Tuesday, May 21, 2019

Review: Focullure Cosmetics

Hai Assalamualaikum! 

Bercakap pasal makeup kan, orang perempuan memang takkan pernah lari dari makeup. Kau cakap kat aku siapa je tak suka makeup. Aku pun dulu waktu sekolah siap berjanji dengan diri sendiri yang takkan terjebak dengan makeup. Tup tup tup sekarang minat kat makeup tu hamboiiiiiiiiiiiii. Biasalah perempuan, takkan lari dengan lumrah nak cantik. :P

So, haritu notification Shopee pop out and bagitahu ada sale. Lagi sekali sebagai seorang perempuan kita macam nak tengok tengok dulu tetibe dah terbeli. Padahal aku dah set tak mahu shopping dah sebab nak save en, tapi sale tu aku rasa sangat berbaloi and aku pun bukan jenis nak spend sangat kat makeup so why not once a year or maybe 2 years. So yeah dah terrrrrbeli.

Okay ini list aku beli. Kau tengok berbaloi kan??? Sunset Palette from RM64 --> RM19.20. And this one from focullure.os and its original (Shopee Mall). Then aku make order on 14/4/19 then sampai office 22/4/19. Aku bajet dalam 15 hari waktu bekerja tapi sampai awal pulak ambil masa 5 hari bekerja je. Kipidap!

Sekali lagi sebagai seorang perempuan yang tak sabar and excited, aku bukak terus kat office tak dan nak tunggu sampai rumah. Yelah beli barang online ni macam hadiah sebab ada orang delivery bagi. Heheehehehehehe. Btw, aku purchase 4 barang je tapi ada free gift lips product tu. Lagi lah aku rasa sangat sangat sangat berbaloi! And aku tengok semua expired 2022. So ngam 2 tahun la pakai. Jangan beli lagi dah Nisa!

1) THE SUNSET 12 SHADE EYESHADOW PALETTE
Front

 Back
INSIDE 

2) NINE COLORS EYESHADOW -01-



3) BLUSH HIGHLIGHT & CONTOUR -02-




3) ULTRA LIGHT BAKED BLUSH -03-



Aku paling paling suka blusher ni. Sebab bila pakai dia ada sekali highlight sikit. So jimat masa, jimat duit. Senang kerja aku. And the Sunset palette pun best! Very pigmented! senang blend arghhh sis suka. If korang nak beli Focallure ni aku recommend sangat sangat. Best and murah. For those beginner, yang makeup jarang jarang sangat or everyday macam no makeup, makeup look gitu haaa boleh la korang try. 

Thank you for reading this entry! :)

p/s: Korang cakap FOCALLURE macam mana? Aku sebut for-color. Betul ke? 

Wednesday, March 6, 2019

Neutrogena Hydro Boost Water Gel Review

Hai Assalamualaikum!

Okay harini aku nak review satu produk dari Neutrogena, Hydro Boost Water Gel. So, basically its a moisturizer and its water-based. Aku baca review lain its claimed that this product can moist our face up to 48 hours. My skin type is oily and acne-prone. So untuk orang berkulit oily, its good to use water-based punya moisturizer. Aku beli and start pakai 4/12/2018.

And this what the product claim:

"Clinically proven to help you achieve the 3 dimensions of healthy skin Hydrated Luminous and Bouncy. Antioxidant olive extract formula repairs skin barriers damaged by the environment purified hyaluronic acid constantly pumps and locks in hydration from within and helps prepare the skin for better moisture absorption."

 Packaging dia sangat classy gitu. Aku beli RM57 on Watsons. Dia sangat light texture dia. 

Ini adalah muka sis on day 1, 



Gross kan? Aku pergi kerja tak makeup pun sebab nak bagi muka breathe. Aku makeup bila keluar weekends sahaja. Before try this Neutrogena Hydro Boost ni, aku ada pakai light moisturizer from Simple, yang botol putih tutup hijau tu. At first pakai memang okay compare to sebelum Simple ni lagi langsung tak pakai moisturizer. Then after dah lama pakai muka jadi lagi oily. Even letak light light je nipis nipis je but still oily and naik bumps. Tak surut pun, so out of nowhere, terdetik nak pakai Hydro Boost ni.

So far aku suka, and now dah dua bulan pakai, tinggal lagi sikit je. Letak sikit dah cukup moisturise dah muka. Tak perlu nak letak banyak banyak. Aku sangat sangat sangat recommend kan pakai, lagi lagi orang kulit berminyak yang minyaknya tak boleh nak bawa bincang. Sama macam aku, kalau tadah muka ni under the sun lagi la minyak gila. Membuak-buak minyak keluar.

And aku dah baca banyak review yang Neutrogena Hydro Boost ni setanding dengan CLINIQUE MOISTURE SURGE ye kawan kawan. Kalau drugstore dia adalah Neutrogena Hydro Boost tapi kalau high-end macam sephora gitu dia adalah Clinique Moisture Surge.


Yang ini ye kawan kawan. Harga RM100. Kalau Neutrogena kurang sikit la dari dia. Tapi kalau anda anda semua mampu apa salahnya ambil yang ini. Yang ini review semua orang kata best. 



Ini adalah kulit aku yang sekarang (26/2/2019). Muka dah buang makeup. Lepas pakai 2 bulan, aku boleh katakan memang kulit aku dalam condition yang better dari 2 bulan yang lepas. Not fully flawless no no no masih jauh lagi. But, its recovering slowly. For sure. Jerawat still ada, lagi lagi masa nak period. Memang akan ada, tak boleh nak lari. 

Yea nak pulihkan muka memang ambil masa lama. Makan bertahun tahun. Kita try and error cari produk lagi. So kunci nya adalah sabar.

Berbalik pada Neutrogena Hydro Boost tadi, kesimpulannya adalah:

Repurchase?
YES! 
Skin type?
Oily, dry, sensitive, normal semua boleh pakai
Harga?
Setimpal dengan produknya
Tahan berapa lama? 
Bagi aku 2 bulan lebih or 3 bulan also can. 

Thanks for reading this entry :) 

Monday, February 18, 2019

TALKS: Be Grateful

Hai Asslamualaikum!

So today aku nak cerita something that happened in my life.

Okay you guys mesti every year, every month, ada set goals masing masing kan. Aku nak cerita yang dulu dulu dulu lagi dah aku set goal nak pakai iPhone 5 masa 2013. Masa ni maybe aku tingkatan. Orang lain semua dah pakai Iphone aku ni still lagi pakai phone Sony Ericsson yang boleh lipat, nak mesej pun kena picit keypad and kawan lain pun dah pakai WhatsApp masa tu, aku sorang je takde ws. 

Bila dorang semua datang tuition borak pasal apa jadi dalam group WhatsApp tu. Aku ni sorang terkebil tak tahu apa dorang borak kan. Then, rezeki aku pakai Iphone 4 masa tu nak masuk matrik. Tahun tu 2014. Haaaa baru merasa nak pakai Iphone. Okay la sis akur sis bersyukur. 

Then aku masuk UiTM masa sem 2 aku tukar pakai Iphone 5 sebab Iphone 4 aku rosak dah. Motherboard problem. Nak tukar ganti baru costly so time tu ada rezeki aku bila kawan aku punya abang nak jual Iphone 5 dia. Dalam 400 dia offer masa tu aku pun lupa. Sem 3, 2016 baru Allah makbulkan aku boleh pakai Iphone 5. Dari 2013 berhajat, Allah tunaikan masa 2016. 

Then, macam biasa la manusia ni tamak tak bersyukur dengan nikmat yang dah ada. Aku pun berhajat pulak nak pakai Iphone 6s color grey masatu. Aku tak sure tahun berapa, yang pasti antara 2016 atau 2017 aku pasang niat nak Iphone 6. Then masa tu roommate aku pakai iPhone 6s color grey pulak tu. Tapi sis akur, phone yang ada masih elok masih okay. And sis juga tiada dana yang kukuh waktu itu. Sis susah, sis bersyukur. 

And then, waktu intern hujung tahun 2018, kawan sis yang roommate sis tu nak jual phone dia. Sis pun onzz walaupun takde duit, sis kawtim hutang dengan dia. Hehehehe. The solid reason yang memang aku nak tukar phone and cari phone baru adalah sebab aku tak tahan dengan memort 16GB ni. Buat apa apa sikit dah penuh, tangkap gambar sikit, record video sikit dah penuh and bila memory hampir full, performance phone juga semakin selow *boleh insert lagu selow kat sini*.

Bukan sis tak bersyukur, tapi dah tiba masa rasanya sis berhijrah ke GB yang lagi besar. Thennnnnnn, 1 Januari 2019. Allah makbulkan lagi hajat sis nak pakai Iphone 6s color grey. Bersyukur sangat. 

So moral of the story is You can to wish nak itu nak ini. Tapi, hanya Allah je yang akan tentukan bila kau akan dapat benda yang kau hajatkan itu. Sometimes Allah akan bagi yang lagi better cuma kita je yang tak sedar. Allah bagi benda yang kita perlu. Bukan benda kita nak yang hanya nak puaskan nafsu je.



We can plan, but Allah is the best planner.

Thanks for reading! :) 

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...