Sunday, July 21, 2013

Rutin harian saya. Anda?

Assalamualaikum.

Hai. Firstly, sebenarnya dah lambat nak ucap selamat berpuasa. Tapi! Nak ucap juga kat korang. Heheheh. SELAMAT BERPUASA!! Sekejap je dah seminggu lebih puasa. Trial pula lepas raya. *Takut* Ah, itu lain cter ah. Bak kata Cikgu Leong "Alaa, lambat lagi. Boleh honeymoon lagi." Banyaklah honeymoon. *rolling eyes*

Lama tak update blog ni. Macam mana nak update? Setiap hari balik dari sekolah je dah pukul 4 lebih cenggitu. Padat schedule aku sejak kebelakangan ni. Nak tahu tak? Tetiba aku rajin pula nak cerita kat orang. Meh sini. Jadual aku sepanjang Isnin hingga Jumaat :

5.00- 5.30 pagi - Sahur. Makan nasi tanak makan benda ringan-ringan. Nanti dah sampai petang jadi lembik sebab tak makan nasi.

5.30-6.15 pagi - Rehatkan diri setelah kenyang. Such as online, tengok tv. Mak membebel suruh study waktu macam ni. Tapi aku tanak. Takda feel study pepagi sangat. Aku tak biasa tidur balik lepas dah bangun tidur. Nanti bangun pening-pening. Tak suka.

6.15-6.45 pagi - Siapkan diri nak pergi sekolah. Solat subuh.

6.45-7.20 pagi - Tunggu bas. Nasib ah dapat bas ke tak, kalau tak dapat or terlewat, bapa aku hantarkan.

7.25-1.00 tengah hari - Sekolah (belajar, belajar dan belajar)

1.00-2.00 tengah hari - Aku stay kat sekolah sensorang sebab kawan aku selalunya balik rumah dulu. Yelah, rumah aku kan jauh dorang dekat je. Kang kalau aku balik rumah buang masa je sebab masa buang kat jalan. Nanti pukul 2 nak datang balik. (Kang mengada-ngada nanti nak suruh ibu hantarkan pergi sekolah. Kesian ibu.) Selalunya aku lepak kat library buat revision sikit kalau malas aku tidur. Selain library, aku akan lepak kat surau. Sebab kat surau boleh baring tidur sambil tunggu masuk waktu zohor kan. Baru masyukkkk! Segar. Dah lepas tidur aku solat.

2.00-4.00 petang - Kelas tambahan (kekadang cikgu habis awal, kekadang tak) depends la cikgu tu nak buat sampai pukul berapa. Aku on je.

4.00-5.00 petang - Balik tunggu bas. Kalau bas datang awal, aku balik cepatlah. Kalau lambat mahu 15 minit tunggu. Lagi kalau dapat driver bas yang pandu macam siput. Memang masa aku habis kat jalan jeeeee.

(Kalau Selasa)  5.00-6.30 petang - Tuisyen chemistry.

(Selain hari Selasa) 5.00-7.30 malam - Solat asar. Nak tidur dah tak boleh! Dah petang. :( Waktu ni aku rehat. Main kucing sekejap, tengok tv sekejap, online sekejap. Lepas tu kalau aku rajin, aku tolong mak masak untuk berbuka. Dah tolong mak, mandi.

7.30-8.00 malam - Berbuka dengan family tercinta.

(Kalau malam hari rabu, khamis, jumaat) 8.00-8.15 malam - Solat maghrib lebih kurang 7 minit. Ambil tudung syria 10 ringgit aku terus sarung and terus ride pergi tuisyen. Malas dah nak gosok tudung.

(Kalau malam hari rabu, khamis, jumaat) 8.15-9.50 malam - Rabu physics, khamis mathematics, jumaat add maths. Mata dah layu, tahan.....tahan.....tahan.... Sebab tu selalunya aku akan pergi kedai dulu sebab nak beli air nescafe mocha tu. Biar bagi jangan ngantuk. Lagipun memang sedap! Favourite aku! Bila hati happy, bolehlah belajar dengan tenang. :D

(Kalau malam hari rabu, khamis, jumaat) 9.50-10.00 malam - Abah ambil. Balik. Kalau abah ajak makan, aku join je. sampai pukul 11 baru balik rumah. Kalau tak, terus balik rumah jelaa.

(Kalau malam hari rabu, khamis, jumaat) 10.00-10.30 malam - Borak-borak dengan family, solat isyak, susun buku, basuh kaki, ready for bedtime.

(Kalau tak ada tuisyen) 8.00-10.30 malam - Aku buat apa aku suka. Tengok tv, kekadang siapkan homework. Sambung makan. Susun buku. Ready for bedtime.

10.30-10.40 malam - Gayut kejap.

10.40-5.00 pagi - Tidur.

Memang penat weh. Tapi aku kena kuatkan diri juga sebab dah final year kan. Ikutkan jelah. Kena pulak semalam (hari sabtu) ada sekolah ganti. Aku bangunkan jugak tulang empat kerat aku ni untuk pergi ke sekolah sebab semangat pula aku nak belajar chemistry dengan physics. Tapi, disebabkan sikit orang je datang. Kelas gabung. Err. Rosak program aku. Last-last belajar agama untuk sebelum rehat dan selepas rehat belajar bm. Tapi syukur lah dapat buat ulangkaji untuk dua subjek teras ni. Kalau aku duduk rumah satu benda pun aku tak dapat weh.

Semalam otot-otot aku semua sakit . Perlukan rehat. Malam tadi dapat tidur okeylah. Aku dapat recharge my energy back! Otot aku paling sakit dekat bahagian tengkuk. Sampai aku tertidur waktu bm semalam. Balik sekolah pukul 1 pun aku sambung tidur.

Sampai aku mengada-ngada cakap kat mak aku macam ni :

"Ibu! Kita rasa kita kena minum minuman kesihatan+kecantikkan tulah. Asyik lembik je badan kita ni. (minta belikan)"

Ibu balas 
"Tula, kau asyik beli air nescafe je. Lagi baik kau beli air kacip fatimah tu ke redbull ke" 

Ada ke aku nak minum air kacip fatimah? Maksud aku air kesihatan tu yang berlambak kat online sekarang ni. Yang macam air kesihatan Diana Amir tu keeeeee...... Hehehehehhehehehe.

Bye. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog ini. :) 

p/s : Kalau sabtu ahad. Aku tak ada jadual. Aku ikut sedap aku je aku nak buat apa. 

No comments:

Post a Comment

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...