Sunday, May 27, 2012

Happy Birthday

Assalamualaikum!


Yeah! Gambar kad saja yang mampu. Aku nak bagi tahu yang aku sekarang dah masuk 16 tahun secara rasmi. Hihiw. Tapi yang tak berapa nak bestnya birthday aku ni mesti dalam minggu cuti semester yang kedua dalam setiap tahun. Teringin juga kalau harijadi aku ni masa hari sekolah. Nanti satu kelas nyanyikan Birthday's song. Huuu. 

Okey, rasa macam malam ni nak cerita pasal perjalan kehidupan aku la. Boleh kan? Haa! Tak boleh? Eh, ini belog saya eh. Haha. (just kidding). Okey sambung tadi, aku dilahirkan pada 28 Mei bersamaan 10 Muharram pada pukul 5.45 pagi or petang? Aku lupa. Seriously. T^T 

Dulu ibu cakap masa kecil mata hitam aku bulat gila. Dengan rambut kerinting nya. Comel! Dulu aku putih, akibat suka merayau-rayau sampai ketengah hari kini aku gelap. (Bunyi macam sedih) Eh Nisa! Takpela kalau gelap pun. Lagi elok kot. Kalau berdiri tengah-tengah panas pun kau punya kulit okey je. Ni lagi hang nak kawad sat gi. Kene tahan bawah matahari seberapa yang boleh. Huuu. 

Okey. Then aku dibesarkan bersama adik-beradik aku berlima. Aku mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Batu Belah. Masa lima tahun enam tahun ni, gigi aku rongak kat depan. Inilah akibatnya tak gosok gigi then makan gula-gula banyak-banyak. Takpa, time ni tak ada perasaan malu. Hihiw. Sangat seronok di Tadika. 

Selepas tu, aku sambung lagi di Sekolah Kebangsaan Batu Belah dan Sekolah Rendah Agama Batu Belah. Dua sesi iaitu di sebelah pagi dan di sebelah petang. Sangat penat tapi budak-budak ken ada energy banyak. Dari sekolah aku tahu macam mana nak tambah darab bahagi. Macam-macam la. Kawan pun makin bertambah. Lots of fun! Masa UPSR, aku telah berjaya mendapat 4A1B. Tak pernah-pernah dapat you know. Then PSRA for agama pula, aku dapat gred mumtaz iaitu 92.6%. 

Sambung pula di SMK Taman Klang Utama. Heeee. Masa form1 tu, aku kene duduk di SMKTKU ni dulu seminggu sementara menunggu pangilan masuk ke sekolah yang bagus-bagus sikit. Eiceh! Lastly dapat dua tawaran. Ke sekolah agama, satu di Hisyamuddin Kampung Jawa, satu lagi di Sabak bernam juga merupakan sekolah agama. 

Tanpa memikir masak-masak pasal perkara ni, aku  terus reject Hisyammudin. Konon nak sekolah jauh, berdikari. Tapi hampeh! Aku pergi ke Sabak Bernam, siap dah ready beli barang siap-siap. Seminggu je aku bertahan di sana. Hari-hari menangis rindu ibu, call ibu. Sedih. Lastly, aku bersekolah balik di SMKTKU. Dan keputusan PMR aku juga tidak menghampakan ibu bapaku. Mereka yang bersusah payah bawa aku balik ke sini. Aku telah mendapat 5A3B. 

And Now! (dengan background music gendang) Aku sekarang berada dalam tingakatan 4 Sains Iktisas (ICT) bersama kawan-kawan yang banyak menolongku selama ini. Banyak kenangan yang telah diukir selama 16 tahun ni. Thank You Allah. :') 



No comments:

Post a Comment

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...