Saturday, October 31, 2015

Buat Baik Dibalas Baik

Assalamualaikum.

Hai guys. Lama dah tak update. Sebab aku tak da laptop lagi. Sem 2 nanti baru nak betulkan laptop. Heeeeee. Melaka part 2 pun belum tulis lagi. Haihhhhh gikmana ni dong.

Okay actually nak cerita pasal semalam dimana hati aku betul betul tersentuh dengan seorang lecturer ni.

Semalam, aku ke cafe blok kuliah right after kelas sebab nak isi perut dari pagi tak sempat makan. Macam biasa, aku akan ke kedai abang yang jual bakso, nasi ayam black pepper and etc. Kat situ memang top kedai aku selalu pergi. Dek kerana aku sekarang dalam mode saving money, aku beli kuey tiaw sup je. RM 2.50 je.

Aku pun pergilah dengan classmates aku Ain, Anis, Hada, Hana. Dorang semua dah chaw pergi tempat duduk lepas dapat makanan dorang. Tinggal lah aku seorang. Then, ada satu lecturer ni, macam mak mak sangat. Memang rasa aura keibuan dia bila aku dekat dengan dia. Sementara aku tunggu order aku tadi, aku ambil tisu yg ada depan aku. Tinggal 2 keping. Aku macam...

"Hmmm bagi satu keping lah dekat lecturer ni, kesian pulak dia."

So aku pun bagilah.
And tahu apa lecturer tu balas?

"Haaaa makanan adik ni, saya bayar sekali yea" Dia cakap kat abang bakso tu. Dah lah time tu aku or sup bakso so 3 ringgit semuanya. Aku macam "Eh!?? tak pe la madam. Takpe takpe takpe"

"Eh takpe takpe saya belanja"

Aku macam terkelu sekejap sebab lecturer tu baik sangat. Aku just bagi tisu je dia belanja makan.

so moral dia. Buat baik jangan berkira. Buat je baik sepanjang masa. Okay okay. Bye :)

1 comment:

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...