Sunday, June 3, 2012

Ohsem Day.

Assalamualaikum!

Mulakan pagi dengan semangat yang kurang. Memandangkan hari cuti umum, mood nak bangun pagi mulakan hidup memang susah nak dapat. Bangun lalu lepak berbaring selama setangah jam di atas katil sambil termenung. Lalu terlintas di fikiran "apa aku nak buat harini?". Selepas itu, bangun dari katil menuju ke bawah, menjenguk ke dapur mencari sarapan. Secawan Nescafe sebagai menu.

Dan tetiba, abah ajak pergi mandi. Abah memang suka dengan tempat bermandi-manda. Kalau diajak keluar berjalan memang kurang sikit. Cadangan first mahu ke Sungai Ulu Yam. Tetapi tempat itu terlalu familiar. Dah sering pergi. Cadangan kedua ke Trolak Sungkai, Kolam air panas. Tapi ibu tak setuju sebab tempat tu dah pernah pergi. Okey, tukar tempat. Akhir sekali, Taman Tema Air, Desa Water Park. Uhuuu! Aku yang excited. Kami bertolak pada pukul 11.33 dan selamat sampai pada 12.15. Nasib tak jam.

Taman Tema Air ini memang terpencil sikit. Tapi bila sampai. Waaa. Ramai orang! 

Kene beratur la bagai dah la panas. Nasib baik mood teruja. Hihi

Yeah! Aku dewasa. Btw, Tiket Dewasa RM24, Tiket Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) RM17. Kira okey la. Tak mahal sangat. Padan dengan tempatnya.


See. Fuyoo. Masa sampai ni dorang tengah siap sedia nak main ombak buatan manusia. Haha. Best gila. Then naik macam rollercoster tu. Aku tergolek masuk dalam kolam masa nak turun tu sebab aku yang ringan naik belakang dan abah yang berat duduk depan dalam double pelampung tu. Fuh. Malu sampai tudung nak tercabut dah.

Then masa nak naik Thunderboat yang boleh naik ramai-ramai tu ada satu peristiwa buat aku bengang. Orang gila punya bersusah payah beratur panjang-pangjang, ada pula dia mamat ni sesedap dia potong barisan! Panas waa. Dah la cuaca memang panas. So moral nya, korang kene bersabar dalam barisan tu. Janganlah ikut sedap hati je. Fikir orang.

Yeah, dah nak balik da. Memang fun habis. Hihi.

Bye! Have a happy day. :)

No comments:

Post a Comment

Skin Journey

Hi Assalamualaikum! So today, sis nak story my skin journey dari aku breakout sampai la sekarang. Apa yang aku pakai, apa routine aku, ...