari kuda. Naik ni pun aku dah rasa macam oh my god tinggi gila. Tengok mata poney tu, macam menangis kan. Yelah whole day dia angkat orang naik. Nasib aku ringan. :p

p/s : Minta maaf kalau aku buat silap kat korang (kembar dan azi) Love you guys. Thank you for everything.

Monday, November 25, 2013

Lack of self-confidence.

Assalamualaikum.

Meh sini baca cerita interview aku. :p

Sabtu lepas aku ada cakap aku ada interview kan. Kat guardian. Kalau uolls follow twitter aku (https://twitter.com/hanisahyahaya), korang tahu.

Sabtu. 23 November 2013. 3pm.

Aku berjalan masuk ke Guardian dengan rasa ragu-ragu. Because it was my first time. I'm curious.
My mom and my sister teman. Then, aku terus pergi ke counter. Ada abang cashier "Saya datang nak interview pukul 3 ni." "Kejap eh" *dia pergi tanya akak manager.

Akak tu (aku lupa tanya nama dia) suruh masuk. Perbualan kami pun bermula.

Akak : "Dapat plkn tak?" 

Aku : demm. aku dapat plkn, nak cakap apa nih? "Emmm, saya tak check lagi la kak....." Takpe, tipu sikit je.

Akak : "Kalau adik dapat plkn susah sikit. Sebab plkn selalunya start bulan Januari kan. Kalau intake dia lambat dalam bulan 6 ke apa ke takpela. Sebab kalau kerja sini nak berhenti kena bagi notis sebulan. Kalau bla macam tu je gaji takda." 

Aku : "Emmmm...nanti saya check, saya call akak balik." 

Akak : "Hem baguslah macam tu. *pastu dia cakap la pasal guardian. time schedule macam mana. macam mana kerja kat situ. and so on* "

Aku : "Ok ok. Papehal nanti akak call tak pun saya call ke kay? Terima kasih kak." 

Akak : "Sama-sama" *shake hand (salam) bukan goyang-goyang tangan k*

About 10 minit la interview tu. Tak lama sangat. Okay la, best. Best sebab aku dapat melawan kekurangan confidence dalam diri aku ni. Good job Nisa.

Bila korang datang interview, just pegang pada prinsip yang aku pegang ni. Ingat eh "Relax, dia tak makan orang" Cakap perkataan tu banyak-banyak kali. Cakap sendiri-sendiri la. Jangan sampai orang lain dengar. Baca selawat banyak-banyak.

***************************************************

Lebih kurang macam tu la my first interview. Tak ada lah susah sangat. Just need a mouth. Apa-apa pun aku bersyukur sangat dapat rasa interview tu macam mana. Kalau tak dapat kerja pun tak apa la. Boleh ambil lesen dulu, joli puas-puas dulu, lepak kat rumah depan tv tengok channel astro free kan. Hehehehe. 

p/s : Mula-mula rasa kekok, last-last buat je orang interview tu macam kawan kau. Tapi jangan macam ni...

Kena halau balik karang............ 

Tuesday, November 19, 2013

I ada jumpa blogshop. Baik punya!

Assalamualaikum.

Hai. Good morning uolls.

Aku baru je bermandi peluh mengemop tingkat atas. Sidai kain sikit. Basuh selimut dengan cadar bilik aku. Now ambil masa sikit untuk rehat. Sambil minum Nescafe Mocha which is my all time favorite. Lepas ni nak study for paper esok pula. Agama Islam. Then Add Maths. Doakan aku okey? Add maths tu takat lulus pun okey. Agama aku target A+. InsyaAllah.

By the way, hari tu aku belek-belek facebook. Then aku jumpa satu blog shop yang best. Sekarang dorang tengah buat off RM8 sampai 20 November 2013. So crab it now. Banyak dorang jual. Semua baju-baju Korea which is so cute!

Banyak dorang jual tau. Kalau tak percaya pergi tengok. http://www.sf-stylez.com/

Ini contoh-contoh baju yang aku suka. Simple. Kantoi layan lagu Tegar. Hehehehe. Melayan adik Muaz nak dengar sangat........ "aku yang dulu bukanlah yang sekarang. dulu ditendang sekarang ku disayang" 



See yaa. XOXO. Teruskan membaca blog saya kay? Bye. 

Monday, November 18, 2013

SPM Lagi!!!!!!

Assalamualaikum.

Hai. Harini aku baru selesai jawab paper Mathematics. Lagi 5 paper je lagi. Huhuhu ~ dancing ~

The day before, aku tak study pun Mathematics ni. Malam sebelum exam pula ada final AF. Memang ah, memang mood aku nak study tak ada langsung. Kebetulan suara bintang-bintang AF tu boleh pula sedap semuanya. Faizul pula yang menang. Hehehehehe. (dia sempoi) Aku tak tahu la kenapa makin malas. Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat malas.

Bila bangun pagi, tiba-tiba rasa gelabah. Asyik fikir je "apa aku nak jawab nanti". "ahh, ruginya tak study" Aku asyik berbisik kepada diri sendiri "relaks la, kau dah faham semua term and formula, so don't worry. Allah cukup bagi kau nisa".

Dan Alhamdullilah! Everything going smoothly. Paper 1 aku dah siap dalam masa 1 jam. Tapi ada lagi 5 to 7 soalan yang aku skip sebab tak tahu. Yang aku tak tahu aku tibai je........ Nasib.

Dah lepas keluar dari dewan peperiksaan (aku tak keluar awal so boleh bawa balik kertas soalan) , weoulls check semua jawapan. Dari 40 soalan, aku salah 7. Orang kata jangan check jawapan dah lepas biar lepas. Takut kecewa. Tapi tak dapat menahan diri. Oh tidakkkkk..

Tapi aku berpuas hati sebab before this, aku just dapat 20 lebih macam tu je. Ada sikitlah ketidakpuasan pasal tajuk varience yang aku suka aku salah! Hahahaha. Tapi satu je. Dah lepas aku tahu aku score cukup cukup makan je dalam paper 1 ni, aku buat betul-betul untuk paper 2. Semua lancar. Tapi untuk mathematical reasoning je aku kantoi. 4 markah. Nasib this year keluar distance-time graph! Yang lain best. Tak susah sangat. Alhamdullilah.

Aku tahu semua ni berkat usaha aku sendiri. Aku dah banyak ajar kawan. Kiranya aku ni 'bahan rujukan' kawan-kawan kat sekolah. Aku berpegang pada prinsip ni, "jangan pernah lokek ilmu. Sebab Allah boleh tarik ilmu kita bila-bila masa je." Seronok juga ajar orang. Aku dapat polish balik apa yang aku ada. Asah bagi tajam. Bila kita ajar orang, secara atomatik kita buat revision sekali tau. Ingat pesanan ikhlas dari saya eh.

Apa-apa pun, jangan putus berdoa. 

By the way! Hari Sabtu lepas aku ada tanya kerja dekat Guardian. And esoknya, dorang call suruh datang interview this Sabtu. Ya Allah, lepas terima call tu bermain-main pelbagai soalan dalam kepala. First time kan, sebelum ni mana ada aku kerja. Cuak. Tapi blog ini dapat menolong ku! Thank you!



Kertas agama bakal tiba,
Jom kita usaha sama-sama.

Hebat dok? :p

Friday, November 15, 2013

SPM oh SPM.

Assalamualaikum.

Tanggal 6 NOv 2013 mencatat sejarah dalam hidupku. Hari dimana aku menduduki peperiksaan SPM. Dimulai dengan paper BM (6 Nov) dan berakhir dengan paper ICT (4 Dec). Lama kan?

Pengalaman Hari Pertama. 
Aku datang lewat sikit dalam pukul 7.30 macam tu. Aku datang lewat konon-kononnya nak hilangkan cuak. Tapi, cuak juga dalam minit-minit terakhir sebelum masuk dewan. Laju jantung aku mengepam darah. Terasa sejuk di jari tangan ku. Segala notes masa tu memang tak masuk. Tapi aku try chill juga sebab aku fikir, "this is it. apa aku buat, itu hasilnya". I believe that I can.

*bersambung.........

Sunday, October 13, 2013

Mari bersuka ria sebelum SPM.

Assalamualaikum.

AMARAN : Entry ni panjang. So jangan bosan kay? :D

Aku tahu lama gila aku tak update. Now its time. Dah jangan banyak bebel. Rabu lepas, kitaorang (merujuk kelas agama 5 SN ACC) main boling sama-sama. Setiap orang main 3 game. Ada package 3 game 10 ringgit. Untung-untung. Mata boling ni akan dikumpul untuk menentukan tempat pertama, kedua and so on bagi kategori lelaki dan perempuan. Mana kan boleh perempuan nak lawan laki. Tahulah lelaki kan hantu boling. Tapi markah lelebih kurang je dengan perempuan except for Ridhwan dan Fateha. Juara boling. Markah melambung-lambung 400+ dan 300+, yang lain termasuk aku 200+ jeeeeee...

Inilah geng-geng 5 SN ACC, mesti korang cakap "eleh sikit je". Banyak lagi geng tak datang. Ni je ada. So! Kita enjoy! Hahahahahhaahahahah. K tak lawak.

Kan aku cakap tadi lelaki tak boleh lawan perempuan kan? Ini buktinya.

Tengok markah RIDH tu. Kau mampu? *ayat mencabar betul* 

Dah lepas seronok main boling moh la kita menunaikan solat fardhu zohor. Lepas tu makan. Kitaorang semua makan di KFC memandangkan perut aku tak diisi sejak pagi so aku nak something heavy. Aisyah dan Bahirah makan kat Sushi King sebab dorang suka sushi gila gila. Aku tak suka sangat. Tapi sekarang boleh laaaaaa. Hehehehehe.

Itu dia kembar sushi. Sebenarnya dorang dah makan banyak sushi. Tapi pinggan-pinggan tu kat meja sebelah, disebabkan semua orang hidup ala-ala zaman normad, berpindah randah. Dorang berpindah dari kfc ke sushi, maka meja menjadi penuh. Hahahaha.

Dah selesai makan, kami berbincang untuk buat game sabtu ni. Sabtu ni ada jamuan BBQ kat sekolah dengan Ustazah Alifah. Lepas dah bincang semua balik. Kedengaran aku cerita ni membosankan kan? Actually, duration nak buat game tu panjang. Malas aku nak cakap semua kan.

Lepas semua dah balik, aku dan kembar ke kedai MPH membaca buku secara haram sambil duduk selamba dia atas lantai. Dalam MPH tu about 30 minit lepak baca buku sambil tunggu Balqish (akak kembar) ambil kiterng. Dah lepas ambil kiterng dia ajak pergi Tesco. Kat Tesco kiterng makan lagi! Yeahhhh! Sizzling Hot Plate. RM 4.70. Murah wey! Sedap pulak tu. Memang top!

Terliur? *telan air liur* 

***********************************************

Tibalah hari Sabtu yang ditunggu-tunggu. Jamuan BBQ bersama Ustazah Alifah! *keterujaan berlaku* 

Jamuan start lepas Zohor. Tapi weolls yang gegirl-gegirl ni kena datang awal untuk prepare makanan dan game. Memang seronok, semua orang bawa makanan masing-masing. Jimat kan. Ustazah just sponsor ayam 3 ekor yang dah diperam. Peram or perap? Entah. Lantak lah. 

Disebabkan arang lambat nak terbakar, so jamuan lewat sikit start. :(

Lepas arang dah terbakar, game boleh start! First game : Futsal. Team Bahirah (aisyah, azilah, faiqah) lawan Team Seha (aku, awatif, fateha). Team Bahirah menang 2-0. Aku kalah wey...... 

Second game : Tiup belon sampai pecah. 

Third game : Baling belon air kebelakang. Belon yang terselamat paling banyak, menang. 

Lepas belon dah selamat, kiterng pun selamat lah main perang belon air kan. Semua basah lencun. 

Lepas dah basah, main game cari gula dalam tepung pulak......

Lepas tu jadilah macam ni. Cantik tak? 

We had so much fun here! 

Dah aku malas nak type bebanyak. Aku post just sekadar nak buat memory aku untuk masa akan datang. Byeeeee XD 

Sebelum tu, mari kita bergambar dengan abang juara boling kita.Choi......  

Dah, jom study. 

Sunday, July 21, 2013

Fondue.

Assalamualaikum. 

Sedang aku membelek-belek facebook tadi. Tetiba ada orang post gambar ni, sambil tulis caption "Fondue, anyone?" 

Sebenarnya aku memang pernah nampak dessert sebelum ni. Tapi tak tahu apa nama dia. Sedih betul. Kat Haagen Dasz ada. Yang harganya RM60 lebih tu. Tapi tak pernah rasa pun. Tunggu orang belanja la. Hehehe. Dah la tengah puasa ni. Leleh je. 

Lagi murah kalau buat sendiri. Pastu boleh refill banyak-banyak sampai kau puas. Hahahaha. Mabye kat Haagen Dasz dia mahal disebabkan ais krim dia kot. Entah, tak pernah cuba. Aku sendiri pun tak pernah try buat resepi ni lagi. Tapi macam senang je nak buat. Memang senang kacang gila kot. Kenapa orang cakap kacang gila? Aku lagi suka kacang pistachio. 

Bahan-bahan A : 

  • Apples
  • Peaches
  • Strawberries
  • Bananas
  • Grapes
  • Cherries
  • Pound cake
  • Marshmallows
  • Vanilla wafers
  • Biscotti
  • Pineapple
  • Apple slices
  • Kiwi
  • Pear
  • Doughnuts
Bahan-Bahan B : 
250 gram chocolate bar (milk, dark or semisweet) Broken into pieces 
1/2 cup whip cream 

Cara-Cara : 
1) Cairkan coklat bar tadi then campurkan dengan whip cream. Kacau rata. Dah agak-agak okey, letakkan di dalam mangkuk yang cantik. Dan hidupkan lilin di bawah mangkuk. Takpun beli fondue set. 
2) Potong dan susun bahan A cantik-cantik. And Done! :D

Chocolate Fondue makes a fun dessert for a family, when entertaining or following a romantic meal. Easy to make and delicious to eat!

Ini yang coklat punya. 

Ini yang keju punya. Kalau keju punya ni kena guna keju yang mahal macam dalam gambar ni. Baru sedap.

Bye. Assalamualaikum. 

Rutin harian saya. Anda?

Assalamualaikum.

Hai. Firstly, sebenarnya dah lambat nak ucap selamat berpuasa. Tapi! Nak ucap juga kat korang. Heheheh. SELAMAT BERPUASA!! Sekejap je dah seminggu lebih puasa. Trial pula lepas raya. *Takut* Ah, itu lain cter ah. Bak kata Cikgu Leong "Alaa, lambat lagi. Boleh honeymoon lagi." Banyaklah honeymoon. *rolling eyes*

Lama tak update blog ni. Macam mana nak update? Setiap hari balik dari sekolah je dah pukul 4 lebih cenggitu. Padat schedule aku sejak kebelakangan ni. Nak tahu tak? Tetiba aku rajin pula nak cerita kat orang. Meh sini. Jadual aku sepanjang Isnin hingga Jumaat :

5.00- 5.30 pagi - Sahur. Makan nasi tanak makan benda ringan-ringan. Nanti dah sampai petang jadi lembik sebab tak makan nasi.

5.30-6.15 pagi - Rehatkan diri setelah kenyang. Such as online, tengok tv. Mak membebel suruh study waktu macam ni. Tapi aku tanak. Takda feel study pepagi sangat. Aku tak biasa tidur balik lepas dah bangun tidur. Nanti bangun pening-pening. Tak suka.

6.15-6.45 pagi - Siapkan diri nak pergi sekolah. Solat subuh.

6.45-7.20 pagi - Tunggu bas. Nasib ah dapat bas ke tak, kalau tak dapat or terlewat, bapa aku hantarkan.

7.25-1.00 tengah hari - Sekolah (belajar, belajar dan belajar)

1.00-2.00 tengah hari - Aku stay kat sekolah sensorang sebab kawan aku selalunya balik rumah dulu. Yelah, rumah aku kan jauh dorang dekat je. Kang kalau aku balik rumah buang masa je sebab masa buang kat jalan. Nanti pukul 2 nak datang balik. (Kang mengada-ngada nanti nak suruh ibu hantarkan pergi sekolah. Kesian ibu.) Selalunya aku lepak kat library buat revision sikit kalau malas aku tidur. Selain library, aku akan lepak kat surau. Sebab kat surau boleh baring tidur sambil tunggu masuk waktu zohor kan. Baru masyukkkk! Segar. Dah lepas tidur aku solat.

2.00-4.00 petang - Kelas tambahan (kekadang cikgu habis awal, kekadang tak) depends la cikgu tu nak buat sampai pukul berapa. Aku on je.

4.00-5.00 petang - Balik tunggu bas. Kalau bas datang awal, aku balik cepatlah. Kalau lambat mahu 15 minit tunggu. Lagi kalau dapat driver bas yang pandu macam siput. Memang masa aku habis kat jalan jeeeee.

(Kalau Selasa)  5.00-6.30 petang - Tuisyen chemistry.

(Selain hari Selasa) 5.00-7.30 malam - Solat asar. Nak tidur dah tak boleh! Dah petang. :( Waktu ni aku rehat. Main kucing sekejap, tengok tv sekejap, online sekejap. Lepas tu kalau aku rajin, aku tolong mak masak untuk berbuka. Dah tolong mak, mandi.

7.30-8.00 malam - Berbuka dengan family tercinta.

(Kalau malam hari rabu, khamis, jumaat) 8.00-8.15 malam - Solat maghrib lebih kurang 7 minit. Ambil tudung syria 10 ringgit aku terus sarung and terus ride pergi tuisyen. Malas dah nak gosok tudung.

(Kalau malam hari rabu, khamis, jumaat) 8.15-9.50 malam - Rabu physics, khamis mathematics, jumaat add maths. Mata dah layu, tahan.....tahan.....tahan.... Sebab tu selalunya aku akan pergi kedai dulu sebab nak beli air nescafe mocha tu. Biar bagi jangan ngantuk. Lagipun memang sedap! Favourite aku! Bila hati happy, bolehlah belajar dengan tenang. :D

(Kalau malam hari rabu, khamis, jumaat) 9.50-10.00 malam - Abah ambil. Balik. Kalau abah ajak makan, aku join je. sampai pukul 11 baru balik rumah. Kalau tak, terus balik rumah jelaa.

(Kalau malam hari rabu, khamis, jumaat) 10.00-10.30 malam - Borak-borak dengan family, solat isyak, susun buku, basuh kaki, ready for bedtime.

(Kalau tak ada tuisyen) 8.00-10.30 malam - Aku buat apa aku suka. Tengok tv, kekadang siapkan homework. Sambung makan. Susun buku. Ready for bedtime.

10.30-10.40 malam - Gayut kejap.

10.40-5.00 pagi - Tidur.

Memang penat weh. Tapi aku kena kuatkan diri juga sebab dah final year kan. Ikutkan jelah. Kena pulak semalam (hari sabtu) ada sekolah ganti. Aku bangunkan jugak tulang empat kerat aku ni untuk pergi ke sekolah sebab semangat pula aku nak belajar chemistry dengan physics. Tapi, disebabkan sikit orang je datang. Kelas gabung. Err. Rosak program aku. Last-last belajar agama untuk sebelum rehat dan selepas rehat belajar bm. Tapi syukur lah dapat buat ulangkaji untuk dua subjek teras ni. Kalau aku duduk rumah satu benda pun aku tak dapat weh.

Semalam otot-otot aku semua sakit . Perlukan rehat. Malam tadi dapat tidur okeylah. Aku dapat recharge my energy back! Otot aku paling sakit dekat bahagian tengkuk. Sampai aku tertidur waktu bm semalam. Balik sekolah pukul 1 pun aku sambung tidur.

Sampai aku mengada-ngada cakap kat mak aku macam ni :

"Ibu! Kita rasa kita kena minum minuman kesihatan+kecantikkan tulah. Asyik lembik je badan kita ni. (minta belikan)"

Ibu balas 
"Tula, kau asyik beli air nescafe je. Lagi baik kau beli air kacip fatimah tu ke redbull ke" 

Ada ke aku nak minum air kacip fatimah? Maksud aku air kesihatan tu yang berlambak kat online sekarang ni. Yang macam air kesihatan Diana Amir tu keeeeee...... Hehehehehhehehehe.

Bye. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog ini. :) 

p/s : Kalau sabtu ahad. Aku tak ada jadual. Aku ikut sedap aku je aku nak buat apa. 

Tuesday, July 2, 2013

Benda yang baik harus dikongsi bersama!

Assalamualaikum!

Hai. Sekarang dah 2 Julai. Omaigad. Lebih kurang sebulan setengah nak T.R.I.A.L!!!

I'm dying.................................................................. (koma)

Okey, kan dah nak trial ni cikgu mesti sibuk nak habiskan chapter. Nak terkejar-kejar. Sampai pelajar jadi kelam-kabut sebab banyak chapter nak kena master. Nasib badan. Tadi, teacher minta powerpoint for Collin's story (step by wicked step). Tak siap. In process. So, cikgu nak esok sebab khamis dah ada pentafsir datang nak check. So cikgu cakap "I want it tomorrow. 7.30 am". Padahal memang dah lama cikgu suruh buat. Aku je yang malassssssssssssss.

Sekarang dok terbelek-belek web yang best untuk chapter ni. Then terjumpa blog yang ohsem ni!!!


Blog ni baru lagi. Banyak info pasal life. Dan ada summary untuk setiap chapter. So, student form 5 mesti jenguk blog ni okey? Hehehehehehe. Bai. ;) 

Thursday, June 6, 2013

My 17th Birthday Part II

Assalamulaikum!

Sebenarnya malu nak update entry pasal birthday ni lagi. Sebab hari tu cakap hadiah birthday dapat sikit je. Hehehehe. Tapi nak update juga supaya entry ini dapat dijadikan kenangan in future. Sebabnyaaaaaaaa.............................



Saya dapat beg baru dengan shawl! Ok ini menunjuk namanya. Hahahahaha! Beg itu dari Ridhwan dan shawl tu dari makcik saya! Terima kasih! <3 Sekarang aku boleh tidur dalam keadaan tenang. Ahaks. 

Pavlova.

Assalamualaikum.

Hai uolls. Sekejap je dah masuk bulan June kan. Aku ni haa, cuti 2 minggu langsung tak ulangkaji. Adeh, apa nak jadilah. Baiklah, sepertimana yang aku telah bilang sebelum ini, waktu cuti merupakan waktu aku mencuba resepi baru. Terutamanya about baking. Aku memang suka buat kek pastu derma bagi orang makan. Aku tak tau aku tak suka makan kek yang aku buat sendiri. Entah, pelik benooo...

Memandangkan cuti semua ahli keluarga aku ada kat rumah kan. So, why not aku isi perut dorang? Hehehehehehe. (anak misali gituuu) :p

So, aku tercadang nak buat pavlova! Sekarang kan, orang tengah sibuk buat pavlova. Buka twitter dorang post gambar pavlova. Buka facebook pun macam tu. Apatah lagi instagram kan. Tempat upload pictures. Kiranya, pavlova ni tengah trending kot. Jadi, aku pun terpegaruh nak buat. Aku fikir susah nak buat benda ni, tapi tak susah mana pun. Bahan-bahan nak  buat kek ni pun murah. Dari makan kat kedai kek, sepotong je dah berapaa.... Adeh mampus. Baik buat kat rumah, dapat satu whole lagi.

Ok, I bawa uolls pergi tengok rupa pavlova I eh? Hehehehehehe


Tadaaaaaaa! Comel tak Kak Ton???? :D

Actually, aku ada satu cerita nak bagitau kat korang. Sebenarnya, haritu aku ada buat sekali. Minggu lepas. Meringuenye jadi, tapi whip cream aku tak jadi. Aku tak tahu macam mana. Kan whip cream tu just tinggal pukul guna mixer sampai dia jadi cream betullah kan. Tapi aku pukul punya pukul dia jadi keras macam mentega. Ter-over pukul kot. Sedih tau takkkk! Membazir. :'( *hentap kaki*

Dengan tak puas hatinya, aku cadang nak buat lagi. Hahaha. Nampak tak aku berusaha gigih? Sedihnya gigih aku kat tempat lain, bukan gigih belajar. Sedih lagi sekali. :'(. Hentak kaki? Takyah ah. Cukup cukup. Hehehehe. Semalam aku keluar pergi Aeon Bukit Tinggi. So, aku tak melepaskan peluang beli bahan-bahan ni lagi sekali. Malam tu jugak (merujuk malam tadi) aku buat kek sorang-sorang! Finally, it's work! Aku senyum bangga tanda puas. :) 

Bahan-Bahan: 

Meringue: 
150g castor sugar (kalau betul-betul 175g, tapi rasa macam manis sangat) 
4 putih telur 
1 sudu kecil cuka masakan
2 sudu besar tepung jagung

Topping:
Whip cream 250ml (dua kotak kecil pun boleh) 
Strawberry / Blueberry / Raspberry / Kiwi (anything sour) 

Cara-cara: 
Turn on oven at 170C. 

1) Pukul 4 putih telur sampai foamy (berbuih) 
2) Masukkan gula castor sedikit demi sedikit with increasing speed. Then pukul sampai gula tak rasa berketul-ketul lagi. 
3) Masukkan cuka masakan dan tepung jagung. Pukul lagi sampai bertanduk (bila terbalikkan mixture tak jatuh) 
4)Masukkan dalam loyang bulat. Kalau ada loyang empat segi pun takpa, tapi bulatkan je mixture tu. Don't worry be happy kay? :) Make sure alas dulu dengan paper bake. Aku tak ada paper bake aku guna mentega. 
5) Masukkan dalam oven. 

Aku tak set time. Just bake sampai rasa masak la. Rasa, tengok ok, ha ok latu! Dah lepas masak tu, biarkan dia dalam oven sekejap sambil buka pintu oven tersebut. Sementara tu, pukul whip cream. Peringatan!! Jangan over pukul. Nanti jadi macam aku. Whip cream jadi keras. K, gelakkan aku. Setelah siap, keluarkan mixture tadi dan letak atas pinggan yang cantik. Dan letak whip cream diatasnya. And for upper topping, potong strawberry celup dengan madu (kalau ada) then hias. Kalau tak potong strawberry tu pun takpa. Campak-campak pun boleh. Malasnya kau jah! 

And your cake was done! Congratulation! 

See it! Meringue ni lembut tau. Masuk mulut dia terus cair dan ada crust dibawahnya! Meringue ni rasanya manis, so kena balancekan dengan whip cream dan strawberry. Nasihat aku, kau kena potong strawberry tadi. Jangan malas kay. Sebabnye, benda ni sedap kalau makan sesuap mesti ada strawberry. Baru rasa all their taste. Masam masam manis gitu. Dan kalau boleh simpan dalam freeze. Sebab benda ni akan jadi lagi sedap kalau makan sejuk-sejuk bersama family tersayang. Eceh eceh. Serius talk. Tak tipu weh. Nanti kau kembang sebab family puji kata sedap :p 

TAPI! Aku tak makan. Aku tak suka rasanya. Mabye not my taste. Aku bukan lidah keju or cream cream. Kesiankan? Aku rasa nak muntah. Tapi family aku cakap sedap-sedap. Lagi-lagi abah. "Hmm, sedaplah kak! Ini dessert ni. Macam makan makanan dalam hotel" Thanks abah! Hehehe. So, kepada sesiapa yang memang suka something like this. Why not uolls try this recipe ? Goodluck! :)  

p/s : aku punya pavlova tak berapa nak naik lah. dia naik sikit je. Actually, mula-mula dia naik. But then dia down balik. Why ha? Any tips? :) 


Wednesday, May 29, 2013

My 17th Birthday Part I

Assalamualaikum!

Hari Selasa. (28.05.2013)
SMK Taman Klang Utama
8.30 pagi. (alah lebih kuranglah)

*masuk kelas math (kelas tambahan)*

"Happy Birthday To You....Happy Birthday To You....Happy Birthday To Hanisah Yahaya...Happy Birthday To Youuuuuuuu........" 


Itulah permulaan harijadi aku haritu. Sweet kan satu kelas nyanyi lagu hepy beday kat aku. Terharu iolls tau. Sebenarnya memang aku pernah teringin dan pernah juga berkata "Kan best kalau harijadi aku time sekolah". Memandangkan harijadi aku jatuh pada tanggal 28 Mei, time tulah waktu cuti semester. So, aku memang tak pernah sambut kat sekolah. Dan alhamdullilah Allah dengar permintaan aku kan. Tahun ni tahun last sekolah. Kebetulan masa hari tu aku datang lewat kelas tambahan tu. So, semua orang memang dah ready nak wish aku. Betul ke? I guess. Dan aku terkejut masa dengar satu kelas wish. Aku just senyum selebar-lebarnya sebab tak tau nak buat apa. Hahahaha. Kang kalau aku berlakon gembira gila. Over pula kot..... Btw, Thank You <3

SIAPA ORANG FIRST WISH? 

Yang ni aku tak perlu bagitau la kan. Mesti korang semua dah tahu. Family aku lah wish paling awal. Kemudian Muhd Ridhwan Haziq, Aina Sofea (kawan lama yang best gila) dan Pak Itam (pacik kat perak). Aina ni sebenarnya kawan sekolah rendah dulu. Waktu zaman batu seremban dulu. Dia ni pandai tau. Setiap kali exam mesti dia dapat nombo first! Memang tak boleh tanding. Waktu UPSR dia dapat 5A dan Mumtaz for SRA. Dia dapat masuk sekolah sains. Aku dah lupa kat mana. Sorry Aina. Apalah kawan baik sendiri pun boleh lupa kan. Sebab dah lama tak contact kan. Dia mesti ingat harijadi aku. Aku je ni yang macam apa. Actually, aku ingat. Tapi tak tau nak wish dia macam mana. Yelah, dia kan duduk asrama mana ada masa pegang phone etc. So sorry Aina. =) 

Dalam wish dia tu, dia ada tulis "Jom sama-sama dapat straight A+" Auwwww. Sweet sangat! ;) 

HADIAH? 

Malu sebenarnya nak cakap pasal hadiah. Sebab aku tak dapat banyak hadiah. HAHAHAHAHAHA. K iSedih. Kesiannya. Tapi takpa. Hadiah tak berapa penting. Yang penting orang ingat kat kita dan doakan kita. Itu dah cukup. (tarik nafas tanak nanes). Family aku belanja makan KFC memandangkan aku asyik dok membebel dah lama tak makan kfc la, dah lama tak makan itulah, inilah. Aku ni nafsu keinginan dalam merasai atau memiliki sesuatu benda memang tinggi. Tapi bila dah rasa, aku makan ciput je. Bila dah dapat sesuatu perangai aku jadi macam hangat-hangat taik ayam you know. Masa dapat bagai menatang minyak yang penuh. Dah lepas 2 3 bulan, dah tak pandang dah. Hehehehe. Kembar dengan mak dia pula bagi Chocolate Cadbury Black Forest kegemaranku. Onomnomnomnom. Makcik aku pula tanya "Bila kau free? Acik nak belanja makan. Sekali dengan birthday nabil(anak dia)" Makan lagi!!! This is what we call R.E.Z.E.K.I. Alhamdullilah. 

Dalam entry kali ini tak ada gambar sangat sebab tak tangkap gambar pun. Koleksi gambar aku dalam folder banyak ah tapi kang kalau asyik upload gambar sendiri je nanti uolls lari. Bosan tengok gambar aku. Hehehe.  

p/s : Dan friends dalam facebook pun banyak wish. Aku tak balas pun. Sorry internet rumah tengah problem. Terima kasih kerana memenuhkan notifications pada hari istimewa saya. Hehehe. 

Bye uolls. Assalamualaikum. Pahal gambar tak boleh budak-budak lagi ke? Well. I'm 17 yaww! ;p 

Thursday, May 23, 2013

Freedom. But not so free.

Assalamualaikum!

Hai. Sedih betul aku tengok entry blog aku ni. Setiap satu bulan 1 2 entry je aku update. Sadis. Well, uolls semua tahukan yang tahun ni aku ada exam terbesar dalam hidup aku. S.P.M. Ni baru ada masa nak update. Sebenarnya happy sikit hari ni memandangkan aku dah habis mid exam dan bercuti sempena cuti sem 1 selama 17 hari mulai hari ini. Yehuuuuuu! Tapi tetap ada kelas tambahan (sound background sedih). Even budak sains habis lambat, tapi kami betul-betul merasa nikmat habis exam dan terus bercuti tau. :p

Inilah rewards setelah sebulan berhempas pulas membanting tenaga, mengagahkan diri daripada tidak menangis melihat soalan-soalan yang susah. Struggle gila exam mid kali ni. Alah takyah gebanglah, memang exam mid tiap-tiap tahun susah sebab dia ikut format spm kan. Aku ni pula tak berapa nak biasa lagi dengan format spm. Tiap kali nak exam kena rujuk balik buku past year. Tengok balik bentuk soalan macam mana dia nak tanya. Dan alhamdullilah tadi aku baru selesai jawab paper 3 for fizik and kimia. Fizik boleh lah lagi sebab cikgu dah bagi hint apa masuk. Kimia yang macam !@#$%^&*.......

Yelah, cikgu just cakap 'exp. rate of reaction' (kimia). Dah la dalam tajuk tu ada lima experiment. Subs topic such as size and surface area, concentration, pressure, temperature dan catalyst. Eh betul ke? Kang buat malu je bagi facts salah. Hahaha. Takpa! Yang penting benda tu ada lima, tapi yang akan ditanya satu je dalam soalan. Aku punya gagah hafal pasal concentration kuat-kuat kat kelas last last keluar temperature. Gila tak gila. Inilah padahnya study last minit kan. Memang padan muka lah. Memang aku buat experiment sendirilah. Dah dia suruh design experimentkan. Hihihi. Aku tak tahulah result macam mana yang nak keluar nanti.

Dalam masa yang sama, aku sebenarnya rasa teruja memandangkan 28 Mei nanti hari jadi aku. (ingin bagitau semua orang supaya orang bagi hadiah) Hehehehe. Terfikir-fikir apalah kawan aku nak bagi? Berapa hadiah yang aku dapat nanti? Siapa je yang ingat kat aku ni? Siapa yang wish paling awal? Memang exited! Dah, jangan dok heboh sangat. Silap haribulan nanti aku sendiri lupa yang harijadi aku haritu. Ngehngehngeh. Memalukan sungguh kalau lupa harijadi sendiri. Sebab tak sedar diri lagi yang tuan punya badan semakin meningkat tua. (^_^)

Gambar budak sekolah yang malas nak study. Tapi dah tua still tak sedar diri. Hehe. Bye! iolls nak siap pergi tuisyen pukul 8 karang. Malam ni math, Cikgu Halim ajar. Memang kena datang awal chop tempat paling depan plus depan aircon! Assalamualaikum! :) 

Jom sama-sama counting harijadi saya! 
*counting* 

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru.

Assalamualaikum!

Hai. Baru tadi selesai sambut Hari Guru kat sekolah. Tahun ni tahun last aku sambut hari guru kat sekolah. Sedihnyaaaaa! Hmm, kalau dulu sekolah rendah, tiap kali sambut hari guru je mesti ajak ibu pergi kedai 2 ringgit borong hadiah untuk cikgu. Setiap cikgu mata pelajaran mesti nak bagi hadiah. Itu dulu lah. Sejak masuk sekolah menengah makin kurang hadiah bagi kat cikgu. Kesian cikgu.

Ini kad dan hamper untuk guru kelas aku. Kad tu cantikkan? 100% home made. Dibuat oleh mak aku dan dibantu oleh aku sendiri. Kreatifkan kepala mak aku ni. Apa dia buat semua cantik. Hamper tu pun mak aku buat. Dia beli tepung goreng pisanglah, sirap, teh boh, cawan(recycle dari wedding's gift), dan etc. Kesimpulannya, mak aku bagi banyak barang dapur. Sayang ibu!

Tadi aku dengan geng kawad NGO aku buat persembahan. Siap nyanyi lagu Jeerypah by Aizat lagi tau. Memang happening gila masa nyanyi. Even budak-budak gelak sebab mabye kelakar kot tengah kawad tetibe nyanyi. Tapi ada aku kesah? Ini persembahan kiteorang kay.

Comel je semua pakai pink kasut hitam. Mihmihmih. Faeqah jadi conductor untuk koir.

Lepas tu guru-guru potong kek! Ada dua kek besar. Dan ianya kek coklat! Tapi budak-budak tak dapat. :(

Lepas tu ada game untuk cikgu-cikgu join. Bersuka ria. Aku malas nak masukkan gambar lagi. Hehehe. Cukup sampai disini saja yaa. Aku pun dah penat nak cerita panjang-panjang. Toodles! Bye!

Assalamualaikum!

Tuesday, April 16, 2013

Boleh tak kalau nak muda masa zaman kanak-kanak dulu? Masa main susun-susun kusyen kat rumah nenek, sepahkan rumah nenek sampai nenek membebel?

Sampai tak sempat aku nak bagi salam kan. Hahaha. Assalamualaikum. =)

For this moments, rasa macam sedikit stress dengan kehidupan sendiri. Mana ada orang tak stress wei!! Cikgu Mazlina pernah cakap stress tu elok. Memanglah elok kalau dapat control kan. Stress dengan kerja rumahnya, stress dengan examnya, tuisyenya, dan lebih stress bila kena bangun awal pagi. Tiap bagi terbayang... "Kan best katil ni boleh terbang terus g sekolah. Takyah mandi. Cikgu mengajar, aku dengar sambil baring-baring atas katil. Boleh tak?" Yes, I know that my angan-angan iz melampau. Hal ini jelas menunjukkan tahap kemalasan aku yang melampau. Hahahahaha.

This week dapat relaks sikit. Minggu lepas busy dengan
Yes, sekolah aku jadi tuan rumah. Aku sebagai petugas. Dibawah kelab Quater Master. Kelab ni special sikit. Sebab setiap ahli kelab ni akan dapat tambahan 10 markah dalam markah koko. Memang cikgu yang pilih. Saya bertuah! Tehee. Special memang special tapi penat tu lebih lah. Setimpal lah kan..... adat hidup.

Kejohan Bola Sepak ni berlangsung selama seminggu. Dari selasa (2 April) sehingga Selasa (9 April) tak termasuk sabtu ahad. Alah tapi sabtu ahad pun aku kena datang sekolah. Sebab ada latihan kawad. Kiranya aku ke sekolah 7 hari seminggu. Sebab tu orang cakap sekolah ni rumah kedua bagi pelajar. For me not. Shopping Mall is my second sweet home. Pastu baru sekolah. Kalau cikgu stalk ni mesti dorang kecewa. Ahaks. Aku bertugas di bawah payung Venue Coordinator. Tukang catat goal, yellow card/red card, pamain out/in dan penalti.

Di bawah payung tersebut, bukan aku sorang je bertugas. Ramai lagi member keliling. (macho tak ayat aku). Bila aku dah fed up buat kerja, pass kat dorang. Alah banyaknya dorang je yang buat. Aku just semangat masa hari first je. Hangat-hangat taik kucing je aku ni. rendah diri konon. puihhhh. 


Dan aku kembali excited bila team sekolah aku main. Menjerit-jerit sampai takda suara. Bukan aku sorang je kay. Warga sekolah yang lain juga turut serta dalam sesi menjerit. Bila bola sampai ke gawang sendiri mulalah kami semua mengalami mini heart attack.

Dan aktiviti aku pada waktu break adalah.......

Bila dah habis tugas ni. Balik rumah baru perasan muka dan tangan berbelang dek kerana bahang cuaca yang panas. Padahal duduk bawah khemah je. Tak pergi mana sangat pun. Tapi berbelang jugak. Dan minggu ni adalah minggu study week untuk mid year exam 3 Mei nanti. Eh! Aku lupa minggu ni pun aku busy. Sebab minggu ni adalah minggu snap pictures untuk majalah. Hahahaha. Bye! I got a lot of work to be done. See ya! ;)

p/s : Tahniah kepada team bawah 15 kerana berjaya menempatkan nama sekolah di tangga ketiga. Gambar bawah 18 aku takda.

Saturday, March 30, 2013

Habis penat kau!

Assalamualaikum!

Selepas seharian pergi berjoli habiskan duit mak bapak kelmarin. Tibalah esoknya aku berhempas pulas gerakkan tulang empat kerat aku ni untuk mengemas bilik aku. Ceh! Kemas bilik sendiri pun nak update ke?? Of Course! Sebab orang yang pemalas macam aku ni benda ni boleh jadi around 1 year only twice. Teruk tak teruk anak dara sorang ni kan? (Nak update ni pun malas sebenarnya) TAPI! Aku ni kalau dah mengemas memang aku akan pastikan semuanya kemas habis bersih. Tak ada lagi sarang labah-labah, sawang, sarang tebuan or so what ever kejadah yang ada dalam bilik aku tu. Hihihihiiii......

Sebenarnya memang malas gila gila nak kemas bilik. Yelah, nanti dah bersihkan, ada lagi sawang-sawang, habuk-habuk tu. Serupo takyah kemas ye dok? Tapi tiap hari aku dengar bebelan ni...

"Engkau ni asyik bangun lewat jeeeee....kau baring atas katil tu tak nampak ke bilah kipas tu dah hitam legam????" 

"Boleh tahan ke duduk dalam habuk camtu????"

"Bila nak kemas bilik? Sekali kemas atas (bilik aku kat tingkat 2)" 

Itulah bebelan ikhlas seorang emak kepada anaknya yang pemalas ni. Cedey cedey cedey T.T
Maka, tidak lagi mahu mendengar bebelan yang sebegini aku rajinkan lah diri aku ni untuk mengemas.

Lama juga lah aku mengemas, dalam 2 ke 3 jam cenggitu. Lap kipas, cabut langsir, tukar langsir, lap segala jenis perabot dalam bilik aku tu, tukar cadar katil, vacuum (adeh! takyah nak sebut semualah. bajet je). Firstly, aku lap kipas. Elok tangan ni bersih suci murni, bila lap satu bilah kipas tu je habis itam legam air dalam baldi (lap guna kain basah) dengan tangan aku sekali hitam habis. Teruk-teruk... Dah lepas bersih tu barulah kipas tu gerak selaju-lajunya. Sebelum ni habuk banyak sangat kat atas dia. So, dia jadi lembap nak gerak. Kekekekeke.

Cantikkan? Kemas habis. Bantal kaler cream tu adalah bantal busuk yang aku peluk tiap-tiap malam. Nak peluk kucing tapi semua kucing aku tak friendly dengan katil queen aku ni. Dorang lagi suka tido atas simen. Hahaha.. (ini gambar malam. malam-malam baru ada feeling nak snap gambar)

Ini adalah bekas alat-alat kewajipan aku. Ceh. Benda ni mesti ada. Tiap-tiap malam mesti sapu lotion. Dan tak lupa juga kepada Mr. Teddy bertopi merah Krismas yang saban hari teman aku dalam bilik ni. Hihihihi.

Ini desk study aku. Nampak tak ada schedule exam aku tampal tu? Hoi MIBF (Modul Item Berfokus) is around the corner!!! 8 April. Cuak cuak. Btw, ada skill tak aku snap gambar? Ahaks. 

****************

Btw, tadi aku ada cakap yang aku pergi berjoli kan? Aku ada beli satu produk kat DAISO Japan. Tahu kan kedai daiso tu? Alah, yang semua barang RM5 tu. Murah? Murah kan? Memanglah murah kalau kau beli satu barang je. Cuba kau beli 20 barang tak mau seratus habis. Haha. Memang rambang mata kat sana. Kat sana juga aku ada beli mask (mask hitam). Sebenarnya dah lama cari benda ni. Haritu pergi tak ada. Ni naseb baik pergi ada lagi.  

Ini dia. Actually ada sticker anime kat head dia tu. Ada anime girl dengan muka hitam. Carilah kat sana nanti. Function dia sebenarnya untuk menarik whiteheads/blackheads kat muka kita. Lepas dah guna memang rasa licin je kulit ni. Rasa ringan. Bila aku pakai, satu family aku terpengaruh. Hahaha. Dorang pun nak juga. Bapa aku pun pakai. Hehehehe. Tataplah muka hitam aku ni. Hehe. Mask ni lama-lama dia mengeras tau. So, aku suka buat reaction muka. Sebab rasa kulit jadi tegang. Comel kan? Ihiks.

p/s : Doakan aku dalam menjalani study and exam week. 
Bye. Assalamualaikum! :-)  
  

Wednesday, February 13, 2013

How its became....

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum!

Seronok tak cuti? Bagi aku tak ada something yang special pun jadi dalam minggu cuti ni. Part yang bestnya bila pagi dapat bangun lambat, boleh golek-golek atas katil sambil verangansss yang indah-indah selama 1 hingga 2 jam  ('veranganss' s tu menandakan plural, so macam-macam aku verangan). Dan...tetiba... suara mak memecahkan lamunan ku.... "Kakakkkkkk! Bangunnnn! Apa kau anak dara tak sedo diri bangun lewattt"

Me was like "Hmmmmmppp...!@#$%^&*" *bangunlah aku meninggalkan katil queen aku* (bangun pagi aku tak kemas katil. hehee)



**************************************

Sebenarnya hari ni nak cerita pasal K-pop. Bukan Kelantan Pop k, ni Korea Pop. Yea, memang aku tahu ramai yang suka Korea sekarang ni. Lagu nak Korea, pakaian nak Korea, cakap nak Korea, semuanyalah kalau boleh nak Korea. Adeh, pening type 'korea' ni banyak-banyaklah! Bahkan orang sekeliling aku pun semuanya taksub dengan K-pop ni haa. Bila jumpa aku duk pung pang pung pang pasal K-pop. Dorang ni lew yang buat aku terusha-usha dengan korea punya pop ni.

Sebenarnya dulu aku tak suka dengan Korea pop ni. Aku pun tak tahu kenapa. Geli kot tengok lelaki-lelaki korea yang bajet nak comel je... (eh! aku ni pahal kang kene gam dengan peminat korea haha). Bila borak dengan kawan, dorang cerita pasal korea ni lagi. "Weh! kau dah dengar lagu baru kumpulan ni" "Weh, kau dah tengok drama korea baru ni?" "Wehhh" "Wehh" Aku dengan tak up to date selamba cakap "Tak, best ke?" Time cakap tu konon macam berminat. Padahal tak punss. Heheheheee.

TAPI! Dah dorang asyik cakap pasal benda tu je. Tetiba wujudlah satu perasaan dalam diri ni. Aku anggap diri aku ni loser sebab tak tahu menahu pasal korea ni. Wuwuwuw. Cedeyy cedeyy T.T Yelah, kau bayangkan dalam satu group tu contohnya ada 5 orang termasuk aku, dan dorang semua tahu pasal K-pop ni. Siap gilir-gilir cakap pasal korea.

Sampai turn aku ".................................................."

Apa kau rasa? Boleh bayangkan tak? Then mula la aku search pasal k-pop ni. But aku still tak minat lagi. Wuwuwwuw. Sedih lagi.......

Then, bapak aku langgan Astro Super Pack. Dalam tu semua ada. Kau cakap nak channel apa just tekan. Pilihan kat jari kau dan remote control. Tapi astro first takdo ah. Yang tu bayar asing. Hehehehe. Dah ada super pack ni, rugilah kalau tak tengok semua channel kan. So aku try la tengok S ONE HD 393. Aku start layan drama korea. Masa tu yang layan korea aku dengan bapak aku je. Tengok cerita My Girl. Yang ada Lee Dong Wook yang tinggi lambai tu. Eh, best pula... Then aku layan Starking, Strong Heart dan juga Running Man. 3 rancangan variasi ni aku tak lupa nak record tengok tiap hujung minggu. Tiap hujung minggu tulah aku terbongkang depan tv gelak-gelak tengok dorang ni. Sampai bapak aku pun bosan. Hw tolak tepi. Hahahahahahaaa.

*satu petang nak pergi tuition sambil dengar radio* *lagu Big Bang Fantastic Baby berkumandang*

Masa tu Big Bang ni masih lagi suam-suam kuku. Orang tak berapa nak kenal lagi. Dengar je part 'boom shakalaka' aku dah minat dengan group ni. Tapi tak tengok muka lagi. Then balik tuition aku search. Waaaaa...pastu dengar semua lagu dorang. Not bad leww.

Lepas tu, ada satu episod dalam Running Man dimana Big Bang jadi tetamu. Dalam episod 84-85 (boleh tengok online dalam 'runningmanclub') Dalam episod ni Big Bang datang dengan menaiki helikopter. Tetamu lain takda nye gah macam ni tau. Fuyoooooo..

Sejak dari tu...aku dah jadi fan of Big Bang. Pastu dengan lagu Fantastic Baby ni je dorang dah terkenal. Ada satu awards orang putih ni aku tengok. Aku dah lupa apa nama awards tu. Yang masa Selena Gomez jadi pengacara tu. Then masa tu Party Rock Anthem tengah hot dengan lagu shuffle dorang tu. Then tetiba anugerah asian dimenangi oleh Big Bang. Terkejutlah kan sebab Big Bang dah jadi artis antarabangsa. Lepas nama dorang diumumkan, dorang naik pentas then GD cakap "Thank you. !@##$%$$#^$$$ (bahasa korea) Love you guys!" Aku faham Tq tu dengan Loveyou guys je. Hahahahaha.

So, macam ni la dulu aku ter--minat dengan korea. Hihihihiw.

Nak selit gambar semalam. Keluar pergi SCM dengan geng budak-budak. Berkenan pula dengan adik Ku Aizza ni. Nama dia Ku Aireen. Umur dia 9 tahun. Mata dia besar sangat-sangat! Omey sangat! Heheheheee, Harap dapat jumpa dia lagi! =D

Thank You sudi baca. Do follow. =)

p/s : Kumpulan lelaki korea yang boleh ngam dengan aku Big Bang jelah. Yang lain tak berapa. Kumpulan perempuan? SNSD jeeee...yang lain tak. Hahahahahaha..

Friday, January 18, 2013

Air Jarang

Assalamualaikum.

Hai. Curi masa sikit nak update entri kali ni. Sebenarnya banyak lagi kerja sekolah nak kena siapkan. Sejak masuk form 5 ni, buku, homework memang takkan putus. Cikgu asyik dok bagi je homework. Walaupun cikgu sendiri cakap "Saya tahu awak semua banyak kerja, tapi kena pandai masing-masing lah susun jadual siapkan kerja sekolah." Okey tak pa, tinggal satu tahun je lagi. Nanti mesti rindu zaman-zaman homework ni kan. Tehee.



Okay, tahu tak air jarang tu apa? Sebenarnya, air jarang adalah air mineral. Saya orang jawa dan orang jawa call that air was 'air jarang'. Sometimes aku dok pening jugak la akibat memikirkan kenapa orang jawa panggil dia 'jarang'? Mabye sebab tranparent kot. Colourless. Air ni famous kan. Macam-macam nama dia ada. Tapi, orang bandar selalu panggil its air putih/air kosong atau lebih kebandaraan lagi they call its air mineral lah kan. So.....tak kesah la apa korang semua panggil air ni. Yang penting entri kali ni aku nak share ilmu yang aku tahu pasal air mineral ni. Banyak sebenarnya khasiat air mineral ni. Lets go one by one.

Mak aku selalu pesan kat aku pagi-pagi lepas bangun tidur. Bukan bangun tidur siap dah mandi semua. Ni bangun tidur yang air liur basi still melekat kat bibir lagi. Still mamai lagi. Dia pesan,

"Akak, minum air jarang lepas bangun pagi sebelum gosok gigi."

Dengan suara malas aku balas "Hmmmmm...k" *glup* *glup* *glup* Berketul-ketul aku telan.

Nak tahu kenapa kita kena minum air mineral ni setiap pagi? Ok, meh dekat sini sikit. Menurut beberapa kajian yang aku baca dari internet ni, pakar perubatan telah membuktikan bahawa meminum air mineral sebaik sahaja baru bangun tidur pada waktu pagi adalah bagus untuk kesihatan. Pakar perubatan dari Jepun telah buat kajian pada beberapa pesakit. Dan hasilnya mereka sembuh tiada penyakit dah. Tapi minum air mineral pagi pagi ni ada rules sikit. 1) Minum 250-500ml water (2 gelas air suam) sebagai 'stomach cleansing'. 2) Dah lepas minum tu, lepas 30-45 minit baru makan sarapan. Kalau nak dapat badan yang cantik, kulit pun cantik, lagi elok minum air kosong tau!

Attention! Nak ingatkan dekat korang semua yang ambil tak kisah pasal sarapan pagi. Sarapan pagi wajib ambil! Jangan tak ambil. Sebab kita dah berpuasa satu malam semasa kita tidur tu. So, bila bangun pagi, kenelah bagi makan kat perut ni. Supaya metabolisme dalam badan dapat diseimbangkan. Bila perhimpunan kene berdiri lama-lama pun kita dapat bertahan dari pengsan. Korang mesti pernah experience the moment bila kita perhimpunan then ada seorang budak pengsan. Pastu korang "Weh pahal tu? Kenapa dgn budak tu?" Pernah kan? Itu sebab dia tak ambil sarapan pagi. Btw, orang yang tak ambil sarapan pagi, otaknya akan berfungsi seperti orang yang berusia 75 tahun. Begitu hebatnya penangan sarapan pagi tu..

Sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa sarapan pagi tu buat perut dorang sakit. Nanti terasa nak berak la. Eh, kalau nak rasa nak berak tu la yang bagus. Itu tandanya perut kita berfungsi dengan baik. Sebenarnya, tak perlu pun sarapan berat-berat pada waktu pagi. Cukup coco kruch pun boleh. Takpun, bancuh milo panas. Hurmm...sedapnyaaa. Heheeee.

Okey nampak sedap kan gambar ni. Seelok-eloknya makan madu/kismis setiap pagi. Lagi-lagi tahun exam ni. Banyak khasiat madu/kismis ni. Macam kurma juga lah. Kalau nak cerita pasal khasiatnya memang korang bosan nak baca la kan. Haha.

For more information, sila layari Encik Google.com.

Thank you! =)

Saturday, January 5, 2013

Ketagih Kafein.

Assalamualaikum.

Okey.. Sekejap je kan dah masuk tahun baru. Masa berlalu terlalu pantas. Cepat. Sampai buat-buat tak sedar yang diri ni dah 17 tahun bagi tahun ni. SPM weh SPM!!! Rasa macam baru masuk form 4. Sebab subjek add maths fizik kimia semua dah lupa. Macam pelajar baru. Otak still tak basuh lagi. Masih berhabuk. Dan baru 3 hari buka sekolah je, homework dah bertimbun. Tapi takpa, bak kata pepatah Aisyah Badarudin, "Kalau tak penat mana nak rasa form 5". So...tahun ni kita kena berseronok dan enjoy belajar ye senior-senior SMK Taman Klang Utama. Tehee. Lepas ni dah tak rasa nak bersekolah cenggini lagi.

Btw, lama dah kan tak update. Sebenarnya memang aku nak update, banyak idea. Tapi bila dah ada masa itu, idea tak mahu keluar. Malas lah apa lah itu lah ini lah. Macam-macam karenah. Kesian blog ni. Nak kata busy itu tak lah. Cuti 2 bulan bukan pergi tuisyen pun. Duduk rumah tengok Running Man je. Heeee. Siapa tak tahu Running Man itu apa? Pergi tanya Mr.Google cepat-cepat. Tak pun, cari 'runningmanclub' to watch it. Aku biasa tengok dekat S ONE HD tv je. Tiap jumaat malam sabtu pukul 11.50. Okey sempat promote tu. Untuk pengetahuan korang, dalam rancangan ni aku paling suka Jong Kook. Act, semua aku suka kecuali Kwang Soo. Tak berapa nak taste sangatlah dengan perangai dia. Hahaa

Ada 7 orang kesemuanya. Aku kenalkan eh kepada siapa yang tak kenal lagi. Yang dari kanan start dari atas tu Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, perempuan tu Song Ji Hyo, Kang Gary dan Haha. Dorang ni semua comel comel! 

Eh eh eh eh! Aku bukan nak cerita pasal random things aku lah. Bila lama tak update cenggini lah jadinya. Sebenarnya aku nak cerita pasal tahap 'ketagihan' aku terhadap minuman berkafein ni. Siapa tak kenal NESCAFE keluaran Nestle tu? Habaq mai. Meh jenguk sini.

Tak perlu lah aku nak terangkan satu-satu tin minuman ni perisa apa lagi dah kan. Semua boleh nampak kan perisa yang tertera atas tin tu. Sebenarnya ada lagi satu perisa iaitu Ipoh White Coffee. Itu pun sedap. Heee.

Aku tahu, ada orang juga yang tak suka minuman berkafein kan. Hidup aku ni lain, memang dari dulu ibu selalu buatkan nescafe untuk sarapan kami sekeluarga. Satu kole tu ibu buat. Memang sedap. Dari gambar kat atas tu kan aku paling suka perisa Mocha yang purple tu. Rasanya lain dari perisa lain la. Yang original tu sama je kalau buat yang kat rumah. Latte punya macam bersusu sangat. Yang Black Roast tu pahit sikit. Tak berapa suka. Pernah try sekali je, lepas tu dah tak nak minum lagi. Tapi walaupun tak sedap sangat habis juga satu tin. Tak nak bagi orang lain habiskan. Haha.

Untuk pengetahuan korang semua, nak bagi tahu ni walaupun ada yang dah tahu bahawa Nescafe ni memang mahal sikit kan? Satu tin tu mahu 2 ringgit. Tiap kali pergi beli topup mesti beli air ni sekali. Kalau kat kedai, RM1.90 je. Kalau kat sekolah yang guna water machine tu RM2. Tapi tak adalah lah tiap-tiap hari aku nak beli air ni kan. Kopak lah duit aku. Boleh muflis. Tapi tiap minggu tu sekali lah aku beli. Heeeee. Banyaknya guna duit mak jeeee. Masuk kedai je, "Buu, nak air". Sedap je kan. Order je keje anak ni.....

Aku nak bagi sedikit info kat korang tentang Kafein ni. Apa itu kafein? 75% kafein yang digunakan datangya dari kopi, sumber kafein yang lain datangnya dari coklat, teh dan minuman bergas. Kafein ni bukannya nutrient, seperti vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh di kelaskan sebagai dadah. Sebenarnya banyak lagi fakta pasal kafein ni. Ada juga kebaikannya, ada juga keburukkannya. Silalah korang-korang semua search dalam google ye.

p/s : Nak minum kafein atau minuman berkopi tu jangan lah selalu atau banyak sangat dalam sehari. Amalkan minum air kosong dalam kehidupan sehari ok. Semua gambar dalam entry kali ini disponsor oleh Mr.Google. Thank you! :)

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...