Friday, January 18, 2013

Air Jarang

Assalamualaikum.

Hai. Curi masa sikit nak update entri kali ni. Sebenarnya banyak lagi kerja sekolah nak kena siapkan. Sejak masuk form 5 ni, buku, homework memang takkan putus. Cikgu asyik dok bagi je homework. Walaupun cikgu sendiri cakap "Saya tahu awak semua banyak kerja, tapi kena pandai masing-masing lah susun jadual siapkan kerja sekolah." Okey tak pa, tinggal satu tahun je lagi. Nanti mesti rindu zaman-zaman homework ni kan. Tehee.



Okay, tahu tak air jarang tu apa? Sebenarnya, air jarang adalah air mineral. Saya orang jawa dan orang jawa call that air was 'air jarang'. Sometimes aku dok pening jugak la akibat memikirkan kenapa orang jawa panggil dia 'jarang'? Mabye sebab tranparent kot. Colourless. Air ni famous kan. Macam-macam nama dia ada. Tapi, orang bandar selalu panggil its air putih/air kosong atau lebih kebandaraan lagi they call its air mineral lah kan. So.....tak kesah la apa korang semua panggil air ni. Yang penting entri kali ni aku nak share ilmu yang aku tahu pasal air mineral ni. Banyak sebenarnya khasiat air mineral ni. Lets go one by one.

Mak aku selalu pesan kat aku pagi-pagi lepas bangun tidur. Bukan bangun tidur siap dah mandi semua. Ni bangun tidur yang air liur basi still melekat kat bibir lagi. Still mamai lagi. Dia pesan,

"Akak, minum air jarang lepas bangun pagi sebelum gosok gigi."

Dengan suara malas aku balas "Hmmmmm...k" *glup* *glup* *glup* Berketul-ketul aku telan.

Nak tahu kenapa kita kena minum air mineral ni setiap pagi? Ok, meh dekat sini sikit. Menurut beberapa kajian yang aku baca dari internet ni, pakar perubatan telah membuktikan bahawa meminum air mineral sebaik sahaja baru bangun tidur pada waktu pagi adalah bagus untuk kesihatan. Pakar perubatan dari Jepun telah buat kajian pada beberapa pesakit. Dan hasilnya mereka sembuh tiada penyakit dah. Tapi minum air mineral pagi pagi ni ada rules sikit. 1) Minum 250-500ml water (2 gelas air suam) sebagai 'stomach cleansing'. 2) Dah lepas minum tu, lepas 30-45 minit baru makan sarapan. Kalau nak dapat badan yang cantik, kulit pun cantik, lagi elok minum air kosong tau!

Attention! Nak ingatkan dekat korang semua yang ambil tak kisah pasal sarapan pagi. Sarapan pagi wajib ambil! Jangan tak ambil. Sebab kita dah berpuasa satu malam semasa kita tidur tu. So, bila bangun pagi, kenelah bagi makan kat perut ni. Supaya metabolisme dalam badan dapat diseimbangkan. Bila perhimpunan kene berdiri lama-lama pun kita dapat bertahan dari pengsan. Korang mesti pernah experience the moment bila kita perhimpunan then ada seorang budak pengsan. Pastu korang "Weh pahal tu? Kenapa dgn budak tu?" Pernah kan? Itu sebab dia tak ambil sarapan pagi. Btw, orang yang tak ambil sarapan pagi, otaknya akan berfungsi seperti orang yang berusia 75 tahun. Begitu hebatnya penangan sarapan pagi tu..

Sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa sarapan pagi tu buat perut dorang sakit. Nanti terasa nak berak la. Eh, kalau nak rasa nak berak tu la yang bagus. Itu tandanya perut kita berfungsi dengan baik. Sebenarnya, tak perlu pun sarapan berat-berat pada waktu pagi. Cukup coco kruch pun boleh. Takpun, bancuh milo panas. Hurmm...sedapnyaaa. Heheeee.

Okey nampak sedap kan gambar ni. Seelok-eloknya makan madu/kismis setiap pagi. Lagi-lagi tahun exam ni. Banyak khasiat madu/kismis ni. Macam kurma juga lah. Kalau nak cerita pasal khasiatnya memang korang bosan nak baca la kan. Haha.

For more information, sila layari Encik Google.com.

Thank you! =)

No comments:

Post a Comment

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...