Wednesday, January 1, 2014

Soulmates Part II

Assalamualaikum.

*entry ni dah update masa 30.12.2013. Baru nak publish sekarang. Buat-buat lah macam haritu baca. Kira halal lah :P *

Bismillahhirrahmannirahim.

Haish. Panjang betul gap antara dua entry. Tapi aku tetap nak kotakan janji untuk mempersembahkan sambungan entry Soulmates ni tau. Siapa yang tak tahu apa yang aku ngomong ni boleh rujuk entry sebelum ni okay. Tekan SINI ! Okay balik tajuk kita balik. Sekarang kita berada di penghujung tahun 2013. Sekejap lagi je tahun 2014 bakal menjemput kita. And I'm turning 18 okay! 18 okay?! You know what, makin tua. Tapi biar usia tua asal berfikiran muda. Ceria sentiasa. Insyaallah.

Kita sambung sesi pengenalan soulmates aku eh. Actually memang banyak soulmate keliling aku. Tapi takkan nak type seorang-seorang. Sampai bila karang. Tak silap nanti uolls yang bosan nak baca. As a blogger, kita kena tarik pembaca untuk baca entry. Kata lain 'pancing' ah. Kang ponet jeh aden menulis takdok sapa bacaq...jangan bash sebab bahasa ngeri den tak betul.. Krik..krik..krik...


Muhd Ridhwan Haziq. The only boy over my flowers. Maknanya, satu-satunya best friend lelaki dikelilingi best friends perempuan yang lain. Hahaha. Aku kenal dia Masa akhir tahun 2010 (form 2). Dia tegur dalam fb. Start dari tu kiterng kenal, rapat. Segala masalah aku share kat dia. Dia pun kalau ada masalah share kat aku. Tiap hari dalam kelas suka buli aku. Suka gila dengan BOLA. Well, boy kan.

Dia type yang nak menang, macam Aisyah. Dia pandai dalam kelas. Aku perasan otak dia laju gila berfikir tapi lelaki selalu sangkut dengan penyakit malas kalau study. Nak nak exam malam tu baru nak study. Sama je macam aku. Tapi selalu aku menang la dalam exam. Hehehehehe. Jangan marah eh. Terima kasih sudi jadi bahu aku bila aku bersedih or ditimpa masalah. Tak lupa juga, kau yang selalu buat aku senyum sampai nampak semua batang gigi aku ni. Thank You!


Awatif Insyirah. Seorang yang kecil molek plus comel. Putih gila macam snow white. Walaupun ada kaki pendek tapi laju bila berlari. Selalu wakil rumah sukan tiap-tiap tahun. Mulut pun tak kurang hebatnya, laju juga bercakap. Mesti ada cerita nak story story kalau lepak. Hahaha. Aku rapat dengan dia masa form 3 tak silap. Kelas 3A sama-sama. Aku jeles sebab dia otak sejarah. Sejarah selalu dapat lagi upper dari aku. Awatif ni pun banyak dengar cerita aku. Bila study, suka sangat tanya soalan math. Kira aku ni macam kaunter pertanyaan math kat kelas. Hahahahaha. Dah berpunya. Tak boleh kacau. :P



Farhana Atiqah. Haa yang sorang ni diibaratkan macam twins awatif la. Berkepit je berdua. Saiz badan pun lebih kurang tapi Farhana tinggi sikit dari Awatif. Mulut pun lebih kurang, banyak story. Aku kenal rapat dengan dia masa dalam kelas 3A. Almaklumlah, aku ketua kelas masa tu, so kenelah rapat bodek-bodek dengan anak buah. Macam perdana menteri turun padang. (tak boleh blah sungguh). Btw, dia ni style semua orang boleh ngam sebab dia peramah sangat. Rajin mulut. Tak macam aku senyap je bila jumpa orang. Membisu macam Gary si siput sembunyi dalam cengkerang. Farhana, aku tahu aku pernah sakitkan hati kau. I'm sorry and I love you! :)

Fitriatul Seha. Sebenarnya malu nak tulis pasal dia sebab kiterng baru kenal dalam 2 years je. Itu pun sebab sama kelas form 4. Masa form 3 tak sama kelas. Tapi, apa yang aku perasan pasal dia ni, dia ni seorang yang adventures. Suka sangat aktiviti lasak. Aku dapat plkn siap nangis tak suka. Tapi dia sedih tak dapat plkn. You see???? Hahahahaha. Selasak-lasak aktiviti yang dia suka tu, sebenarnya hati dia ni lembut macam tahu. Ada benda lagi lembut tak? Bila bab touching mesti dia nangis dulu. Aku paling lambat nak nangis. Dia banyak tolong aku dalam studying terutama dalam chemistry. Omaigad omaigad budak chemis kay. I don't know how her brain work. Add maths pun dia terer. Seha, thank you a lot. Love you! :)

Banyak lagi best friends aku. For kelas 5 SnTulen, 5 SnIkhtisas, Kelas agama 5Sn-Ac, semua juniors, semua friends sama batch. Aku nak minta maaf seandainya diri ku ini pernah melukakan hati-hati kamu semua.

Yang lain jangan berkecil hati sebab iolls tak tulis pasal uolls. Even iolls tak tulis pasal ullos pun, uolls tetap dihati iolls kay? Susahnya nak type iolls/uolls ni. Hahahaha. I'll be miss you olls. Bye.

No comments:

Post a Comment

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...