Monday, November 18, 2013

SPM Lagi!!!!!!

Assalamualaikum.

Hai. Harini aku baru selesai jawab paper Mathematics. Lagi 5 paper je lagi. Huhuhu ~ dancing ~

The day before, aku tak study pun Mathematics ni. Malam sebelum exam pula ada final AF. Memang ah, memang mood aku nak study tak ada langsung. Kebetulan suara bintang-bintang AF tu boleh pula sedap semuanya. Faizul pula yang menang. Hehehehehe. (dia sempoi) Aku tak tahu la kenapa makin malas. Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat malas.

Bila bangun pagi, tiba-tiba rasa gelabah. Asyik fikir je "apa aku nak jawab nanti". "ahh, ruginya tak study" Aku asyik berbisik kepada diri sendiri "relaks la, kau dah faham semua term and formula, so don't worry. Allah cukup bagi kau nisa".

Dan Alhamdullilah! Everything going smoothly. Paper 1 aku dah siap dalam masa 1 jam. Tapi ada lagi 5 to 7 soalan yang aku skip sebab tak tahu. Yang aku tak tahu aku tibai je........ Nasib.

Dah lepas keluar dari dewan peperiksaan (aku tak keluar awal so boleh bawa balik kertas soalan) , weoulls check semua jawapan. Dari 40 soalan, aku salah 7. Orang kata jangan check jawapan dah lepas biar lepas. Takut kecewa. Tapi tak dapat menahan diri. Oh tidakkkkk..

Tapi aku berpuas hati sebab before this, aku just dapat 20 lebih macam tu je. Ada sikitlah ketidakpuasan pasal tajuk varience yang aku suka aku salah! Hahahaha. Tapi satu je. Dah lepas aku tahu aku score cukup cukup makan je dalam paper 1 ni, aku buat betul-betul untuk paper 2. Semua lancar. Tapi untuk mathematical reasoning je aku kantoi. 4 markah. Nasib this year keluar distance-time graph! Yang lain best. Tak susah sangat. Alhamdullilah.

Aku tahu semua ni berkat usaha aku sendiri. Aku dah banyak ajar kawan. Kiranya aku ni 'bahan rujukan' kawan-kawan kat sekolah. Aku berpegang pada prinsip ni, "jangan pernah lokek ilmu. Sebab Allah boleh tarik ilmu kita bila-bila masa je." Seronok juga ajar orang. Aku dapat polish balik apa yang aku ada. Asah bagi tajam. Bila kita ajar orang, secara atomatik kita buat revision sekali tau. Ingat pesanan ikhlas dari saya eh.

Apa-apa pun, jangan putus berdoa. 

By the way! Hari Sabtu lepas aku ada tanya kerja dekat Guardian. And esoknya, dorang call suruh datang interview this Sabtu. Ya Allah, lepas terima call tu bermain-main pelbagai soalan dalam kepala. First time kan, sebelum ni mana ada aku kerja. Cuak. Tapi blog ini dapat menolong ku! Thank you!



Kertas agama bakal tiba,
Jom kita usaha sama-sama.

Hebat dok? :p

No comments:

Post a Comment

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...