Friday, January 18, 2013

Air Jarang

Assalamualaikum.

Hai. Curi masa sikit nak update entri kali ni. Sebenarnya banyak lagi kerja sekolah nak kena siapkan. Sejak masuk form 5 ni, buku, homework memang takkan putus. Cikgu asyik dok bagi je homework. Walaupun cikgu sendiri cakap "Saya tahu awak semua banyak kerja, tapi kena pandai masing-masing lah susun jadual siapkan kerja sekolah." Okey tak pa, tinggal satu tahun je lagi. Nanti mesti rindu zaman-zaman homework ni kan. Tehee.



Okay, tahu tak air jarang tu apa? Sebenarnya, air jarang adalah air mineral. Saya orang jawa dan orang jawa call that air was 'air jarang'. Sometimes aku dok pening jugak la akibat memikirkan kenapa orang jawa panggil dia 'jarang'? Mabye sebab tranparent kot. Colourless. Air ni famous kan. Macam-macam nama dia ada. Tapi, orang bandar selalu panggil its air putih/air kosong atau lebih kebandaraan lagi they call its air mineral lah kan. So.....tak kesah la apa korang semua panggil air ni. Yang penting entri kali ni aku nak share ilmu yang aku tahu pasal air mineral ni. Banyak sebenarnya khasiat air mineral ni. Lets go one by one.

Mak aku selalu pesan kat aku pagi-pagi lepas bangun tidur. Bukan bangun tidur siap dah mandi semua. Ni bangun tidur yang air liur basi still melekat kat bibir lagi. Still mamai lagi. Dia pesan,

"Akak, minum air jarang lepas bangun pagi sebelum gosok gigi."

Dengan suara malas aku balas "Hmmmmm...k" *glup* *glup* *glup* Berketul-ketul aku telan.

Nak tahu kenapa kita kena minum air mineral ni setiap pagi? Ok, meh dekat sini sikit. Menurut beberapa kajian yang aku baca dari internet ni, pakar perubatan telah membuktikan bahawa meminum air mineral sebaik sahaja baru bangun tidur pada waktu pagi adalah bagus untuk kesihatan. Pakar perubatan dari Jepun telah buat kajian pada beberapa pesakit. Dan hasilnya mereka sembuh tiada penyakit dah. Tapi minum air mineral pagi pagi ni ada rules sikit. 1) Minum 250-500ml water (2 gelas air suam) sebagai 'stomach cleansing'. 2) Dah lepas minum tu, lepas 30-45 minit baru makan sarapan. Kalau nak dapat badan yang cantik, kulit pun cantik, lagi elok minum air kosong tau!

Attention! Nak ingatkan dekat korang semua yang ambil tak kisah pasal sarapan pagi. Sarapan pagi wajib ambil! Jangan tak ambil. Sebab kita dah berpuasa satu malam semasa kita tidur tu. So, bila bangun pagi, kenelah bagi makan kat perut ni. Supaya metabolisme dalam badan dapat diseimbangkan. Bila perhimpunan kene berdiri lama-lama pun kita dapat bertahan dari pengsan. Korang mesti pernah experience the moment bila kita perhimpunan then ada seorang budak pengsan. Pastu korang "Weh pahal tu? Kenapa dgn budak tu?" Pernah kan? Itu sebab dia tak ambil sarapan pagi. Btw, orang yang tak ambil sarapan pagi, otaknya akan berfungsi seperti orang yang berusia 75 tahun. Begitu hebatnya penangan sarapan pagi tu..

Sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa sarapan pagi tu buat perut dorang sakit. Nanti terasa nak berak la. Eh, kalau nak rasa nak berak tu la yang bagus. Itu tandanya perut kita berfungsi dengan baik. Sebenarnya, tak perlu pun sarapan berat-berat pada waktu pagi. Cukup coco kruch pun boleh. Takpun, bancuh milo panas. Hurmm...sedapnyaaa. Heheeee.

Okey nampak sedap kan gambar ni. Seelok-eloknya makan madu/kismis setiap pagi. Lagi-lagi tahun exam ni. Banyak khasiat madu/kismis ni. Macam kurma juga lah. Kalau nak cerita pasal khasiatnya memang korang bosan nak baca la kan. Haha.

For more information, sila layari Encik Google.com.

Thank you! =)

Saturday, January 5, 2013

Ketagih Kafein.

Assalamualaikum.

Okey.. Sekejap je kan dah masuk tahun baru. Masa berlalu terlalu pantas. Cepat. Sampai buat-buat tak sedar yang diri ni dah 17 tahun bagi tahun ni. SPM weh SPM!!! Rasa macam baru masuk form 4. Sebab subjek add maths fizik kimia semua dah lupa. Macam pelajar baru. Otak still tak basuh lagi. Masih berhabuk. Dan baru 3 hari buka sekolah je, homework dah bertimbun. Tapi takpa, bak kata pepatah Aisyah Badarudin, "Kalau tak penat mana nak rasa form 5". So...tahun ni kita kena berseronok dan enjoy belajar ye senior-senior SMK Taman Klang Utama. Tehee. Lepas ni dah tak rasa nak bersekolah cenggini lagi.

Btw, lama dah kan tak update. Sebenarnya memang aku nak update, banyak idea. Tapi bila dah ada masa itu, idea tak mahu keluar. Malas lah apa lah itu lah ini lah. Macam-macam karenah. Kesian blog ni. Nak kata busy itu tak lah. Cuti 2 bulan bukan pergi tuisyen pun. Duduk rumah tengok Running Man je. Heeee. Siapa tak tahu Running Man itu apa? Pergi tanya Mr.Google cepat-cepat. Tak pun, cari 'runningmanclub' to watch it. Aku biasa tengok dekat S ONE HD tv je. Tiap jumaat malam sabtu pukul 11.50. Okey sempat promote tu. Untuk pengetahuan korang, dalam rancangan ni aku paling suka Jong Kook. Act, semua aku suka kecuali Kwang Soo. Tak berapa nak taste sangatlah dengan perangai dia. Hahaa

Ada 7 orang kesemuanya. Aku kenalkan eh kepada siapa yang tak kenal lagi. Yang dari kanan start dari atas tu Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, perempuan tu Song Ji Hyo, Kang Gary dan Haha. Dorang ni semua comel comel! 

Eh eh eh eh! Aku bukan nak cerita pasal random things aku lah. Bila lama tak update cenggini lah jadinya. Sebenarnya aku nak cerita pasal tahap 'ketagihan' aku terhadap minuman berkafein ni. Siapa tak kenal NESCAFE keluaran Nestle tu? Habaq mai. Meh jenguk sini.

Tak perlu lah aku nak terangkan satu-satu tin minuman ni perisa apa lagi dah kan. Semua boleh nampak kan perisa yang tertera atas tin tu. Sebenarnya ada lagi satu perisa iaitu Ipoh White Coffee. Itu pun sedap. Heee.

Aku tahu, ada orang juga yang tak suka minuman berkafein kan. Hidup aku ni lain, memang dari dulu ibu selalu buatkan nescafe untuk sarapan kami sekeluarga. Satu kole tu ibu buat. Memang sedap. Dari gambar kat atas tu kan aku paling suka perisa Mocha yang purple tu. Rasanya lain dari perisa lain la. Yang original tu sama je kalau buat yang kat rumah. Latte punya macam bersusu sangat. Yang Black Roast tu pahit sikit. Tak berapa suka. Pernah try sekali je, lepas tu dah tak nak minum lagi. Tapi walaupun tak sedap sangat habis juga satu tin. Tak nak bagi orang lain habiskan. Haha.

Untuk pengetahuan korang semua, nak bagi tahu ni walaupun ada yang dah tahu bahawa Nescafe ni memang mahal sikit kan? Satu tin tu mahu 2 ringgit. Tiap kali pergi beli topup mesti beli air ni sekali. Kalau kat kedai, RM1.90 je. Kalau kat sekolah yang guna water machine tu RM2. Tapi tak adalah lah tiap-tiap hari aku nak beli air ni kan. Kopak lah duit aku. Boleh muflis. Tapi tiap minggu tu sekali lah aku beli. Heeeee. Banyaknya guna duit mak jeeee. Masuk kedai je, "Buu, nak air". Sedap je kan. Order je keje anak ni.....

Aku nak bagi sedikit info kat korang tentang Kafein ni. Apa itu kafein? 75% kafein yang digunakan datangya dari kopi, sumber kafein yang lain datangnya dari coklat, teh dan minuman bergas. Kafein ni bukannya nutrient, seperti vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh di kelaskan sebagai dadah. Sebenarnya banyak lagi fakta pasal kafein ni. Ada juga kebaikannya, ada juga keburukkannya. Silalah korang-korang semua search dalam google ye.

p/s : Nak minum kafein atau minuman berkopi tu jangan lah selalu atau banyak sangat dalam sehari. Amalkan minum air kosong dalam kehidupan sehari ok. Semua gambar dalam entry kali ini disponsor oleh Mr.Google. Thank you! :)

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...