Wednesday, May 29, 2013

My 17th Birthday Part I

Assalamualaikum!

Hari Selasa. (28.05.2013)
SMK Taman Klang Utama
8.30 pagi. (alah lebih kuranglah)

*masuk kelas math (kelas tambahan)*

"Happy Birthday To You....Happy Birthday To You....Happy Birthday To Hanisah Yahaya...Happy Birthday To Youuuuuuuu........" 


Itulah permulaan harijadi aku haritu. Sweet kan satu kelas nyanyi lagu hepy beday kat aku. Terharu iolls tau. Sebenarnya memang aku pernah teringin dan pernah juga berkata "Kan best kalau harijadi aku time sekolah". Memandangkan harijadi aku jatuh pada tanggal 28 Mei, time tulah waktu cuti semester. So, aku memang tak pernah sambut kat sekolah. Dan alhamdullilah Allah dengar permintaan aku kan. Tahun ni tahun last sekolah. Kebetulan masa hari tu aku datang lewat kelas tambahan tu. So, semua orang memang dah ready nak wish aku. Betul ke? I guess. Dan aku terkejut masa dengar satu kelas wish. Aku just senyum selebar-lebarnya sebab tak tau nak buat apa. Hahahaha. Kang kalau aku berlakon gembira gila. Over pula kot..... Btw, Thank You <3

SIAPA ORANG FIRST WISH? 

Yang ni aku tak perlu bagitau la kan. Mesti korang semua dah tahu. Family aku lah wish paling awal. Kemudian Muhd Ridhwan Haziq, Aina Sofea (kawan lama yang best gila) dan Pak Itam (pacik kat perak). Aina ni sebenarnya kawan sekolah rendah dulu. Waktu zaman batu seremban dulu. Dia ni pandai tau. Setiap kali exam mesti dia dapat nombo first! Memang tak boleh tanding. Waktu UPSR dia dapat 5A dan Mumtaz for SRA. Dia dapat masuk sekolah sains. Aku dah lupa kat mana. Sorry Aina. Apalah kawan baik sendiri pun boleh lupa kan. Sebab dah lama tak contact kan. Dia mesti ingat harijadi aku. Aku je ni yang macam apa. Actually, aku ingat. Tapi tak tau nak wish dia macam mana. Yelah, dia kan duduk asrama mana ada masa pegang phone etc. So sorry Aina. =) 

Dalam wish dia tu, dia ada tulis "Jom sama-sama dapat straight A+" Auwwww. Sweet sangat! ;) 

HADIAH? 

Malu sebenarnya nak cakap pasal hadiah. Sebab aku tak dapat banyak hadiah. HAHAHAHAHAHA. K iSedih. Kesiannya. Tapi takpa. Hadiah tak berapa penting. Yang penting orang ingat kat kita dan doakan kita. Itu dah cukup. (tarik nafas tanak nanes). Family aku belanja makan KFC memandangkan aku asyik dok membebel dah lama tak makan kfc la, dah lama tak makan itulah, inilah. Aku ni nafsu keinginan dalam merasai atau memiliki sesuatu benda memang tinggi. Tapi bila dah rasa, aku makan ciput je. Bila dah dapat sesuatu perangai aku jadi macam hangat-hangat taik ayam you know. Masa dapat bagai menatang minyak yang penuh. Dah lepas 2 3 bulan, dah tak pandang dah. Hehehehe. Kembar dengan mak dia pula bagi Chocolate Cadbury Black Forest kegemaranku. Onomnomnomnom. Makcik aku pula tanya "Bila kau free? Acik nak belanja makan. Sekali dengan birthday nabil(anak dia)" Makan lagi!!! This is what we call R.E.Z.E.K.I. Alhamdullilah. 

Dalam entry kali ini tak ada gambar sangat sebab tak tangkap gambar pun. Koleksi gambar aku dalam folder banyak ah tapi kang kalau asyik upload gambar sendiri je nanti uolls lari. Bosan tengok gambar aku. Hehehe.  

p/s : Dan friends dalam facebook pun banyak wish. Aku tak balas pun. Sorry internet rumah tengah problem. Terima kasih kerana memenuhkan notifications pada hari istimewa saya. Hehehe. 

Bye uolls. Assalamualaikum. Pahal gambar tak boleh budak-budak lagi ke? Well. I'm 17 yaww! ;p 

2 comments:

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...