Friday, November 29, 2013

Soulmates

Assalamualaikum.



Hai. Malam ni aku berhajat nak tulis pasal kawans rapat aku. See, ada 's' plural k. So maknanya kawan yang aku nak cerita ni lebih dari seorang. Yelah, sekejap lagi aku dah nak kena tinggalkan sekolah. I can't believe that I'm growing up. Aku nak selama-lamanya budak kecil. I wish...

So, bersempena aku nak tinggalkan sekolah ni, aku nak cerita lah pasal kawan-kawan aku memandangkan aku tak pernah cerita sebelum ni kan. Nanti lepas ni tak tahu hala tuju masing-masing. Entah contact ke tak kan, jumpa lagi ke tak kan. Baik aku cerita sekarang. Nanti bila dah besar (sekarang tak besar lagi) boleh rewind balik from this entry kan. So why not? Jom layan.

Aku kat sekolah rapat dengan budak kelas depan je. (girls la). Before this, since aku tadika sampai sekarang aku asyik dapat duduk kelas pertama je. Nak kata pandai takde lah sangat. Memang tak pernah pindah kelas walaupan kelas kedua. Mahupun sekolah agama atau pun kebangsaan atau pun menengah sekarang ni. So kawan-kawan yang aku jumpa dari kecil memang kawan-kawan hadap buku. Sebab tu aku kekok bila berbual-bual dengan orang yang tak sehaluan dengan aku. Hahaha. Aku tak mesra alam kalau kau betul kenal aku. Kalau best friends aku tak datang sekolah, aku lagi prefer jalan sorang-sorang kehulur-kehilir. Entah, aku selesa macam tu. Sad life.

Kawan dunia akhirat saya.

Nur Bahirah. Ini kawan paling paling paling paling rapat aku. Since tadika (time zaman gigi rongak lagi). Masa tadika kawan, pastu masuk sekolah rendah darjah 1 aku melupakan dia. Sebab dia kelas kedua kot. Aku tak ingat sangat. Pastu kawan kawan macam tu sebab masa sekolah rendah aku ada aina (hai aina! if you still remeber me). Aina memang top masa sekolah rendah dulu. Nombo satu dalam kelas je mesti dia pegang. Pastu masuk sekolah menengah aku jumpa balik dengan Bahirah ni.

Bahirah ni ada kembar real tak tipu. Perangai dua-dua memang beza. Bahirah ni jenis garang sikit. Dia main lepas je apa dia cakap. Dia ketua pengawas sekolah tahu tak. Sebab tu mahu garang. Dia ni selalu betulkan kesalahan aku. Selalu bagi aku semangat, push up aku, pastu aku selalu nak lawan markah dia tapi tak dapat. Dia memang rajin rajin rajin gila berusaha. Dia akan pastikan apa yang dia nak dapat. Macam add maths. Dia rajin buat latihan sebab tu lulus. Tak macam aku. Hampa bila sebut pasal add maths.

Nur Aisyah. Yang ni lah kembarnya. Ni akak tadi adik. Beza berapa minit tah, 2 minit kot. Hahaha. Kawan sendiri pun tak ingat. Aisyah ni pula seorang yang sangat-sangat sweet. Dia suka benda-benda cute, yang cool dan ohsem. Dia ni adventures. Bila sehari kat rumah tak buat apa-apa dia akan gelabah cakap boring. Dia mesti ada benda yang dia nak buat nak try. Aisyah ni pun tak kurang hebatnya bila bercakap. Cakap lepas juga macam kembar ye. Hahaha. At least dorang ni jujur dengan aku.

Kembar ni dua-dua aktif kat sekolah. Kekadang aku pelik, stay kat sekolah sampai petang dengan dorang tapi dorang tak penat-penat. Aku je yang macam sotong bila dah penat. Mungkin sebab dorang ni terlebih gula asyik makan gula-gula je... Tu yang hyperactive. Tapi memang seronok dapat kenal korang weh. Almost 11 years with you guys. I love you. 

Siti Azilah. Yang ni aku kenal dia dekat sekolah agama. Sekolah kebangsaan tak sama. Aku mula perasan dia dari darjah 5. Siot guna ayat 'perasan' kau fikir dia semut? hahaha. Darjah 5 aku sama kelas dengan dia. Sebab dia ni pendatang baru yang asyik nak fight markah agama aku je sebab tu aku perasan. Dia dulu dengan aku mesti top 5 dalam kelas. Tapi aku selalu menang la. :P Sebab aku ni kuat hafal. Senang hafal fact. You know what, mak dia dulu pun selalu nak fight mak aku kat sekolah. Mak dia pernah cerita kat aku. Tapi mak aku asyik menang je. Hehehe.

Azilah ni seorang yang awesome. Dia jenis cool yang tak kesah apa orang cakap. Dia ada dia punya cara sendiri. She genius too. Pandai lukis. Minat gila dengan anime, dunia jepun. Sama juga macam kembar. Aku suka korea je, jepun tak sangat. Kalau tak ada dia masa form 1, mesti aku ni dah teruk. Dia lah yang ajar aku macam-macam. Tak kedekut. Otak dia jenis macam aku, tak cerewet. Tapi aku jenis yang membosankan. Hahahaha.

Banyak lagi kawan aku nak cerita. Tapi rasa macam entry ni dah panjang, nanti korang malas nak baca. Nanti aku buat part 2. Promise! Actually, aku nak cerita lebar lagi pasal tiga kawan baik aku kat atas tu. Tapi itu biarlah aku seorang je yang tahu. Aku just nak kongsi ni je. Tak salah kan...

Terimalah hadiah dari saya sebab sudi baca entry ni. Meet poney ride time karnival sekolah. First time naik. Buat orang yang tak tahu, poney ride ni lebih kecil sedikit dari kuda. Naik ni pun aku dah rasa macam oh my god tinggi gila. Tengok mata poney tu, macam menangis kan. Yelah whole day dia angkat orang naik. Nasib aku ringan. :p

p/s : Minta maaf kalau aku buat silap kat korang (kembar dan azi) Love you guys. Thank you for everything.

1 comment:

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...