Tuesday, April 16, 2013

Boleh tak kalau nak muda masa zaman kanak-kanak dulu? Masa main susun-susun kusyen kat rumah nenek, sepahkan rumah nenek sampai nenek membebel?

Sampai tak sempat aku nak bagi salam kan. Hahaha. Assalamualaikum. =)

For this moments, rasa macam sedikit stress dengan kehidupan sendiri. Mana ada orang tak stress wei!! Cikgu Mazlina pernah cakap stress tu elok. Memanglah elok kalau dapat control kan. Stress dengan kerja rumahnya, stress dengan examnya, tuisyenya, dan lebih stress bila kena bangun awal pagi. Tiap bagi terbayang... "Kan best katil ni boleh terbang terus g sekolah. Takyah mandi. Cikgu mengajar, aku dengar sambil baring-baring atas katil. Boleh tak?" Yes, I know that my angan-angan iz melampau. Hal ini jelas menunjukkan tahap kemalasan aku yang melampau. Hahahahaha.

This week dapat relaks sikit. Minggu lepas busy dengan
Yes, sekolah aku jadi tuan rumah. Aku sebagai petugas. Dibawah kelab Quater Master. Kelab ni special sikit. Sebab setiap ahli kelab ni akan dapat tambahan 10 markah dalam markah koko. Memang cikgu yang pilih. Saya bertuah! Tehee. Special memang special tapi penat tu lebih lah. Setimpal lah kan..... adat hidup.

Kejohan Bola Sepak ni berlangsung selama seminggu. Dari selasa (2 April) sehingga Selasa (9 April) tak termasuk sabtu ahad. Alah tapi sabtu ahad pun aku kena datang sekolah. Sebab ada latihan kawad. Kiranya aku ke sekolah 7 hari seminggu. Sebab tu orang cakap sekolah ni rumah kedua bagi pelajar. For me not. Shopping Mall is my second sweet home. Pastu baru sekolah. Kalau cikgu stalk ni mesti dorang kecewa. Ahaks. Aku bertugas di bawah payung Venue Coordinator. Tukang catat goal, yellow card/red card, pamain out/in dan penalti.

Di bawah payung tersebut, bukan aku sorang je bertugas. Ramai lagi member keliling. (macho tak ayat aku). Bila aku dah fed up buat kerja, pass kat dorang. Alah banyaknya dorang je yang buat. Aku just semangat masa hari first je. Hangat-hangat taik kucing je aku ni. rendah diri konon. puihhhh. 


Dan aku kembali excited bila team sekolah aku main. Menjerit-jerit sampai takda suara. Bukan aku sorang je kay. Warga sekolah yang lain juga turut serta dalam sesi menjerit. Bila bola sampai ke gawang sendiri mulalah kami semua mengalami mini heart attack.

Dan aktiviti aku pada waktu break adalah.......

Bila dah habis tugas ni. Balik rumah baru perasan muka dan tangan berbelang dek kerana bahang cuaca yang panas. Padahal duduk bawah khemah je. Tak pergi mana sangat pun. Tapi berbelang jugak. Dan minggu ni adalah minggu study week untuk mid year exam 3 Mei nanti. Eh! Aku lupa minggu ni pun aku busy. Sebab minggu ni adalah minggu snap pictures untuk majalah. Hahahaha. Bye! I got a lot of work to be done. See ya! ;)

p/s : Tahniah kepada team bawah 15 kerana berjaya menempatkan nama sekolah di tangga ketiga. Gambar bawah 18 aku takda.

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...