Wednesday, May 29, 2013

My 17th Birthday Part I

Assalamualaikum!

Hari Selasa. (28.05.2013)
SMK Taman Klang Utama
8.30 pagi. (alah lebih kuranglah)

*masuk kelas math (kelas tambahan)*

"Happy Birthday To You....Happy Birthday To You....Happy Birthday To Hanisah Yahaya...Happy Birthday To Youuuuuuuu........" 


Itulah permulaan harijadi aku haritu. Sweet kan satu kelas nyanyi lagu hepy beday kat aku. Terharu iolls tau. Sebenarnya memang aku pernah teringin dan pernah juga berkata "Kan best kalau harijadi aku time sekolah". Memandangkan harijadi aku jatuh pada tanggal 28 Mei, time tulah waktu cuti semester. So, aku memang tak pernah sambut kat sekolah. Dan alhamdullilah Allah dengar permintaan aku kan. Tahun ni tahun last sekolah. Kebetulan masa hari tu aku datang lewat kelas tambahan tu. So, semua orang memang dah ready nak wish aku. Betul ke? I guess. Dan aku terkejut masa dengar satu kelas wish. Aku just senyum selebar-lebarnya sebab tak tau nak buat apa. Hahahaha. Kang kalau aku berlakon gembira gila. Over pula kot..... Btw, Thank You <3

SIAPA ORANG FIRST WISH? 

Yang ni aku tak perlu bagitau la kan. Mesti korang semua dah tahu. Family aku lah wish paling awal. Kemudian Muhd Ridhwan Haziq, Aina Sofea (kawan lama yang best gila) dan Pak Itam (pacik kat perak). Aina ni sebenarnya kawan sekolah rendah dulu. Waktu zaman batu seremban dulu. Dia ni pandai tau. Setiap kali exam mesti dia dapat nombo first! Memang tak boleh tanding. Waktu UPSR dia dapat 5A dan Mumtaz for SRA. Dia dapat masuk sekolah sains. Aku dah lupa kat mana. Sorry Aina. Apalah kawan baik sendiri pun boleh lupa kan. Sebab dah lama tak contact kan. Dia mesti ingat harijadi aku. Aku je ni yang macam apa. Actually, aku ingat. Tapi tak tau nak wish dia macam mana. Yelah, dia kan duduk asrama mana ada masa pegang phone etc. So sorry Aina. =) 

Dalam wish dia tu, dia ada tulis "Jom sama-sama dapat straight A+" Auwwww. Sweet sangat! ;) 

HADIAH? 

Malu sebenarnya nak cakap pasal hadiah. Sebab aku tak dapat banyak hadiah. HAHAHAHAHAHA. K iSedih. Kesiannya. Tapi takpa. Hadiah tak berapa penting. Yang penting orang ingat kat kita dan doakan kita. Itu dah cukup. (tarik nafas tanak nanes). Family aku belanja makan KFC memandangkan aku asyik dok membebel dah lama tak makan kfc la, dah lama tak makan itulah, inilah. Aku ni nafsu keinginan dalam merasai atau memiliki sesuatu benda memang tinggi. Tapi bila dah rasa, aku makan ciput je. Bila dah dapat sesuatu perangai aku jadi macam hangat-hangat taik ayam you know. Masa dapat bagai menatang minyak yang penuh. Dah lepas 2 3 bulan, dah tak pandang dah. Hehehehe. Kembar dengan mak dia pula bagi Chocolate Cadbury Black Forest kegemaranku. Onomnomnomnom. Makcik aku pula tanya "Bila kau free? Acik nak belanja makan. Sekali dengan birthday nabil(anak dia)" Makan lagi!!! This is what we call R.E.Z.E.K.I. Alhamdullilah. 

Dalam entry kali ini tak ada gambar sangat sebab tak tangkap gambar pun. Koleksi gambar aku dalam folder banyak ah tapi kang kalau asyik upload gambar sendiri je nanti uolls lari. Bosan tengok gambar aku. Hehehe.  

p/s : Dan friends dalam facebook pun banyak wish. Aku tak balas pun. Sorry internet rumah tengah problem. Terima kasih kerana memenuhkan notifications pada hari istimewa saya. Hehehe. 

Bye uolls. Assalamualaikum. Pahal gambar tak boleh budak-budak lagi ke? Well. I'm 17 yaww! ;p 

Thursday, May 23, 2013

Freedom. But not so free.

Assalamualaikum!

Hai. Sedih betul aku tengok entry blog aku ni. Setiap satu bulan 1 2 entry je aku update. Sadis. Well, uolls semua tahukan yang tahun ni aku ada exam terbesar dalam hidup aku. S.P.M. Ni baru ada masa nak update. Sebenarnya happy sikit hari ni memandangkan aku dah habis mid exam dan bercuti sempena cuti sem 1 selama 17 hari mulai hari ini. Yehuuuuuu! Tapi tetap ada kelas tambahan (sound background sedih). Even budak sains habis lambat, tapi kami betul-betul merasa nikmat habis exam dan terus bercuti tau. :p

Inilah rewards setelah sebulan berhempas pulas membanting tenaga, mengagahkan diri daripada tidak menangis melihat soalan-soalan yang susah. Struggle gila exam mid kali ni. Alah takyah gebanglah, memang exam mid tiap-tiap tahun susah sebab dia ikut format spm kan. Aku ni pula tak berapa nak biasa lagi dengan format spm. Tiap kali nak exam kena rujuk balik buku past year. Tengok balik bentuk soalan macam mana dia nak tanya. Dan alhamdullilah tadi aku baru selesai jawab paper 3 for fizik and kimia. Fizik boleh lah lagi sebab cikgu dah bagi hint apa masuk. Kimia yang macam !@#$%^&*.......

Yelah, cikgu just cakap 'exp. rate of reaction' (kimia). Dah la dalam tajuk tu ada lima experiment. Subs topic such as size and surface area, concentration, pressure, temperature dan catalyst. Eh betul ke? Kang buat malu je bagi facts salah. Hahaha. Takpa! Yang penting benda tu ada lima, tapi yang akan ditanya satu je dalam soalan. Aku punya gagah hafal pasal concentration kuat-kuat kat kelas last last keluar temperature. Gila tak gila. Inilah padahnya study last minit kan. Memang padan muka lah. Memang aku buat experiment sendirilah. Dah dia suruh design experimentkan. Hihihi. Aku tak tahulah result macam mana yang nak keluar nanti.

Dalam masa yang sama, aku sebenarnya rasa teruja memandangkan 28 Mei nanti hari jadi aku. (ingin bagitau semua orang supaya orang bagi hadiah) Hehehehe. Terfikir-fikir apalah kawan aku nak bagi? Berapa hadiah yang aku dapat nanti? Siapa je yang ingat kat aku ni? Siapa yang wish paling awal? Memang exited! Dah, jangan dok heboh sangat. Silap haribulan nanti aku sendiri lupa yang harijadi aku haritu. Ngehngehngeh. Memalukan sungguh kalau lupa harijadi sendiri. Sebab tak sedar diri lagi yang tuan punya badan semakin meningkat tua. (^_^)

Gambar budak sekolah yang malas nak study. Tapi dah tua still tak sedar diri. Hehe. Bye! iolls nak siap pergi tuisyen pukul 8 karang. Malam ni math, Cikgu Halim ajar. Memang kena datang awal chop tempat paling depan plus depan aircon! Assalamualaikum! :) 

Jom sama-sama counting harijadi saya! 
*counting* 

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru.

Assalamualaikum!

Hai. Baru tadi selesai sambut Hari Guru kat sekolah. Tahun ni tahun last aku sambut hari guru kat sekolah. Sedihnyaaaaa! Hmm, kalau dulu sekolah rendah, tiap kali sambut hari guru je mesti ajak ibu pergi kedai 2 ringgit borong hadiah untuk cikgu. Setiap cikgu mata pelajaran mesti nak bagi hadiah. Itu dulu lah. Sejak masuk sekolah menengah makin kurang hadiah bagi kat cikgu. Kesian cikgu.

Ini kad dan hamper untuk guru kelas aku. Kad tu cantikkan? 100% home made. Dibuat oleh mak aku dan dibantu oleh aku sendiri. Kreatifkan kepala mak aku ni. Apa dia buat semua cantik. Hamper tu pun mak aku buat. Dia beli tepung goreng pisanglah, sirap, teh boh, cawan(recycle dari wedding's gift), dan etc. Kesimpulannya, mak aku bagi banyak barang dapur. Sayang ibu!

Tadi aku dengan geng kawad NGO aku buat persembahan. Siap nyanyi lagu Jeerypah by Aizat lagi tau. Memang happening gila masa nyanyi. Even budak-budak gelak sebab mabye kelakar kot tengah kawad tetibe nyanyi. Tapi ada aku kesah? Ini persembahan kiteorang kay.

Comel je semua pakai pink kasut hitam. Mihmihmih. Faeqah jadi conductor untuk koir.

Lepas tu guru-guru potong kek! Ada dua kek besar. Dan ianya kek coklat! Tapi budak-budak tak dapat. :(

Lepas tu ada game untuk cikgu-cikgu join. Bersuka ria. Aku malas nak masukkan gambar lagi. Hehehe. Cukup sampai disini saja yaa. Aku pun dah penat nak cerita panjang-panjang. Toodles! Bye!

Assalamualaikum!

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...