Friday, January 10, 2014

Nak tahu cara saya jaga kecantikkan? Jom.

Assalamualaikum.

Hai. Harini nak share some ways aku jaga muka macam mana. Mungkin aku syok sendiri. Tapi takpelah. Bosan menggangur kat rumah ni. Hahahahahahaha.

Sebenarnya, banyak cabang-cabang dalam penjagaan muka ni. Maksud aku banyak cara orang nak jaga muka. Yelah muka kan masing-masing. So, depends la kulit muka orang tu dry ke, oily ke kan. Korang patut tahu sendiri jenis kulit korang macam mana eh. Tak tahu nak tahu jenis kulit macam mana? Simple je sebenarnya, macam nilah, kalau korang rasa kulit muka korang mengeluarkan minyak yang berlebihan, itu maknanya kulit korang oily. Kalau korang rasa kulit korang macam terkopek-kopek mengelupas, itu maknanya kulit korang kering.

Kulit aku pula jenis yang sensitive dan dry sometimes. Dulu time form 1 2 3, kulit muka aku very very oily. Baru cuci muka then a few hours dah excess oil tu keluar. Lagi-lagi bila tengah hari, panas terik, memang minyak. Macam orang minyak dah, bila snap gambar, berkilat muka. Especially dekat dahi. hidung, dagu. Hahaha. Sebaris tu. Tapi aku rasa, mabye sebab hormon remaja kita. Time tu kan baru nak up nak masuk alam remaja. Then masuk form 4 5, kulit aku jadi dry. Aku dah mula start pakai pelembab/sunblock. Selama ni jangan harap aku nak pakai. Sebab tulah kulit gelap.....

Aku pernah try guna Safi before this, then kulit aku jadi macam pedih, sakit gila macam aku letak tomato atas muka bergetah, pedih. Mungkin kandungan bahan kimia dalam tu tak sesuai bagi kulit aku ni haa. Tapi yang aku perasan, kulit aku serasi dengan produk Jepun dan Korea. Alololo..nak juga feeling feeling korea korea gitu... Btw, untuk pencuci muka, aku perlukan pencuci muka yang soft bila gosok kat muka. Pernah juga pakai produk Daiso untuk cleanser kan, memang best.

Gambar dari Mr.Google. Yang ni la aku pernah pakai. Memang best and worthwhile. Only 5 ringgit. Lepastu bila dah habis tak sempat-sempat nak pergi Daiso beli lagi. Then, pergi jelah kedai yang terdekat beli Clean and Clear produk pula. Clean and clear memang banyak berbakti pada aku. Masa zaman form 1 2 3 memang aku guna Clean and Clear je memanjang. Mungkin terpengaruh masa team Clean and Clear datang sekolah nak promote dorang punya produk tu kot. Hehehehe.

Untuk toner aku pernah pakai Clean an Clear punya. Lepas dah habis satu botol, aku dah tak beli sebab duit tak ada. I iz sad okay! Maklumlah, iollus cuma budak sekolah, kalau ada duit lebih pun habis kat topup je, nak minta kat ibu sebab nak beli benda macam ni, menyusahkan ibu je. Tunggu bila ada duit sendiri. Then untuk melembapkan kulit, aku guna sunblock dari Daiso. Bila kulit start to menggelupas kering aku cepat-cepat sapu nak bagi dia lembab.

There you go. The yellow colour one. Itulah pelembab/sunblock yang aku guna. Btw, sebelahnya merupakan bedak sejuk dengan aloe vera! Aku guna juga bila malam sebelum tidur. Banyak benefit guna bedak sejuk ni tau. Korang google sendiri. Then, yang colour putih penutup hitam tu my charcoal mask. Nak tarik blackhead/whitehead boleh guna ni. Sebelahnya merupakan nose pack (grey colour one) also function sama untuk menarik blackhead/whitehead yang ada kat hidung. Yang ada tulisan Jepun jepun ni I bought kat Daiso. RM5.

Selain aku guna produk kat atas tu haa, aku tidak melupakan kekasih hati ku! Iaitu facial mask!!! I'm facial mask's lover!!!

Yang bab facial mask ini a little bit expensive for me la. Aku beli facial mask ni pun kalau aku ada duit lebih je. Aku suka guna facial mask keluaran Korea, Jepun dan Taiwan! Memang best! Boleh feeling kulit flawless and glowing skin. Hihihihi.

Ini mask dari Taiwan. Aku beli kat Watsons. Rm 5.90. Buy one free one. Nak beli Vita Bright yang berharga RM12.90 tu tak mampu lagi. Hahahahahaha. Sedih.

Btw, selain aku pakai produk untuk luaran ni, aku ada juga amalkan satu tip kalau nak kulit glowing dari dalam.

Drink a glass of water right after woke up in the morning. Itulah tip yang aku amalkan. Memang rasa perubahan kat kulit muka aku. Rasa macam kulit aku start built new cells. Dan tak berkeruping-keruping sangat (keruping jerawat yang aku kopek). Glow tu memang ada. Even aku tak pakai moisturizes pun kulit tu nampak glow. Minyak kat kulit pun dah stabil. Dan yang paling penting lagi kulit muka aku dah tak dry. Hihihihihi. Before minum baca selawat dulu. Ingat tu! Banyak benefit korang boleh dapat kalau minum air lepas bangun tidur ni tau. Kalau nak tahu tekan SINI.

Okay, dah dapat sikit input kan? Korang boleh cari sendiri produk yang sesuai untuk kulit muka korang. Yela, muka ni ada satu je. Kalau dah tak elok nanti sapa nak ganti? Lagi elok korang pergi jumpa doktor tanya jenis kulit muka korang semua. Minta sikit pendapat. Macam aku, doktor memang dah cakap kulit aku sensitive. Hahahaha. By the way, yang paling penting korang kena tahu dulu sesuatu produk tu sebelum beli.


Bye. Assalamualaikum!  

Wednesday, January 1, 2014

Soulmates Part II

Assalamualaikum.

*entry ni dah update masa 30.12.2013. Baru nak publish sekarang. Buat-buat lah macam haritu baca. Kira halal lah :P *

Bismillahhirrahmannirahim.

Haish. Panjang betul gap antara dua entry. Tapi aku tetap nak kotakan janji untuk mempersembahkan sambungan entry Soulmates ni tau. Siapa yang tak tahu apa yang aku ngomong ni boleh rujuk entry sebelum ni okay. Tekan SINI ! Okay balik tajuk kita balik. Sekarang kita berada di penghujung tahun 2013. Sekejap lagi je tahun 2014 bakal menjemput kita. And I'm turning 18 okay! 18 okay?! You know what, makin tua. Tapi biar usia tua asal berfikiran muda. Ceria sentiasa. Insyaallah.

Kita sambung sesi pengenalan soulmates aku eh. Actually memang banyak soulmate keliling aku. Tapi takkan nak type seorang-seorang. Sampai bila karang. Tak silap nanti uolls yang bosan nak baca. As a blogger, kita kena tarik pembaca untuk baca entry. Kata lain 'pancing' ah. Kang ponet jeh aden menulis takdok sapa bacaq...jangan bash sebab bahasa ngeri den tak betul.. Krik..krik..krik...


Muhd Ridhwan Haziq. The only boy over my flowers. Maknanya, satu-satunya best friend lelaki dikelilingi best friends perempuan yang lain. Hahaha. Aku kenal dia Masa akhir tahun 2010 (form 2). Dia tegur dalam fb. Start dari tu kiterng kenal, rapat. Segala masalah aku share kat dia. Dia pun kalau ada masalah share kat aku. Tiap hari dalam kelas suka buli aku. Suka gila dengan BOLA. Well, boy kan.

Dia type yang nak menang, macam Aisyah. Dia pandai dalam kelas. Aku perasan otak dia laju gila berfikir tapi lelaki selalu sangkut dengan penyakit malas kalau study. Nak nak exam malam tu baru nak study. Sama je macam aku. Tapi selalu aku menang la dalam exam. Hehehehehe. Jangan marah eh. Terima kasih sudi jadi bahu aku bila aku bersedih or ditimpa masalah. Tak lupa juga, kau yang selalu buat aku senyum sampai nampak semua batang gigi aku ni. Thank You!


Awatif Insyirah. Seorang yang kecil molek plus comel. Putih gila macam snow white. Walaupun ada kaki pendek tapi laju bila berlari. Selalu wakil rumah sukan tiap-tiap tahun. Mulut pun tak kurang hebatnya, laju juga bercakap. Mesti ada cerita nak story story kalau lepak. Hahaha. Aku rapat dengan dia masa form 3 tak silap. Kelas 3A sama-sama. Aku jeles sebab dia otak sejarah. Sejarah selalu dapat lagi upper dari aku. Awatif ni pun banyak dengar cerita aku. Bila study, suka sangat tanya soalan math. Kira aku ni macam kaunter pertanyaan math kat kelas. Hahahahaha. Dah berpunya. Tak boleh kacau. :P



Farhana Atiqah. Haa yang sorang ni diibaratkan macam twins awatif la. Berkepit je berdua. Saiz badan pun lebih kurang tapi Farhana tinggi sikit dari Awatif. Mulut pun lebih kurang, banyak story. Aku kenal rapat dengan dia masa dalam kelas 3A. Almaklumlah, aku ketua kelas masa tu, so kenelah rapat bodek-bodek dengan anak buah. Macam perdana menteri turun padang. (tak boleh blah sungguh). Btw, dia ni style semua orang boleh ngam sebab dia peramah sangat. Rajin mulut. Tak macam aku senyap je bila jumpa orang. Membisu macam Gary si siput sembunyi dalam cengkerang. Farhana, aku tahu aku pernah sakitkan hati kau. I'm sorry and I love you! :)

Fitriatul Seha. Sebenarnya malu nak tulis pasal dia sebab kiterng baru kenal dalam 2 years je. Itu pun sebab sama kelas form 4. Masa form 3 tak sama kelas. Tapi, apa yang aku perasan pasal dia ni, dia ni seorang yang adventures. Suka sangat aktiviti lasak. Aku dapat plkn siap nangis tak suka. Tapi dia sedih tak dapat plkn. You see???? Hahahahaha. Selasak-lasak aktiviti yang dia suka tu, sebenarnya hati dia ni lembut macam tahu. Ada benda lagi lembut tak? Bila bab touching mesti dia nangis dulu. Aku paling lambat nak nangis. Dia banyak tolong aku dalam studying terutama dalam chemistry. Omaigad omaigad budak chemis kay. I don't know how her brain work. Add maths pun dia terer. Seha, thank you a lot. Love you! :)

Banyak lagi best friends aku. For kelas 5 SnTulen, 5 SnIkhtisas, Kelas agama 5Sn-Ac, semua juniors, semua friends sama batch. Aku nak minta maaf seandainya diri ku ini pernah melukakan hati-hati kamu semua.

Yang lain jangan berkecil hati sebab iolls tak tulis pasal uolls. Even iolls tak tulis pasal ullos pun, uolls tetap dihati iolls kay? Susahnya nak type iolls/uolls ni. Hahahaha. I'll be miss you olls. Bye.

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...