Sunday, June 14, 2020

Skin Journey

Hi Assalamualaikum!

So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, apa yang aku elakkan, aku akan cerita semua. Tapi entry ni akan bersambung yea.

Okay, muka aku breakout start sem 6 aku rasa, maybe masa tu aku stress fyp. Aku fikir banyak, masa tidur aku tunggang-langgang. Aku tak sempat nak jaga muka aku, and i don't know apa yang the best for my skin masa tu. Sampai aku masuk intern pun, still muka aku teruk gila. And you know, as a student pun waktu tu aku takde duit nak beli barang-barang skincare. Barang-barang skincare iz mahal nak mampus. Alhamdullilah, sekarang ada dah duit sikit. hehe

My skin concern: 
Muka aku jenis oily, terutama dekat bahagian T-zone (dahi ke hidung ke dagu). Bila aku pakai makeup, cepat je cair and lagi-lagi bawah matahari lagi lah Ya Allah macam cermin, boleh pantul! and ada tiny bump! geram aku.

JANUARY 2019



Sangat-sangat teruk! Dulu jerawat berketul-ketul, bernanah. Tak tahu la dulu hadap orang macam mana rasa malu dia tu. Aku try macam-macam, bila scroll twitter nampak orang buat thread skin dorang from breakout to clear skin rasa macam nak jugak. Tapi aku percaya semua benda tu perlukan usaha and sabar sebab benda nak cantik ni ambil masa lama, depends pada masing-masing punya reaction. So korang sekarang yang tengah breakout teruk tu aku faham tapi have faith ok.



Yang ini masa aku intern, aku stop ambil cleansing oil. Waktu tu aku pakai Simple Cleansing Oil, aku rasa dia punya tekstur tak ngam dengan kulit aku. Korang kalau nak pakai cleansing oil, jangan main pakai bedal je, korang kena tahu juga yang kulit korang ni sesuai ke tak dengan cleansing oil. Sebab ada sesetengah orang, kulit dia okay je pakai cleansing oil, but for some other people they don't. Aku stop cleansing oil satu muka, aku tukar cleansing oil aku ke Biore Cleansing Oil TAPI... aku hanya guna cleansing oil ni untuk remove mascara degil je. Dekat bahagian mata je. Lagipun Biore punya cleansing oil ni less thicker than Simple cleansing oil.

Pastu ada satu hari tu aku scroll youtube nampak method 'dry cleaning'. Dry cleaning method ni di mana korang:

1) ambil cleanser favorite korang, korang picit kat tangan kering-kering then sapu kan ke muka. Waktu ni muka pun kena kering. Memang rasa kesat kesat sebab tak guna air. At first memang rasa tak selesa sebab yelah kita dah biasa cuci muka, muka basah dulu kan. 
2) pastu lepas dah tonyoh muka tu beberapa saat, ambil air tambah sikit sikit gosok lagi kat muka, ni macam kita nak activatekan cleanser tu.
3) pastu dah puas hati, basuh la muka bersih-bersih. 

Kalau pakai method 'dry cleaning' ni paling kurang pun korang akan ambil masa 60 saat cuci muka which means its good!

Ni aku tengok method dry cleaning dia https://www.youtube.com/watch?v=WvvOnxTkQJk

MARCH 2019



Lepas aku amalkan dry cleaning, kulit muka aku dah bertenang sikit, semua jerawat hidup dah takde, cuma ada redness and parut jerawat but still muka aku kan oily, so memang oily. Korang kena check balik korang punya cara cuci muka, cukup tak 60 seconds. Cuci bersih-bersih. And lepas cuci wajib toner, moisturiser and sunscreen. WAJIB, benda lain serum, essense semua tolak tepi dulu. Buat step basic dulu. Cleanser -> Toner -> Moisturiser -> Sunscreen.

Bulan march sampai Jun 2019 is my healing phase. Jerawat keluar waktu time of the month je, itu pun seketul dua. Tiny bump pun ada lagi. Dalam fasa ni memang tak skip benda wajib. Istikomah je.

JUN 2019
Waktu raya Alhamdullilah dapat raya dengan skin yang elok. Walaupun tak 100% clear tapi syukur la boleh pakai makeup elok je.





Berterusan la sampai sekarang. Alhamdulillah. Untuk skincare aku sambung entry lain ye. Panjang sangat nanti tak best pulak. 

Bye Assalamualaikum. Thank you for reading this post!

Tuesday, May 21, 2019

Review: Focullure Cosmetics

Hai Assalamualaikum! 

Bercakap pasal makeup kan, orang perempuan memang takkan pernah lari dari makeup. Kau cakap kat aku siapa je tak suka makeup. Aku pun dulu waktu sekolah siap berjanji dengan diri sendiri yang takkan terjebak dengan makeup. Tup tup tup sekarang minat kat makeup tu hamboiiiiiiiiiiiii. Biasalah perempuan, takkan lari dengan lumrah nak cantik. :P

So, haritu notification Shopee pop out and bagitahu ada sale. Lagi sekali sebagai seorang perempuan kita macam nak tengok tengok dulu tetibe dah terbeli. Padahal aku dah set tak mahu shopping dah sebab nak save en, tapi sale tu aku rasa sangat berbaloi and aku pun bukan jenis nak spend sangat kat makeup so why not once a year or maybe 2 years. So yeah dah terrrrrbeli.

Okay ini list aku beli. Kau tengok berbaloi kan??? Sunset Palette from RM64 --> RM19.20. And this one from focullure.os and its original (Shopee Mall). Then aku make order on 14/4/19 then sampai office 22/4/19. Aku bajet dalam 15 hari waktu bekerja tapi sampai awal pulak ambil masa 5 hari bekerja je. Kipidap!

Sekali lagi sebagai seorang perempuan yang tak sabar and excited, aku bukak terus kat office tak dan nak tunggu sampai rumah. Yelah beli barang online ni macam hadiah sebab ada orang delivery bagi. Heheehehehehehe. Btw, aku purchase 4 barang je tapi ada free gift lips product tu. Lagi lah aku rasa sangat sangat sangat berbaloi! And aku tengok semua expired 2022. So ngam 2 tahun la pakai. Jangan beli lagi dah Nisa!

1) THE SUNSET 12 SHADE EYESHADOW PALETTE
Front

 Back
INSIDE 

2) NINE COLORS EYESHADOW -01-



3) BLUSH HIGHLIGHT & CONTOUR -02-




3) ULTRA LIGHT BAKED BLUSH -03-



Aku paling paling suka blusher ni. Sebab bila pakai dia ada sekali highlight sikit. So jimat masa, jimat duit. Senang kerja aku. And the Sunset palette pun best! Very pigmented! senang blend arghhh sis suka. If korang nak beli Focallure ni aku recommend sangat sangat. Best and murah. For those beginner, yang makeup jarang jarang sangat or everyday macam no makeup, makeup look gitu haaa boleh la korang try. 

Thank you for reading this entry! :)

p/s: Korang cakap FOCALLURE macam mana? Aku sebut for-color. Betul ke? 

Wednesday, March 6, 2019

Neutrogena Hydro Boost Water Gel Review

Hai Assalamualaikum!

Okay harini aku nak review satu produk dari Neutrogena, Hydro Boost Water Gel. So, basically its a moisturizer and its water-based. Aku baca review lain its claimed that this product can moist our face up to 48 hours. My skin type is oily and acne-prone. So untuk orang berkulit oily, its good to use water-based punya moisturizer. Aku beli and start pakai 4/12/2018.

And this what the product claim:

"Clinically proven to help you achieve the 3 dimensions of healthy skin Hydrated Luminous and Bouncy. Antioxidant olive extract formula repairs skin barriers damaged by the environment purified hyaluronic acid constantly pumps and locks in hydration from within and helps prepare the skin for better moisture absorption."

 Packaging dia sangat classy gitu. Aku beli RM57 on Watsons. Dia sangat light texture dia. 

Ini adalah muka sis on day 1, 



Gross kan? Aku pergi kerja tak makeup pun sebab nak bagi muka breathe. Aku makeup bila keluar weekends sahaja. Before try this Neutrogena Hydro Boost ni, aku ada pakai light moisturizer from Simple, yang botol putih tutup hijau tu. At first pakai memang okay compare to sebelum Simple ni lagi langsung tak pakai moisturizer. Then after dah lama pakai muka jadi lagi oily. Even letak light light je nipis nipis je but still oily and naik bumps. Tak surut pun, so out of nowhere, terdetik nak pakai Hydro Boost ni.

So far aku suka, and now dah dua bulan pakai, tinggal lagi sikit je. Letak sikit dah cukup moisturise dah muka. Tak perlu nak letak banyak banyak. Aku sangat sangat sangat recommend kan pakai, lagi lagi orang kulit berminyak yang minyaknya tak boleh nak bawa bincang. Sama macam aku, kalau tadah muka ni under the sun lagi la minyak gila. Membuak-buak minyak keluar.

And aku dah baca banyak review yang Neutrogena Hydro Boost ni setanding dengan CLINIQUE MOISTURE SURGE ye kawan kawan. Kalau drugstore dia adalah Neutrogena Hydro Boost tapi kalau high-end macam sephora gitu dia adalah Clinique Moisture Surge.


Yang ini ye kawan kawan. Harga RM100. Kalau Neutrogena kurang sikit la dari dia. Tapi kalau anda anda semua mampu apa salahnya ambil yang ini. Yang ini review semua orang kata best. 



Ini adalah kulit aku yang sekarang (26/2/2019). Muka dah buang makeup. Lepas pakai 2 bulan, aku boleh katakan memang kulit aku dalam condition yang better dari 2 bulan yang lepas. Not fully flawless no no no masih jauh lagi. But, its recovering slowly. For sure. Jerawat still ada, lagi lagi masa nak period. Memang akan ada, tak boleh nak lari. 

Yea nak pulihkan muka memang ambil masa lama. Makan bertahun tahun. Kita try and error cari produk lagi. So kunci nya adalah sabar.

Berbalik pada Neutrogena Hydro Boost tadi, kesimpulannya adalah:

Repurchase?
YES! 
Skin type?
Oily, dry, sensitive, normal semua boleh pakai
Harga?
Setimpal dengan produknya
Tahan berapa lama? 
Bagi aku 2 bulan lebih or 3 bulan also can. 

Thanks for reading this entry :) 

Monday, February 18, 2019

TALKS: Be Grateful

Hai Asslamualaikum!

So today aku nak cerita something that happened in my life.

Okay you guys mesti every year, every month, ada set goals masing masing kan. Aku nak cerita yang dulu dulu dulu lagi dah aku set goal nak pakai iPhone 5 masa 2013. Masa ni maybe aku tingkatan. Orang lain semua dah pakai Iphone aku ni still lagi pakai phone Sony Ericsson yang boleh lipat, nak mesej pun kena picit keypad and kawan lain pun dah pakai WhatsApp masa tu, aku sorang je takde ws. 

Bila dorang semua datang tuition borak pasal apa jadi dalam group WhatsApp tu. Aku ni sorang terkebil tak tahu apa dorang borak kan. Then, rezeki aku pakai Iphone 4 masa tu nak masuk matrik. Tahun tu 2014. Haaaa baru merasa nak pakai Iphone. Okay la sis akur sis bersyukur. 

Then aku masuk UiTM masa sem 2 aku tukar pakai Iphone 5 sebab Iphone 4 aku rosak dah. Motherboard problem. Nak tukar ganti baru costly so time tu ada rezeki aku bila kawan aku punya abang nak jual Iphone 5 dia. Dalam 400 dia offer masa tu aku pun lupa. Sem 3, 2016 baru Allah makbulkan aku boleh pakai Iphone 5. Dari 2013 berhajat, Allah tunaikan masa 2016. 

Then, macam biasa la manusia ni tamak tak bersyukur dengan nikmat yang dah ada. Aku pun berhajat pulak nak pakai Iphone 6s color grey masatu. Aku tak sure tahun berapa, yang pasti antara 2016 atau 2017 aku pasang niat nak Iphone 6. Then masa tu roommate aku pakai iPhone 6s color grey pulak tu. Tapi sis akur, phone yang ada masih elok masih okay. And sis juga tiada dana yang kukuh waktu itu. Sis susah, sis bersyukur. 

And then, waktu intern hujung tahun 2018, kawan sis yang roommate sis tu nak jual phone dia. Sis pun onzz walaupun takde duit, sis kawtim hutang dengan dia. Hehehehe. The solid reason yang memang aku nak tukar phone and cari phone baru adalah sebab aku tak tahan dengan memort 16GB ni. Buat apa apa sikit dah penuh, tangkap gambar sikit, record video sikit dah penuh and bila memory hampir full, performance phone juga semakin selow *boleh insert lagu selow kat sini*.

Bukan sis tak bersyukur, tapi dah tiba masa rasanya sis berhijrah ke GB yang lagi besar. Thennnnnnn, 1 Januari 2019. Allah makbulkan lagi hajat sis nak pakai Iphone 6s color grey. Bersyukur sangat. 

So moral of the story is You can to wish nak itu nak ini. Tapi, hanya Allah je yang akan tentukan bila kau akan dapat benda yang kau hajatkan itu. Sometimes Allah akan bagi yang lagi better cuma kita je yang tak sedar. Allah bagi benda yang kita perlu. Bukan benda kita nak yang hanya nak puaskan nafsu je.



We can plan, but Allah is the best planner.

Thanks for reading! :) 

Tuesday, March 27, 2018

Short Escape: Johor Bharu

Assalamualaikum.

Berbekalkan Wifi Mcd MITC, aku gagahkan jugak lah update blog ni so my future self dapat baca balik dapat ingat balik kenangan di Johor. 


Currently I'm in my semester 6 here in UiTM Jasin. Final year ! So excited yet so scared. This gonna be last sem and last moment bersama hosmet hosmet dan kengkawan. So sementara week 1 tak busy sangat, aku pergi ikut hosmet aku sorang ni nama dia Hamiza. She lives in JB. Besides, aku pun tak pernah ke JB so inilah peluang sementara berduit di awal awal sem.



Okay inilah geng hosmet kita ke JB, kiri tu lah Hamiza and kanan tu Amna. 

Okay this journey took around 2 hours. Macam aku balik ke Klang lah. Takdelah lama sangat. Kiteorang bertolak dari Jasin lepas habis kelas. Around zuhur then terus ke rumah Hamiza nak letak barang, rehat, solat sebelum start adventure di Johor. Hohohoho im excited XD

Lepas je rehat, kiteorang terus pergi ke Murtabak Majib Special Cheese no1. Acah acah kudapan petang la ni. Yas cheese dia memang boleh tarik wey. But im not a really fans of cheese so cam beshe beshe jep. Tapi buat siapa yang suka cheese yeah, you can go man. This is for you. 

Besides, harga dia pun affordable and banyak menu. Ada kambing, ayam, daging banyak lagi lah. 


Hah ni address : No. 38 Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru, Johor. 


Then after dah makan, kiteorang decide nak ke Forest City, Iskandar Malaysia! 


Masa otw ke Forest City ni, akan ada guard sambut korang kat tengah highway tau. Jangan terkejut, dorang akan tabik kat kau bila kau lalu. Memang kat Johor ni akan ada banyak guard, kalau dorang tabik ha hapa salah kita tabik balik. ;D


Forest City ni seriously tempat yang sangat sangat sangat sangat cantik. Memang ngam la kiteorang datang petang dengan cahaya matahari yang cantik, view yang cantik, memang cun. Pergi ke sini tak dikenakan apa apa bayaran lah, tapi parking bayar lew. 




Masa kiteorang sampai ni banyak lagi tempat yang tengah dibina sebab Forest City ni besar sebenar nye. Nanti if dah siap semua projek dorang ni mesti lagi cantik! 


Breathtaking view! Kat sini kau tak boleh pun nak berangan cecah air jalan tepi pantai sebab guard akan wisel kau bila kau nak ke tepi sana. cis 






Then after maghrib gitu kiteorang gerak ke bandar Johor nak ke Bazar Karat. Fyi, Forest City terletak kat Gelang Patah dia macam jauh sikit dari bandar. Bazar Karat ni pula start 10 malam ke atas kau susah nak cari parking. Kiteorang sampai dalam 9 lebih pun mensasau gak nak dapat parking. Bazar ni besar, panjang and memang pack dengan manusia manusia. 



Alah macam pasar malam je. Baju, seluar, makanan, minuman, ha semua lah ada kat sini. 


Kat sini jugak, ada lorong lorong yang ada mural cantik cantik. Ada juga banyak cafe cafe hipster korang boleh lepak having chat. Basically dia sama macam Jongker Walk.  

Opsss sis terlupa before kiteorang ke bazar, kiteorang singgah ke Laman Mahkota Istana Bukit Serene. Depan istana Johor beb. Nanti korang boleh la nampak ada guard istana senang diri depan pagar istana. Kesian penat dorang berdiri lama kat situ. Lagi untung kalau korang nampak kerabat raja keluar dari pagar istana. 



Tapi sis tangkap gambar ini je. Tempat dia macam ada lampu lampu untuk orang datang chill chill. Ada waterfall buatan manusia gitu. hok gitu jeh 

Then kiteorang balik sebab penat sangat dah. Tengok apps health dah 9k steps that day berjalan. Fuh! Dalam pukul 11 sampai rumah mija then rehat untuk hari esok lak. 



Hari kedua kita sambung nanti kay. Thank you for reading this ;D 


Tuesday, March 21, 2017

Saturday, October 31, 2015

Buat Baik Dibalas Baik

Assalamualaikum.

Hai guys. Lama dah tak update. Sebab aku tak da laptop lagi. Sem 2 nanti baru nak betulkan laptop. Heeeeee. Melaka part 2 pun belum tulis lagi. Haihhhhh gikmana ni dong.

Okay actually nak cerita pasal semalam dimana hati aku betul betul tersentuh dengan seorang lecturer ni.

Semalam, aku ke cafe blok kuliah right after kelas sebab nak isi perut dari pagi tak sempat makan. Macam biasa, aku akan ke kedai abang yang jual bakso, nasi ayam black pepper and etc. Kat situ memang top kedai aku selalu pergi. Dek kerana aku sekarang dalam mode saving money, aku beli kuey tiaw sup je. RM 2.50 je.

Aku pun pergilah dengan classmates aku Ain, Anis, Hada, Hana. Dorang semua dah chaw pergi tempat duduk lepas dapat makanan dorang. Tinggal lah aku seorang. Then, ada satu lecturer ni, macam mak mak sangat. Memang rasa aura keibuan dia bila aku dekat dengan dia. Sementara aku tunggu order aku tadi, aku ambil tisu yg ada depan aku. Tinggal 2 keping. Aku macam...

"Hmmm bagi satu keping lah dekat lecturer ni, kesian pulak dia."

So aku pun bagilah.
And tahu apa lecturer tu balas?

"Haaaa makanan adik ni, saya bayar sekali yea" Dia cakap kat abang bakso tu. Dah lah time tu aku or sup bakso so 3 ringgit semuanya. Aku macam "Eh!?? tak pe la madam. Takpe takpe takpe"

"Eh takpe takpe saya belanja"

Aku macam terkelu sekejap sebab lecturer tu baik sangat. Aku just bagi tisu je dia belanja makan.

so moral dia. Buat baik jangan berkira. Buat je baik sepanjang masa. Okay okay. Bye :)

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...