Thursday, May 23, 2013

Freedom. But not so free.

Assalamualaikum!

Hai. Sedih betul aku tengok entry blog aku ni. Setiap satu bulan 1 2 entry je aku update. Sadis. Well, uolls semua tahukan yang tahun ni aku ada exam terbesar dalam hidup aku. S.P.M. Ni baru ada masa nak update. Sebenarnya happy sikit hari ni memandangkan aku dah habis mid exam dan bercuti sempena cuti sem 1 selama 17 hari mulai hari ini. Yehuuuuuu! Tapi tetap ada kelas tambahan (sound background sedih). Even budak sains habis lambat, tapi kami betul-betul merasa nikmat habis exam dan terus bercuti tau. :p

Inilah rewards setelah sebulan berhempas pulas membanting tenaga, mengagahkan diri daripada tidak menangis melihat soalan-soalan yang susah. Struggle gila exam mid kali ni. Alah takyah gebanglah, memang exam mid tiap-tiap tahun susah sebab dia ikut format spm kan. Aku ni pula tak berapa nak biasa lagi dengan format spm. Tiap kali nak exam kena rujuk balik buku past year. Tengok balik bentuk soalan macam mana dia nak tanya. Dan alhamdullilah tadi aku baru selesai jawab paper 3 for fizik and kimia. Fizik boleh lah lagi sebab cikgu dah bagi hint apa masuk. Kimia yang macam !@#$%^&*.......

Yelah, cikgu just cakap 'exp. rate of reaction' (kimia). Dah la dalam tajuk tu ada lima experiment. Subs topic such as size and surface area, concentration, pressure, temperature dan catalyst. Eh betul ke? Kang buat malu je bagi facts salah. Hahaha. Takpa! Yang penting benda tu ada lima, tapi yang akan ditanya satu je dalam soalan. Aku punya gagah hafal pasal concentration kuat-kuat kat kelas last last keluar temperature. Gila tak gila. Inilah padahnya study last minit kan. Memang padan muka lah. Memang aku buat experiment sendirilah. Dah dia suruh design experimentkan. Hihihi. Aku tak tahulah result macam mana yang nak keluar nanti.

Dalam masa yang sama, aku sebenarnya rasa teruja memandangkan 28 Mei nanti hari jadi aku. (ingin bagitau semua orang supaya orang bagi hadiah) Hehehehe. Terfikir-fikir apalah kawan aku nak bagi? Berapa hadiah yang aku dapat nanti? Siapa je yang ingat kat aku ni? Siapa yang wish paling awal? Memang exited! Dah, jangan dok heboh sangat. Silap haribulan nanti aku sendiri lupa yang harijadi aku haritu. Ngehngehngeh. Memalukan sungguh kalau lupa harijadi sendiri. Sebab tak sedar diri lagi yang tuan punya badan semakin meningkat tua. (^_^)

Gambar budak sekolah yang malas nak study. Tapi dah tua still tak sedar diri. Hehe. Bye! iolls nak siap pergi tuisyen pukul 8 karang. Malam ni math, Cikgu Halim ajar. Memang kena datang awal chop tempat paling depan plus depan aircon! Assalamualaikum! :) 

Jom sama-sama counting harijadi saya! 
*counting* 

No comments:

Post a Comment

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...