Wednesday, August 26, 2015

MELAKA Trip gegurls!!!

Assalamualaikum.

Dikesempatan ini, sempat lah curi masa sikit sikit lepas balik kerja. Tonight, i wanna to talk about our Melaka trip on 22 and 23th August '15. We planned this trip one month before we go. Mestilah kena plan awal-awal takut tak sempat. And cari member member yang free that day. And alhamdullilah. Everything run smoothly.

Kami pergi berlima. Dorang ni kawan matrik aku dulu. So we plan to meet before masing masing degree. Oh yaa! Iolls dapat sambung degree dekat Uitm Jasin, Melaka. Doakan iolls tau korang. About that I'll tell later. Back to topic, dalam berlima ni best friend I ikut sekali. =)

22nd August '15 (day 1)

We planned pukul 8 dah gerak ke ktm, but Allah tak mengizinkan so delay about one hour and half. First i fetch Bahirah dekat rumah dia and then pergi ke Klang untuk pick up Zati after that baru stop Ktm Klang. Around 9.52 am naik train and tukar train untuk ke Bandar Tasik Selatan punya station sebab Syirah (our driver), tunggu kat sana dengan Hajar (she from putra). After dalam train about 1 jam lebih, kami dapat berjumpa! Dengar macam complicated je our start journey ni. Hahahahaha. Act, not at all! Sebab duduk dalam train je.

Dalam 11.32 kitaorg bertolak. Syira jadi supir si driver and Hajar jadi co-pilot. Act, hajar besar so dia kena duduk depan. Hehehehehehehe. sorry Hajar, kita gurau gurau tapi kita brosis. Senyum sikit. ;p

Hajar ni, i kenal dia tak lama. Sebab i masuk je matrik seminggu dia blah dah keluar ke UM. She like a 'talk machine' which is cakap takda NOKTAH! Ceria, and tak membosankan. Those people yang tak tahan dengan dia punya cakap memang dah lama bla. Tapi seronok apa ada one of friends yang macam gini. Barulah fun! Honestly Hajar. :D

Ini dia Hajar, she from Terengganu tapi bila bercakap dah takda slang tereng pun. Good luck Hajar in your life. (dah kenapa gambar pembukaan letak gambar kau)

Dalam 2 jam setengah sampai ke hotel. Rasa macam lama kan? Mesti korang ekeleh Kl-Melaka 1 jam setengah dah sampai kalau highway smooth. Tapi kiterng ikut Waze yang selalu bagi jalan panjang nak elak jam untuk sampai ke hotel. Nasib jumpa Hotel. Btw, terima kasih Waze!

Pukul 2 sampai! Tadaaaaaaaaaaaa. After all the argument, kitaorg decide pilih Junior Suite.

Kitaorg kan berlima so cantumkan katil. Dapat katil King of the King untuk segala type katil. Hahahahaha.....................................

Dalam bilik rehat sekejap luruskan badan, solat jamakkan terus, touch up then perut pun bunyi krik krok kriuk....

So Hajar tanya kawan dia tempat apa best untuk ktrng makan, "Asam pedas CLAYPOT!"

Kedai ni terletak kat Jalan Laksamana. Dekat dengan perumahan. Dan ini kedai no 2, kedai no 1 ada berhadapan seberang jalan daripada kedai ni. Kedai no 2 ni buka waktu siang sahaja manakala kedai no 1 buka waktu malam. (kenapa baku sangat) so dont worry kalau pergi melaka tak dapat rasa asam pedas. ok?

Ini set nasi pari. RM9.00 sahaja which is worth it setimpal dengan rasa dan banyak. Plus telur masin + sayur + belacan. High recommended for u guys yang nak rasa or suka asam pedas! *thumbsup  Aku pun tak suka sangat asam pedas sebab pari hanyir tapi ini tak! Tapi ini suka sebab langsung tak hanyir! serious. nampak tak muka serious (-_-)  Alah menyibuk je otak otak inter-frame.

Lepas makan kenyang kenyang kita exercise berjalan di Klebang. Tak pergi pantai, ktrng g padang pasir je. Haaaa dari kiri Hajar, aku, Syir, Zati and Bahirah. Boleh buat hashtag #5FriendsinMelacca. #CuticutiMalaysia #MalaysiaApaKurangnya #kaudahkenapanakbacahashtagtakbersengkang #akunaktulispuntakbiasa Lol

*insert caption* 

Ini perjalanan sebelum ke padang pasir. Panjang wa cakap lu. Siapa yang tak suka benda benda naik bukit workout so on. Kita tak geng, hahahahahaha. Sebab aku suka benda extreme. 

Kita bagi can dorang masuk muka dalam blog aku. HAHAHAHAHAHA

Kita tengok keindahan Allah pun dapat pahala. Ni apa point? Siapa yg indah dalam gambar ni? lalalalalalala do you need me? do you think i'm pretty?.......... sambung lirik ni.

Dalam 6 setengah kiterng nak bergerak balik ke Bandar. And on the time we back to our car, nampak la ramai anak anak muda baru terhegeh hegeh nak ke Klebang. Memang lah nak tengok keindahan Allah, nak tengok sunset time maghrib. Tapi solat jangan lupa. Reminder for myself tho. Mak selalu pesan "maghrib balik weh banyak setan kat luar"  #TarbiahSentapSikit

Lepas ke Klebang kami isi minyak then jalan kat pasar malam sebab kasut Polo Hajar dah terbuka macam buaya ternganga. Pasar takde gambar sorry ;'( 

Apa ni Ferris wheel? Apa ni ada air? ktrng naik cruise! Seriously sangat sangat berbaloi naik cruise malam malam instead of in the day. Harga on Friday-Sunday = RM15.90. Hari lain RM10.60 (if tak silap). About 45 minutes dalam bot. Aku duduk sit depan sekali, then ada bot berlawan arah berselisih menghasilkan waves which is terpercik percik kat muka i. Bau ikan haruan dah. Adalah air tu macam feeling feeling spray mist kat muka aku. Geli tapi balik mandi takpa. 

Balik ke hotel around 11 lebih. Mandi gilir gilir , solat jamak lagi sekali. Around 1 am tidur. Sampai hujan pun aku tak perasan. Dia punya penat kalah orang drive. 

day 2 kita sambung lain entry. 

Assalamualaikum. 

for latest update about me, you can go here. 




Friday, November 21, 2014

Rindu blog ini.

Assalamualaikum!

Its been too long gap between this entry and the previous one. Hmm iSad here because I swear this year is my super busy year ever! 

Early in this year, I started working as a partime (promoter handbag) for 3 months. It was my first experince dalam bekerja. And now i realized than cari duit is not easy as korek hidung. But sometimes korek hidung tu susah gak! Hahaha. You kene wake up early, no golek golek 30 minutes atas your bed. And siap cepat gi kerja because nak punch card awal nanti dapat extra satu jam overtime. Heeheheheheheheheheheh...

And after 3 months, I cuti a week then move to Port Dickson sebab PLKN for another 3 months (well actually 2 months sebab nak masuk form 6). You know what, at first memang kau rasa nak balik. Meleleh je tengok family kau tinggal kau kat kem for a long duration. Then, jangan risau sebab PLKN akan menjanjikan kau kenangan yang paling berharga sebab tak semua orang dapat. Kau dapat elaun, kau dapat makan free, kau dapat main, kau dapat new experiences for free! And the best is kau dapat kawan around the Malaysia! Fuuuuuuuuuu. Memang best.

After PLKN, I cuti 2 weeks siapkan semua dokumen untuk form 6. But after that, I dapat tawaran study kat Kolej Matrikulasi Selangor! For second intake, even second, I tetap bersyukur sangat sangat. So goodbye form 6!!!! 

This is it! Siapa sangka rezeki aku kesini. Alhamdullilah. Itulah orang kata tuah ayam nampak kat kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kehkehkehkeh

My second sweet home. Sweet angatttttttttttttttttttt........... (Krik krik krik) 

And for now, i dah habis semester 1. Alhamdullilah. Jangan tanya belajar susah ke tak. Sebab belajar memang susah yang penting usaha dan rezeki. Just follow the flow and keep survive! Lagi lagi dalam matrik everything was too fast macam kau buat practice listening dalam muet. You listen to the conversation, at the same time trying to jot down the answer and suddenly the conversation ended. And you're like what the.... Dah habis. Oh btw, I dah sit on MUET. It freaking not awesome. Hahahaha. But, new experinces jugak la for me. 

And, my classmates are totally awesome!!! They were so sporting and supportive too. Even i budak second intake dorang layan aku baik sangat. We trying to figure out something together, solve it and nailed it. Classmates i ada 22 peoples included me. Love you guys! And let's rock out the second semester! 




Also my lovely roommates!
Zana, nabilah, pavithra. I love you guys! ❤️

p/s : sorry gambar guna camera phone. Actually, gambar classmates tak cukup 22 orang tu. 

for latest update about me, you can go here. 


Thanks! ;) 

Thursday, June 5, 2014

Hidup Di PLKN.

Hai. Assalamualaikum.

Dah lama tak update. Almaklumlah, orang ni baru balik dari plkn. Setelah hampir 2 bulan duduk jauh di Negeri Sembilan, jauh dari internet, jauh dari parents telah banyak yang aku pelajari. Ceh ayat tak payah nak baku sangat lah. 

Okaylah, sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan kat uolls semua. Tapi don't know where to start. Hmmmmm, macam ni lah, 

-----------------------------------------------

DAY 1 (6 April 2014) 

Pukul 9 pagi aku dah berada di Stadium Shah Alam. Tempat berkumpul budak-budak plkn. Pergi lapor diri, setelah itu, dapat bas mana yang aku kena duduk. K, waktu nak berlepas tu tahan air mata je lambai parent dari jauh. Dah rasa saat berjauhan. Tapi tak nangis. Waa gentle, nangis dalam hati. Tak tunjuk. Hahahahahaha. 

Dah duduk dalam bas hampir 2 jam, tibalah aku ke Kem PLKN Pds Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. That moment memang rasa teruja. Tapi bila turun je bas, dah kena saiko dengan jurulatih yang pegang jawatan sebagai 'cikgu displin' a.k.a 'rimau kem pds resort'. Memperkenalkan.......

Cik Azlan, tapi budak-budak panggil Cik Lan. Dia ni lah yang part denda-denda dia pegang. Semua kira macam takutlah dengan dia. Tapi actually dia baik cuma dia menjalankan tugas dia je. FYI, trademark dia lompat lalat 5 juta tu sebenarnya denda untuk kiterng. Dia macam lompat bintang. Habis nyah kawan aku semput dibuatnya. Haahahaha.

Time kena saiko tu, aku dapat kertas colour pink. Kat sini kiterng dari Shah Alam mula dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Aplha, Bravo, Charlie dan Delta. Kertas colour pink untuk Alpha, biru untuk Bravo, kuning untuk Charlie, dan hijau untuk Delta. Which is aku dalam group Alpha!!! Group paling gempak, paling ramai seramai 77 orang included lelaki, tepuk sorak group paling meletop dan group paling lambat tiap kali berbaris. Hahahahaahhaa. Sampai semua jurulatih dah fed up dengan Alpha. Tapi weoulls dah kumpul 5 emas k. (Group paling banyak emas). Well done Alpha, atau nama lainnya, ARMADA! :D

Okay, lepas dah kena saiko, aku kena melapor di kem pula, bagi number account bank untuk duit elaun which is RM150 je sebulan. JE! Sikit. Then, kena buat medical checkup. Alhamdullilah sihat. Check berat tinggi and disini aku nak mention bahawa BMI aku dah normal! Yeah, dulu aku mengalami kekurangan berat badan. Kena tolak angin pun melayang. Which iolls iz sad. But now, dah normal wokayyyyy. :p

Lepas dah settle apa kejadah tu, kena check beg pula. Korang nak tahu, gunting aku sebesar tapak tangan mata tumpul pun dia nak rampas. K fine la nak rampas boleh beli lagi. Dah lepas check beg, aku ditempatkan ke dorm pula, aku dapat dorm yang diberi nama PORT DICKSON. Dalam port dickson tu, terbahagi kepada 3 dorm yang boleh muat 12 orang limit. Which is, PD1, PD2, and PD3. Aku dapat dorm PD2! On the way ke dorm, aku dapat kenal Najihah Izaty, Saidatul Saiun dan Sepna Atiqa Sari. 3 orang ni dari Selangor dekat je rumah. Dorang pun dapat dorm PD. yeahhhhhh

Dah letak beg dalam dorm kena turun ke logistik untuk ambil pakaian yang di beri oleh pihak JLKN. Dapat lah shopping baju loreng, baju korporat, baju sukan. Excited nyah dapat baju baru semua ni bagai. Hahahaahhahaha. Yang penting free.

Hmmmmmmm aku rasa macam tu je perjalanan hari pertama aku kat kem. Bestlah dapat kenal kawan baru. Dapat merasa duduk dorm, dapat merasa mandi ramai-ramai, dapat merasa kena denda, dapat merasa kena jemur tiap hari. 

Okay, ini BUDDYZ. 9 orang. Aku, ina, sai, zura, mira, ili, jiha, sepna, dan rini. 24 jam berkepit, pergi kelas, makan, mandi, tidur, lepak, main. Semua otak 3 suku. Masuk air, tak pernah aku ada kawan macam korang weh. 

Next time iolls update pasal Buddyz pula. Wait okay! Bye! Assalamualaikum. 



Wednesday, February 19, 2014

Life update earlier in 2014.

Hai, Assalamualaikum.

Rindu nak berblog macam dulu. Rindu nak sekolah, rindu nak buat homework, rindu nak jumpa semua kawan, rindu nak belajar, rindu nak struggle bila exam, rindu cikgu, rindu semua yang ada kat sekolah, even orang cleaner. Motif?

~~ andai dapat, ku ku undurkan putaran dunia~~ dah kenapa AXL's keluar. Ahh! Rindu!

_______________________________________________

Sekarang, aku kerja at Parkson. Dan sekarang juga, aku baru tahu nak cari duit bukanlah perkara yang mudah! Not easy as you think. Kalau selama ni aku asyik keluarkan duit mak bapa macam air, dan sekarang baru kau sedar nisa duit itu amat susah dicari. Baru aku tahu erti 'sayangkan duit'. Baru aku tahu challenge yang aku harus tempuhi di dunia luar. Baru aku tahu dunia ni realiti or fantasy.

Bila dah kerja, rasa macam masa tu hilang. Bukan hilang macam mana tau. Kau dah penat tibai full 12 jam satu hari, then esok kau full lagi. Kira macam, aku buat apa???! Bila aku tidur, bila aku rehat? Pastu mulalah mata nak ikut trend mata panda. Well, that is work life style. Nak sambung study cepat-cepat, hopefully dapat PLKN panggilan kedua. I rela pergi PLKN dari kerja.......

Bunyi macam sad life gila kan cerita aku? Tapi sebenarnya, kerja tak ada pun teruk mana pungsss.

Bila dah kerja, aku dapat banyak pengalaman. Mungkin orang lain tak dapat macam apa yang aku dapat. That's why aku bersyukur aku dapat kerja dari membuta duduk rumah goyang kaki, main kucing, and repeat the same things day by day. Kat tempat kerja aku dapat jumpa orang tua, orang muda, orang ini orang itu. Aku dapat tahu apa dorang lalui bila dorang cerita pasal life dorang. Aku ni macam orang tua, kawan pun nak dengan orang tua konon nampak matured tapi hakikat budak lagi. Bukan apa, aku dapat tahu pasal erti hidup yang sebenar bila aku dapat berkawan dengan orang tua.

Tapi tidak bermaksud aku melupakan kawan muda aku. And you know what?? Bila kerja, kawan yang masa zaman hingusan which is zaman sekolah rendah dapat jumpa balik!!!!! Itu yang best. Bila rehat, lepak sama cerita pasal life update masing-masing. Huhuuu. Semua dah makin bergaya dan centik-cantik! Kiera, Syaza, Jieha, Alia, Noraini and so much more! Jumpa lagi kawan baru. For uolls information, memang trend tiap awal tahun Parkson dibanjiri dengan pekerja berumur 18 tahun. Semua friendly. Bila aku berhenti kerja nanti mesti rindu. Alahai.

Okay then, kau tahulah bila kerja kat pasaraya, mesti cuti sekali je seminggu. Aku cuti tiap hari selasa. Dan hari selasa aku akan training kelas motor dan kereta. Dan selasa haritu, aku kena train guna track baru. Dan tak ada tiang-tiang bagai. Semua guna divider hitam putih. Bukit dah tak landai, kena tajam. 3 penjuru tak kotak dah macam dulu, sekarang dah ada park yang dah tersedia, kau kena buat 3 pointer kat situ. Acano tuu?

Tapi takpa, aku percaya aku boleh buat. Abang Boy pun selalu puji aku. Abang Boy ni kira macam cikgu yang train aku. Aku siap ajar budak lain naik bukit uolls. Bajet tak? Eh! Jangan riak nisa. 

Kat tempat lesen ni juga aku jumpa kawan baru lagi. Hehehehehe. Aku memang ringan mulut sebab tu senang masuk dengan semua orang. Aku jumpa Syasya, Nabihah, dengan budak india perempuan sorang tu. Lupa pula nama dia. Adeh... Memang best. Tak bosan uolls...



Okay, I have to go. Esok kena full. Thank you sebab sudi baca. Doakan perjalanan hidup aku lancar dan smooth okay? See ya! Assalamualaikum.

Friday, January 10, 2014

Nak tahu cara saya jaga kecantikkan? Jom.

Assalamualaikum.

Hai. Harini nak share some ways aku jaga muka macam mana. Mungkin aku syok sendiri. Tapi takpelah. Bosan menggangur kat rumah ni. Hahahahahahaha.

Sebenarnya, banyak cabang-cabang dalam penjagaan muka ni. Maksud aku banyak cara orang nak jaga muka. Yelah muka kan masing-masing. So, depends la kulit muka orang tu dry ke, oily ke kan. Korang patut tahu sendiri jenis kulit korang macam mana eh. Tak tahu nak tahu jenis kulit macam mana? Simple je sebenarnya, macam nilah, kalau korang rasa kulit muka korang mengeluarkan minyak yang berlebihan, itu maknanya kulit korang oily. Kalau korang rasa kulit korang macam terkopek-kopek mengelupas, itu maknanya kulit korang kering.

Kulit aku pula jenis yang sensitive dan dry sometimes. Dulu time form 1 2 3, kulit muka aku very very oily. Baru cuci muka then a few hours dah excess oil tu keluar. Lagi-lagi bila tengah hari, panas terik, memang minyak. Macam orang minyak dah, bila snap gambar, berkilat muka. Especially dekat dahi. hidung, dagu. Hahaha. Sebaris tu. Tapi aku rasa, mabye sebab hormon remaja kita. Time tu kan baru nak up nak masuk alam remaja. Then masuk form 4 5, kulit aku jadi dry. Aku dah mula start pakai pelembab/sunblock. Selama ni jangan harap aku nak pakai. Sebab tulah kulit gelap.....

Aku pernah try guna Safi before this, then kulit aku jadi macam pedih, sakit gila macam aku letak tomato atas muka bergetah, pedih. Mungkin kandungan bahan kimia dalam tu tak sesuai bagi kulit aku ni haa. Tapi yang aku perasan, kulit aku serasi dengan produk Jepun dan Korea. Alololo..nak juga feeling feeling korea korea gitu... Btw, untuk pencuci muka, aku perlukan pencuci muka yang soft bila gosok kat muka. Pernah juga pakai produk Daiso untuk cleanser kan, memang best.

Gambar dari Mr.Google. Yang ni la aku pernah pakai. Memang best and worthwhile. Only 5 ringgit. Lepastu bila dah habis tak sempat-sempat nak pergi Daiso beli lagi. Then, pergi jelah kedai yang terdekat beli Clean and Clear produk pula. Clean and clear memang banyak berbakti pada aku. Masa zaman form 1 2 3 memang aku guna Clean and Clear je memanjang. Mungkin terpengaruh masa team Clean and Clear datang sekolah nak promote dorang punya produk tu kot. Hehehehe.

Untuk toner aku pernah pakai Clean an Clear punya. Lepas dah habis satu botol, aku dah tak beli sebab duit tak ada. I iz sad okay! Maklumlah, iollus cuma budak sekolah, kalau ada duit lebih pun habis kat topup je, nak minta kat ibu sebab nak beli benda macam ni, menyusahkan ibu je. Tunggu bila ada duit sendiri. Then untuk melembapkan kulit, aku guna sunblock dari Daiso. Bila kulit start to menggelupas kering aku cepat-cepat sapu nak bagi dia lembab.

There you go. The yellow colour one. Itulah pelembab/sunblock yang aku guna. Btw, sebelahnya merupakan bedak sejuk dengan aloe vera! Aku guna juga bila malam sebelum tidur. Banyak benefit guna bedak sejuk ni tau. Korang google sendiri. Then, yang colour putih penutup hitam tu my charcoal mask. Nak tarik blackhead/whitehead boleh guna ni. Sebelahnya merupakan nose pack (grey colour one) also function sama untuk menarik blackhead/whitehead yang ada kat hidung. Yang ada tulisan Jepun jepun ni I bought kat Daiso. RM5.

Selain aku guna produk kat atas tu haa, aku tidak melupakan kekasih hati ku! Iaitu facial mask!!! I'm facial mask's lover!!!

Yang bab facial mask ini a little bit expensive for me la. Aku beli facial mask ni pun kalau aku ada duit lebih je. Aku suka guna facial mask keluaran Korea, Jepun dan Taiwan! Memang best! Boleh feeling kulit flawless and glowing skin. Hihihihi.

Ini mask dari Taiwan. Aku beli kat Watsons. Rm 5.90. Buy one free one. Nak beli Vita Bright yang berharga RM12.90 tu tak mampu lagi. Hahahahahaha. Sedih.

Btw, selain aku pakai produk untuk luaran ni, aku ada juga amalkan satu tip kalau nak kulit glowing dari dalam.

Drink a glass of water right after woke up in the morning. Itulah tip yang aku amalkan. Memang rasa perubahan kat kulit muka aku. Rasa macam kulit aku start built new cells. Dan tak berkeruping-keruping sangat (keruping jerawat yang aku kopek). Glow tu memang ada. Even aku tak pakai moisturizes pun kulit tu nampak glow. Minyak kat kulit pun dah stabil. Dan yang paling penting lagi kulit muka aku dah tak dry. Hihihihihi. Before minum baca selawat dulu. Ingat tu! Banyak benefit korang boleh dapat kalau minum air lepas bangun tidur ni tau. Kalau nak tahu tekan SINI.

Okay, dah dapat sikit input kan? Korang boleh cari sendiri produk yang sesuai untuk kulit muka korang. Yela, muka ni ada satu je. Kalau dah tak elok nanti sapa nak ganti? Lagi elok korang pergi jumpa doktor tanya jenis kulit muka korang semua. Minta sikit pendapat. Macam aku, doktor memang dah cakap kulit aku sensitive. Hahahaha. By the way, yang paling penting korang kena tahu dulu sesuatu produk tu sebelum beli.


Bye. Assalamualaikum!  

Wednesday, January 1, 2014

Soulmates Part II

Assalamualaikum.

*entry ni dah update masa 30.12.2013. Baru nak publish sekarang. Buat-buat lah macam haritu baca. Kira halal lah :P *

Bismillahhirrahmannirahim.

Haish. Panjang betul gap antara dua entry. Tapi aku tetap nak kotakan janji untuk mempersembahkan sambungan entry Soulmates ni tau. Siapa yang tak tahu apa yang aku ngomong ni boleh rujuk entry sebelum ni okay. Tekan SINI ! Okay balik tajuk kita balik. Sekarang kita berada di penghujung tahun 2013. Sekejap lagi je tahun 2014 bakal menjemput kita. And I'm turning 18 okay! 18 okay?! You know what, makin tua. Tapi biar usia tua asal berfikiran muda. Ceria sentiasa. Insyaallah.

Kita sambung sesi pengenalan soulmates aku eh. Actually memang banyak soulmate keliling aku. Tapi takkan nak type seorang-seorang. Sampai bila karang. Tak silap nanti uolls yang bosan nak baca. As a blogger, kita kena tarik pembaca untuk baca entry. Kata lain 'pancing' ah. Kang ponet jeh aden menulis takdok sapa bacaq...jangan bash sebab bahasa ngeri den tak betul.. Krik..krik..krik...


Muhd Ridhwan Haziq. The only boy over my flowers. Maknanya, satu-satunya best friend lelaki dikelilingi best friends perempuan yang lain. Hahaha. Aku kenal dia Masa akhir tahun 2010 (form 2). Dia tegur dalam fb. Start dari tu kiterng kenal, rapat. Segala masalah aku share kat dia. Dia pun kalau ada masalah share kat aku. Tiap hari dalam kelas suka buli aku. Suka gila dengan BOLA. Well, boy kan.

Dia type yang nak menang, macam Aisyah. Dia pandai dalam kelas. Aku perasan otak dia laju gila berfikir tapi lelaki selalu sangkut dengan penyakit malas kalau study. Nak nak exam malam tu baru nak study. Sama je macam aku. Tapi selalu aku menang la dalam exam. Hehehehehe. Jangan marah eh. Terima kasih sudi jadi bahu aku bila aku bersedih or ditimpa masalah. Tak lupa juga, kau yang selalu buat aku senyum sampai nampak semua batang gigi aku ni. Thank You!


Awatif Insyirah. Seorang yang kecil molek plus comel. Putih gila macam snow white. Walaupun ada kaki pendek tapi laju bila berlari. Selalu wakil rumah sukan tiap-tiap tahun. Mulut pun tak kurang hebatnya, laju juga bercakap. Mesti ada cerita nak story story kalau lepak. Hahaha. Aku rapat dengan dia masa form 3 tak silap. Kelas 3A sama-sama. Aku jeles sebab dia otak sejarah. Sejarah selalu dapat lagi upper dari aku. Awatif ni pun banyak dengar cerita aku. Bila study, suka sangat tanya soalan math. Kira aku ni macam kaunter pertanyaan math kat kelas. Hahahahaha. Dah berpunya. Tak boleh kacau. :P



Farhana Atiqah. Haa yang sorang ni diibaratkan macam twins awatif la. Berkepit je berdua. Saiz badan pun lebih kurang tapi Farhana tinggi sikit dari Awatif. Mulut pun lebih kurang, banyak story. Aku kenal rapat dengan dia masa dalam kelas 3A. Almaklumlah, aku ketua kelas masa tu, so kenelah rapat bodek-bodek dengan anak buah. Macam perdana menteri turun padang. (tak boleh blah sungguh). Btw, dia ni style semua orang boleh ngam sebab dia peramah sangat. Rajin mulut. Tak macam aku senyap je bila jumpa orang. Membisu macam Gary si siput sembunyi dalam cengkerang. Farhana, aku tahu aku pernah sakitkan hati kau. I'm sorry and I love you! :)

Fitriatul Seha. Sebenarnya malu nak tulis pasal dia sebab kiterng baru kenal dalam 2 years je. Itu pun sebab sama kelas form 4. Masa form 3 tak sama kelas. Tapi, apa yang aku perasan pasal dia ni, dia ni seorang yang adventures. Suka sangat aktiviti lasak. Aku dapat plkn siap nangis tak suka. Tapi dia sedih tak dapat plkn. You see???? Hahahahaha. Selasak-lasak aktiviti yang dia suka tu, sebenarnya hati dia ni lembut macam tahu. Ada benda lagi lembut tak? Bila bab touching mesti dia nangis dulu. Aku paling lambat nak nangis. Dia banyak tolong aku dalam studying terutama dalam chemistry. Omaigad omaigad budak chemis kay. I don't know how her brain work. Add maths pun dia terer. Seha, thank you a lot. Love you! :)

Banyak lagi best friends aku. For kelas 5 SnTulen, 5 SnIkhtisas, Kelas agama 5Sn-Ac, semua juniors, semua friends sama batch. Aku nak minta maaf seandainya diri ku ini pernah melukakan hati-hati kamu semua.

Yang lain jangan berkecil hati sebab iolls tak tulis pasal uolls. Even iolls tak tulis pasal ullos pun, uolls tetap dihati iolls kay? Susahnya nak type iolls/uolls ni. Hahahaha. I'll be miss you olls. Bye.

Friday, November 29, 2013

Soulmates

Assalamualaikum.



Hai. Malam ni aku berhajat nak tulis pasal kawans rapat aku. See, ada 's' plural k. So maknanya kawan yang aku nak cerita ni lebih dari seorang. Yelah, sekejap lagi aku dah nak kena tinggalkan sekolah. I can't believe that I'm growing up. Aku nak selama-lamanya budak kecil. I wish...

So, bersempena aku nak tinggalkan sekolah ni, aku nak cerita lah pasal kawan-kawan aku memandangkan aku tak pernah cerita sebelum ni kan. Nanti lepas ni tak tahu hala tuju masing-masing. Entah contact ke tak kan, jumpa lagi ke tak kan. Baik aku cerita sekarang. Nanti bila dah besar (sekarang tak besar lagi) boleh rewind balik from this entry kan. So why not? Jom layan.

Aku kat sekolah rapat dengan budak kelas depan je. (girls la). Before this, since aku tadika sampai sekarang aku asyik dapat duduk kelas pertama je. Nak kata pandai takde lah sangat. Memang tak pernah pindah kelas walaupan kelas kedua. Mahupun sekolah agama atau pun kebangsaan atau pun menengah sekarang ni. So kawan-kawan yang aku jumpa dari kecil memang kawan-kawan hadap buku. Sebab tu aku kekok bila berbual-bual dengan orang yang tak sehaluan dengan aku. Hahaha. Aku tak mesra alam kalau kau betul kenal aku. Kalau best friends aku tak datang sekolah, aku lagi prefer jalan sorang-sorang kehulur-kehilir. Entah, aku selesa macam tu. Sad life.

Kawan dunia akhirat saya.

Nur Bahirah. Ini kawan paling paling paling paling rapat aku. Since tadika (time zaman gigi rongak lagi). Masa tadika kawan, pastu masuk sekolah rendah darjah 1 aku melupakan dia. Sebab dia kelas kedua kot. Aku tak ingat sangat. Pastu kawan kawan macam tu sebab masa sekolah rendah aku ada aina (hai aina! if you still remeber me). Aina memang top masa sekolah rendah dulu. Nombo satu dalam kelas je mesti dia pegang. Pastu masuk sekolah menengah aku jumpa balik dengan Bahirah ni.

Bahirah ni ada kembar real tak tipu. Perangai dua-dua memang beza. Bahirah ni jenis garang sikit. Dia main lepas je apa dia cakap. Dia ketua pengawas sekolah tahu tak. Sebab tu mahu garang. Dia ni selalu betulkan kesalahan aku. Selalu bagi aku semangat, push up aku, pastu aku selalu nak lawan markah dia tapi tak dapat. Dia memang rajin rajin rajin gila berusaha. Dia akan pastikan apa yang dia nak dapat. Macam add maths. Dia rajin buat latihan sebab tu lulus. Tak macam aku. Hampa bila sebut pasal add maths.

Nur Aisyah. Yang ni lah kembarnya. Ni akak tadi adik. Beza berapa minit tah, 2 minit kot. Hahaha. Kawan sendiri pun tak ingat. Aisyah ni pula seorang yang sangat-sangat sweet. Dia suka benda-benda cute, yang cool dan ohsem. Dia ni adventures. Bila sehari kat rumah tak buat apa-apa dia akan gelabah cakap boring. Dia mesti ada benda yang dia nak buat nak try. Aisyah ni pun tak kurang hebatnya bila bercakap. Cakap lepas juga macam kembar ye. Hahaha. At least dorang ni jujur dengan aku.

Kembar ni dua-dua aktif kat sekolah. Kekadang aku pelik, stay kat sekolah sampai petang dengan dorang tapi dorang tak penat-penat. Aku je yang macam sotong bila dah penat. Mungkin sebab dorang ni terlebih gula asyik makan gula-gula je... Tu yang hyperactive. Tapi memang seronok dapat kenal korang weh. Almost 11 years with you guys. I love you. 

Siti Azilah. Yang ni aku kenal dia dekat sekolah agama. Sekolah kebangsaan tak sama. Aku mula perasan dia dari darjah 5. Siot guna ayat 'perasan' kau fikir dia semut? hahaha. Darjah 5 aku sama kelas dengan dia. Sebab dia ni pendatang baru yang asyik nak fight markah agama aku je sebab tu aku perasan. Dia dulu dengan aku mesti top 5 dalam kelas. Tapi aku selalu menang la. :P Sebab aku ni kuat hafal. Senang hafal fact. You know what, mak dia dulu pun selalu nak fight mak aku kat sekolah. Mak dia pernah cerita kat aku. Tapi mak aku asyik menang je. Hehehe.

Azilah ni seorang yang awesome. Dia jenis cool yang tak kesah apa orang cakap. Dia ada dia punya cara sendiri. She genius too. Pandai lukis. Minat gila dengan anime, dunia jepun. Sama juga macam kembar. Aku suka korea je, jepun tak sangat. Kalau tak ada dia masa form 1, mesti aku ni dah teruk. Dia lah yang ajar aku macam-macam. Tak kedekut. Otak dia jenis macam aku, tak cerewet. Tapi aku jenis yang membosankan. Hahahaha.

Banyak lagi kawan aku nak cerita. Tapi rasa macam entry ni dah panjang, nanti korang malas nak baca. Nanti aku buat part 2. Promise! Actually, aku nak cerita lebar lagi pasal tiga kawan baik aku kat atas tu. Tapi itu biarlah aku seorang je yang tahu. Aku just nak kongsi ni je. Tak salah kan...

Terimalah hadiah dari saya sebab sudi baca entry ni. Meet poney ride time karnival sekolah. First time naik. Buat orang yang tak tahu, poney ride ni lebih kecil sedikit dari kuda. Naik ni pun aku dah rasa macam oh my god tinggi gila. Tengok mata poney tu, macam menangis kan. Yelah whole day dia angkat orang naik. Nasib aku ringan. :p

p/s : Minta maaf kalau aku buat silap kat korang (kembar dan azi) Love you guys. Thank you for everything.

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...